Nasi Goreng Beriyani Mamu

Bila wife berpantang ni, secara automatiknya aku kena la buat kerja sikit-sikit. Kalau mak mertua tak masak, aku makan ajalah apa yang ada, atau habis kuat pun, aku beli. Ye lah, wife berpantang, asyik makan nasi, ikan kering, ikan tenggiri. Mak mertua makan benda yang sama dengan wife. Kadang-kadang mak mertua tanya jugak aku nak makan apa, biasanya aku tak kisah. Kalau rajin, aku buat sendiri. Asyik-asyik masak maggi aja, boring la kan, apa kata aku buat benda lain pulak.

Dah lama rasanya tak share resepi kan.Last sekali aku share resepi, waktu tahun 2009 dengan Nasi Goreng Flying V. jadi, kali ni aku nak kongsi resepi nasi goreng jugak, aku namakan sebagai Nasi Goreng Beriyani Mamu. Kenapa ada mamu? Sebab suka hati aku la nak letak nama apa pun, aku yang masak. Hahahaha!

Boleh tengok gambar untuk resepi dan langkah demi langkah. Senang aja ni, celah gigi ajalah kalau nak buat.

Nasi putih sejuk. Peroikan untuk senang menggoreng. Peroi tu maksudnya, gaulkan la.

Potong Hot Dog. Kalau rajin, potongla ayam atau daging

Sayur. Kalau rajin pakai sawi. Kalau malas, pakai salad

Goreng-goreng

  1. Sebelum goreng tu, peroikan nasi tu dulu. Peroi ni, maksudnya gaul nasi tu untuk taknak bagi melekat antara butir nasi tu.
  2. Untuk isi nasi goreng. Kalau rajin, potongla ikan, ayam atau daging. Cara paling malas, pakailah hot dog atau burger. Berisi la sikit nasi tu daripada makan nasi kosong.
  3. Sayur biasanya pakai sawi. Kalau tak ada, pakai aja salad. Tapi kalau pakai salad, jangan masukkan salad sewaktu awal gorengan, kecut habis nanti. Jadi, masukkan dekat last-last proses menggoreng tu. Tomato pulak, letak mentah-mentah pun tak apa.
  4. Telur – Bahan wajib untuk nasi goreng. Kalau tak hancurkan macam aku buat tu (scramble), boleh goreng sebiji-sebiji. Yang ni terpulang, setengah orang tak suka telur goreng.
  5. Minyak masak – untuk masak nasi goreng dalam anggaran 2 orang makan, satu sudu besar minyak masak dah cukup.
  6. Lepas panaskan kuali, seelok-eloknya tumis dulu bawang merah dan bawang putih. Dalam resepi aku ni, aku cuma pakai sebiji bawang merah kecil (dipotong halus dan cincang) dan satu ulas bawang putih (dilenyek).
  7. Lepas agak-agak naik bau tu, masakla hot dog/ayam/ikan/daging tu.
  8. Lepas agak-agak masak, masukkan telur dan hancurkan. Kalau taknak hancurkan, masak asing. Kalau taknak telur, jangan masak telur.
  9. Masukkan nasi putih tadi. Agak-agak dah nak masak tu, masukkan salad (sebab takut kecut). Kalau pakai sawi, masuk awal-awal masa goreng hot dog/ayam/daging/ikan tadi pun takpa. Lepas tu, kalau nak pedas, potong cili padi dan tabur, lepas tu  siap!

Nasi Goreng Beriyani Mamu

Amacam, simple aja kan? Rasanya memang boleh tahan. Beryani dia punya rasa pun ada rasa ala-ala Chicken Magluba Qasar Hadramawt sikit (hahahahahahha). Resepi rahsia nak dapatkan rasa macam beryani tu mana boleh aku bagitau kan? Kalau aku bagitau, habisla aku nak berniaga macam mana nanti??? Baik aku simpan sorang-sorang resepi rahsia tu.

 

Hahah Selamat menjamu selera dan mencuba resepi Nasi Goreng Beriyani Mamu Penang habaq mai!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ok lah! Yang ni la rahsia mamu habaq ang! Hahahaha

facebook comments:

2 thoughts on “Nasi Goreng Beriyani Mamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge