Nasi Daging Kepala Batas

Nasi Daging Kepala Batas

Susah juga aku nak letak tajuk review aku kali ni sebab melibatkan menu paling top dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebab banyak sangat tajuk yang terlintas, aku pilih satu tajuk umum ni sajalah, senang.


Nasi Daging Air Asam

Kalau search kat internet, rata-rata semuanya naik search result “berkongsi resepi”. Ok, aku tak nafikan semua resepi tu betul. Tapi kali ni aku nak share satu tempat yang menjual nasi daging ni, memang tahap kaw punya!

Kat Kepala Batas ni ada 2 kedai popular yang sememangnya jual nasi daging iaitu:

  1. Sajian Warisan Cahaya (Nasi Daging Pak Ya, Permatang Buloh).
  2. D 1000 Citarasa Nasi Daging & Nasi Ayam (Pongsu Seribu)

Entry aku kali ni adalah lain daripada dua kedai yang aku sebutkan di atas. Ini adalah kerana kedai ini, nasi dagingnya bukanlah core business dan dan hanya hari tertentu sahaja ia akan menjual nasi daging ni. Baca sampai habis, lokasi aku akan letak kemudian.

 

Nasi Daging AsliIa juga bukan Nasi Bukhari. Banyak jugak yang keliru dengan Nasi Bukhari Daging kerana namanya pun dah hampir sama dan style pun dah hampir sama. Tapi kalau dilihat rempahnya dan hasil akhir warna nasinya, ia sememangnya berbeza. Nasi Bukhari lebih kekuningan manakala Nasi Daging lebih gelap keperangan.

 

Nasi daging Pulau Pinang

Kebanyakan Nasi Daging yang aku makan (di kedai) biasanya tak menepati citarasa sebenar masakan nasi daging ala-ala di rumah. Tak dinafikan, kos untuk membuat Nasi Daging agak tinggi kerana melibatkan kuantiti yang banyak. Ia bukanlah semudah Nasi Goreng Ahmad Maslan yang sekadar menyuruh orang masak sekuali dan dihias dengan timun dan mangga di dalam kuali; nasi daging ialah makanan sebenar dengan citarasa utara yang sebenar. Nasi Daging yang sebenar lebih kepada style nasi kenduri!

 

Nasi Daging Pokok Rambutan

Lihat gambar di atas. Hidangan sisi terpenting Nasi Daging ialah air asamnya. Jelatah mungkin sebagai tambahan sekiranya ingin lebih tekstur ketika mengunyah. Ya, Nasi Daging sebenar tak memerlukan kuah seperti Nasi Bukhari. Cukup sekadar air asam, dah terangkat. Inilah keistimewaan Nasi Daging yang tak memerlukan kuah. Nasi Daging telah cukup lembab (bukan lembik) untuk dimakan terus tanpa perlukan kuah. Ia juga sebenarnya telah sarat dengan rempah ratus dan perapan air daging yang dimasak bersama nasi memberikan rasa yang powerrrrrrrrrrrr pada nasi daging tersebut. Ok, aku over.

 

Nasi Daging UtaraNasi Daging Original

Nasi Daging yang aku review kali ni terletak di Jalan Perak, Kepala Batas, Pulau Pinang di kedai yang sebenarnya tiada nama, tetapi telah dikenali dengan nama Kedai Pokok Rambutan. Core business kedai ni ialah nasi campur yang bermula awal pagi selepas Subuh dan juga roti canai. Sila ambil perhatian; Nasi Daging di Gerai Pokok Rambutan ini hanya dijual pada pagi Hari Jumaat dan Ahad saja bermula pukul 9.00 pagi. First come first serve mengikut periuk besar tu (#JanganCakapAbangTakPayung). Biasanya mula dihidang pada pukul 9.00 pagi, pukul 10.00 pagi dah habis. Jadi, DATANG AWAL atau buat tempahan!

Untuk kesenangan pembaca, aku letakkan Google Streetview kat bawah ni. Kalau tak jumpa jugak aku tak taulah!

  1. Dari pekan lama Kepala Batas, Masjid Abdullah Badawi sebelah kiri. terus.
  2. Jumpa perhentian bas Jalan Perak di sebelah kiri, Kedai Pokok Rambutan di sebelah kanan.

 

Aku nak bagi tips sikit. Memandangkan Nasi Daging di Gerai Pokok Rambutan dimasak ala-ala kawah kenduri, sila ambil perhatian kepada perkara berikut:

  • Hadir awal untuk dapat part atas periuk yang lembab, panas dan mempunyai daging yang lembut
  • Sekiranya nak bungkus, cakap awal-awal kepada petugas untuk bungkus. Diingatkan sekali lagi, biasanya dalam sejam dah habis satu periuk
  • Makan semasa nasi masih panas
  • Nasi yang dibungkus mempunyai kebarangkalian berbau hangit. Paham-paham sajalah masak dalam periuk besar
  • Nak lebih baik daripada ini? Masaklah sendiri

 

Ketika artikel ini ditulis, gerai berehat sebulan kerana sedang berada di bulan puasa dan berharga RM5.00 sepinggan/sebungkus. Boleh juga kalau nak daging lebih, minta saja kat petugas dengan harga extra.

Puasa tau, jangan tak puasa!

 

facebook comments:

5 thoughts on “Nasi Daging Kepala Batas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge