Nasi Ayam Periuk Besar – Bayan Baru

Biasanya, rata-rata orang Kulim dan Pulau Pinang pernah mendengar nama Nasi Ayam Periuk Besar Sungai Kob, Kulim Kedah. Baru-baru ni, salah satu cawangannya telahpun dibuka di kawasan Bayan Baru, atau dengan lebih jelas dan tepat, di kawasan shop lot D’Piazza Mall, bersebelahan dengan Mayang Mall, Bayan Baru.

Suasana kedai jangan dibandingkan dengan kedai asal yang ‘biasa-biasa’ saja di Sungai Kob. Bertepatan dengan lokasi Bayan Baru, konsep franchise dipertengahkan, maka.. Eloklah sikit tempatnya.

Bercakap pasal makanan, sedikit mengecewakan jika dibandingkan dengan gerai makanan biasa. Air yang dipesan agak lewat diterima. Seperti biasa, pergilah manapun.. Lambat pi lah macam manapun, air itu penting dan sekurang-kurangnya pengunjung tak haus.

Bercakap pasal Nasinya…. Sebenarnya aku order Chicken Chop (yer, tempat ni ala-ala western pun ada), tapi ada la Hamba Allah tu tersilap order nasi kat aku. Maka, sampailah Nasi Ayam Panggang (atas) dan Nasi Ayam Madu (bawah) di atas meja kami berlima. Jadi, variety jenis masakan tak dapat diuji semaksimum mungkin. Daripada nasi ayamnya, terdapat 5 pendapat berbeza. Ada yang kata sedap, ada yang kata ok, ada yang kata biasa-biasa sahaja.

Dari segi hiasan dalaman, kedai 2 tingkat ni sememangnya ada kelas. Cuma sedikit teguran, sepatutnya sudu+garfu+tisu tidak sepatutnya diletakkan siap-siap di atas meja. Mungkin konsep dan dekorasi kedai yang ala-ala cafe memerlukan penyediaan kulinari yang sedemikian rupa, tapi…. Bayan Baru tu berhabuk giler.. Bukan macam Sungai Kob yang masih terpelihara dengan suasana kampung yang bersih. Biarlah bila pelanggan memesan makanan, sertakan set kulinari tersebut dengan makanan, lebih hygienic.

Okey, kita masuk pula bab yang memungkinkan kita sedikit tersedak – harga.
Sedikit lari dari norma kebiasaan Nasi Ayam yang rata-ratanya RM3.50 atau kurang di Pulau Pinang, harganya boleh dijadikan satu isu perdebatan di kalangan penduduk asal Penang yang seperti semua tahu, menyediakan makanan yang murah. Sikit lagi, harganya lebih kurang saja dengan harga Nasi Ayam Hainan Bukit Bintang. Namun… Mungkin tempat dan sewa yang sedikit ‘mahal’ membolehkan harga yang sedemikian rupa. Jadi, penduduk Penang dan Kedah, anda tentukanlah sendiri samada harga ni patut atau tidak.

Apa-apapun, penduduk di bahagian pulau (Pulau Pinang) , sekarang dapat merasai Nasi Ayam Periuk Besar tanpa perlu bersusah payah ke Sungai Kob, Kulim. Cuma…… Penggemar nasi ayam dan yang pernah merasa makan di Sungai Kob sendiri, pasti akan berfikir dua kali sebelum ke sini.

Semoga maju jaya.

facebook comments:

13 thoughts on “Nasi Ayam Periuk Besar – Bayan Baru

  1. skrg harga semua makanan dan minuman kat kedai tu dah naik.. mendadak!!
    so rasanye lps ni.. x mkn lg kat situ.. x berbaloi!!

  2. kalau setakat nasi ayam 2.. nk ciplak yang owg punya bley la woii…… wat pengetahuan suma.. nasi ayam periuk besar,dah tak beroperasi kat ctu.. klo da pown.. yg ciplak.. dari pihak yang xbtanggongjwb !!!!!!! harap maklom.. datang la mkn kat kedai asal dan lihat perbandingannya.. dr insan yang ingin kan keadilan..

  3. btoi2… aku stuju.. dh la xsdap.. bley rosak nama nasi ayam periuk besar nie.. klo kat sg kob.. 2… aku setuju..sedap sgt… environment pown tenang…

  4. Saya pernah pi yg kat Kulim, kedainya ok, lokasi pun ok kdekat dgn BKE. Kedai selesa sebab ada yg bahagian bertutup dgn penghawa dingin. Side yg open agak byk lalat so saya kurang bekenan. Konsep layan diri so kita kena order n ambil di kaunter yg sudah pasti x akan berlaku salah terima makanan. Minuman yg di order pun cepat sampai. Tapi yang penting saya paling suka Nasi Ayam Berempah… Memang lain dr yg lain, cili n kicap diorang pun sedap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge