Nasi Arab Kepala Batas

Nasi Arab di Kepala Batas ni senang saja nak cari. Dari susur keluar Bertam, menghala ke Pekan Kepala Batas, gerai ni akan kelihatan di sebelah kanan, betul-betul bertentangan dengan Ibusawat Telekom dan Kompleks Kailan Kepala Batas. Aku tak pasti apa yang RM1.00 tu, jadi jangan tanya aku….

Gerai ni betul-betul terletak di sebelah jalan besar menuju ke pekan Kepala Batas. Landmark-nya cuma Ibusawat Telekom, Public Bank dan Bank Islam.

Lauk di sini memang boleh tahan, rambang mata jugak la kalau nak pilih. Jadi, anda dinasihatkan agar tidak terhegeh-hegeh ketika memilih makanan kerana sememangnya ada pada waktu tertentu, orang memang akan beratur panjang di sini.

Apa yang menariknya di sini, ayam gorang dimasak panas-panas. Jadi kepada mereka yang membawa anak kecil tu, adalah dinasihatkan agar berhati-hati kerana dapur memasak betul-betul di sebelah tempat pelanggan beratur. Memang sedap ayam gorang dimasak panas-panas, tetapi ayamnya masin sedikit. Mungkin kerana rempah ataupun garam kunyit yang digunakan terlalu banyak.

Buat mereka yang anti-ajinamoto, terus terang punya review ni…… Dekat sini memang boleh tahan penggunaaan ajinamoto atau MSG ni. Selepas setengah jam makan, confirm terasa mulut kering, salah satu simptom semulajadi untuk mengesan penggunaan ajinamoto dalam masakan yang digunakan dalam kuantiti yang banyak.

Tetapi, sekiranya anda ingin makan dalam kuantiti harga yang sederhana ataupun murah, bolehla kalau nak singgah di sini. Sebenarnya, kadang-kadang kita ni manusia, bila tengok ramai orang makan, selera pun bertambah. Untuk 3 orang makan di sini, semuanya berjumlah lebih lurang RM22.00 termasuk minuman. Malang sekali, air yang dibancuh memang tak sedap, orang penang kata.. ceroi. Huhuhuuu…

Namun yang paling menghairankan, walaupun di sebelah parit, selalunya Kedai Nasi Kandar memang tetap ramai… Jadi, kepada mereka-mereka yang terlalu hygienic, rasanya tak sesuailah kot kalau nak makan di sini. (Atau di kebanyakan kedai Nasi Kandar yang sememangnya mempunyai masakan yang sedap)


View Nasi Arab in a larger map

facebook comments:

6 thoughts on “Nasi Arab Kepala Batas

  1. aku ingat rm 1.00 tu nasi saja kot…sekali ngan lauk mampoih la…daripada info hang mus…nampak nya memang tak sedap la…sapa2 yg ada darah tinggi tu tk baguih la makan…masin…ayaq plak ceroi…tak kisah la…lain orang lain rasa…thanks for the info…

  2. Pingback: Antara Nasi Arab Dan Roti Jala - Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge