Cara Menangani Bayi Berhingus

Benda ni dipanggil Nasal Respirator, satu alat untuk menyedut hingus pada bayi. Ada yang menyarankan agar kita terus menyedut hingus menggunakan mulut sekiranya terdesak. Tapi aku dah cuba, dan aku gagal.

 

Ada satu lagi alat yang menggunakan pam tangan, tapi menurut pekerja di farmasi, alat ini yang paling efisien dan boleh dikawal kekuatan sedutannya secara manual, tidak seperti menggunakan hand pump.

 

Aku sememangnya mempunyai sejarah Athma, jadi aku jangkakan  kemungkinan besar untuk anak turut mempunyai masalah yang sama adalah agak tinggi. Daripada hingus tersebut terus melarat, lebih baik aku mengambil langkah pencegahan yang awal. Kesian beb tengok anak tidur tak puas disebabkan hidung tersumbat.

Pembelian alat ini telah aku rujuk kepada doktor yang turut  mengesyorkan kaedah yang sama. Tetapi dalam pada masa yang sama, kami turut menggunakan ubat. Pada minggu pertama, ubat yang dibekalkan oleh doktor nampak tidak memberi kesan. Memandangkan ubat telah habis dan kami bertukar doktor, beliau telah memberikan ubat jenis Piriton khas untuk bayi, tetapi dengan jumlah CC yang amat dihadkan (lebih dos, akan menyebabkan gejala sesak nafas kepada bayi), lebih baik kurang dos daripada terlebih dos. Misalnya doktor telah meletakkan 1.6cc, lebih baik letak 1.5cc ke bawah, jangan terlebih!

 

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

4 thoughts on “Cara Menangani Bayi Berhingus

  1. bro…anak aku ada masalah cam anak ko bro, anak aku dh nk masuk 9 bulan, aku sedut hingus waktu aku dukung anak aku, senang kluar hingusnya, n waktu mlm masa anak aku tido, aku gosok kunyit hidup campur sikit kapur, pastu sapu kt dahi anak aku, insya-Allah mudah bernafas masa tido n selsema cepat kering, ini petua org2 tua…boleh cube bro…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge