MotoGP Malaysian Grand Prix 2011 #2

Tower Grandstand Gate

Pada aku, tahun ni rasa-rasanya event MotoGP yang paling menyedihkan berlaku di Sepang. Selain daripada kes kematian Marco Simoncelli, harga makanan dan minuman yang mahal dan tak masuk akal yang telah ditetapkan oleh Sepang International Circuit dan masalah-masalah birokrasi yang lain, SIC juga sekarang terheret dengan kes seorang editor majalah Bikerz, saudara Abol yang mendakwa telah diaibkan oleh pihak SIC – baca sini. Pada aku, pihak pengurusan Sepang harus ditukar kepada mereka yang benar-benar layak dan cintakan dunia permotoran kereta dan motosikal. Bukan di bawah pengurusan yang terlalu bias kepada peminat-peminat motosikal seperti aku; yang tergolong dalam majoriti pembeli tiket MotoGP yang bukan superbikers pun! Itu mereka harus ingat. Bukan apabila jumlah penonton tahun ini adalah yang teramai dalam sejarah MotoGP Malaysian Grand Prix, mereka boleh buat macam-macam lagi, contohnya mungkin tahun depan air paip dalam botol tu jadi lebih mahal dari sekarang, RM5.00!

300mm Prime Lens pun pening - kata Shahrul

Pada hari pertama, Jumaat 21 Oktober 2011. Aku dan Shahrul tiba di Sepang tepat pada pukul 1.00 petang. Senang cerita, pembaca khutbahnya Valentino Rossi la kot! Soalan tu memang ramai yang tanya, sampai diaorang terlupa, aku straight dari Penang dan Jamak dan Qasar tu dah eksklusif untuk kami. Bila lagi nak praktikkan Jamak dan Qasar? Jangan ilmu yang kita belajar di sekolah, kita tak pakai. Rugi jawabnya!

Surau Lelaki, jenuh menapak nak cari

Best!

Memang nak kena menapak sikit untuk cari surau di Sepang International Circuit ni. Di setiap penjuru memang ada surau, cuma kena cari. Di kawasan Main Grandstand, surau lelaki dan perempuan berada bertentangan di bahagian tengah-tengah ruang pejalan kaki di antara grandstand (Kuala Lumpur straight/Penang straight).

Credits to http://www.allf1.info/tracks/sepang.php

Persoalan kedua yang paling popular ditanya ialah, kenapa aku kena ke Sepang tengok MotoGP, sanggup berpanas dan melibatkan kos yang boleh tahan sedangkan aku boleh bersenang-lenang tengok siaran MotoGP di rumah? (Astro/Live Streaming).

Jawapannya?

Boleh tengok straight sparring live!

Boleh tengok peminat motor tidor sambil tahan telinga bunyi macam jet!

Ya, bunyi yang dapat didengar secara live memang takkan sama seperti apa yang anda lihat di tv. Berani aku cakap, bunyi ekzos kelas MotoGP adalah hampir sama dengan bunyi jet (sebab rumah aku sebelah hangar TUDM Butterworth, boleh dengar bunyi engine warm-up dan take-off MIG-29 dan F-5E) – itupun tiap-tiap tahun pi mesti aku nampak masih ada yang boleh tido. Tegar!!! Hahahha…

This is a good parenting!

Ya, seperti yang aku bebelkan dulu dalam status di facebook dan konsert rock, masih terdapat ramai keluarga terutamanya bangsa Melayu yang masih membawa anak-anak kecil tanpa perlindungan telinga yang sewajarnya. Secara jujurnya, majoriti aku lihat lebih kepada palancong-pelancong asing yang membawa anak-anak dengan headgear untuk melindungi gegendang telinga dari desibel yang tinggi.

Sebenarnya, tak perlu pun beli headgear dalam SIC tu (sebab mahal sial), boleh aja ke kedai-kedai hardware dan beli earplug, ataupun apa-apa yang boleh menutup lubang telinga anak-anak kecil. Ini tak, dah la tak bagi anak-anak pakai, ada jugak bapak-bapak yang pakai, tapi tak bagi anak pakai! (sebab ada headgear yang dijual, versi lebih mahal ada radio). Kalau macam tu, lebih baik jangan bawak anak-anak ke track lumba. Bunyi bising dengan desibel yang tinggi sememangnya akan memberi kesan kepada anak-anak!

facebook comments:

One thought on “MotoGP Malaysian Grand Prix 2011 #2

  1. Pingback: Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 #1 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge