MotoGP Malaysian Grand Prix 2011 #4

2011 - Malang Buat Rossi

2011 merupakan tahun yang paling malang dan mencabar buat Valentino Rossi. Ya, melihat kepada prestasi Casey Stoner ketika bersama Ducati, mungkin semua orang menjangkakan Rossi akan mendominasi kesemua perlumbaan pada musim 2011. Nampaknya semua tekaan itu berlawanan sama sekali. Stoner berjaya di Honda, Rossi pula bergelut di Ducati dan dia cuma berkongsi mata bersama mendiang Simoncelli. Namun, percaya atau tidak, kehadiran Rossi sentiasa mencuri tumpuan di Sepang.

Alone At The Paddock

Nicky Hayden Tenggelam Di Sebalik Rossi

Pakai Baju Aja Ducati, Memiliki Ducati Jauh Sekali

Percaya atau tidak, di sebalik kurang tumpuan media berbanding tahun lepas, peminat-peminat Rossi sentiasa menjerit namanya di Grandstand. Rossi! Rossi! Rossi! – itulah hakikatnya, factor-X yang tiada pada orang lain.

Juara Tumpuan

Champion In Action

Saingan Stoner, Pedrosa

Weakest Link In Repsol Honda, Dozivioso

Repsol Honda tahun ni nampaknya betul-betul boleh tersenyum lega. Semenjak Rossi keluar, boleh dikatakan Honda agak bergelut mengembalikan nama yang agak tenggelam berbanding Yamaha. Dengan kemasukan Casey Stoner, semuanya berubah untuk musim 2011. Mereka mendominasi setiap perlumbaan, manakala Dozivioso asyik berentap dengan Simoncelli.

Ben Spies Datang Sekadar Pelancong Kali Ni

Katsuyuki Nakasuga - Rider Gantian Jorge Lorenzo

Spies Masih Tidak Stabil Semenjak Kemalangan DI Philip Island

Yamaha Factory Racing tenggelam di sebalik amukan Repsol Honda Team tahun ini. Akibat kemalangan di Philip Island, Jorge Lorenzo disahkan tidak fit untuk race di Sepang dan Spies pula hanya beraksi pada FP1, FP2, FP3 sebelum disahkan tidak fit untuk perlumbaan di Sepang pada 23 Oktober 2011. Rider gantian Katsuyuki Nakasuga yang menggantikan Lorenzo tidak membazirkan peluang menunjukkan apa yang dia ada di Sepang.

Harap-Harap Tahun Depan Ada Lagi

Peningkatan Prestasi Yang Ketara Pada Alvaro Bautista

Alvaro Bautista nampaknya telah menerima input paling berharga daripada Loris Capirossi pada musim lepas. Peningkatan prestasi yang ketara telah ditunjukkan Bautista, walaupun ura-ura Suzuki akan mengundurkan diri pada musim depan bertiup kencang. Sekiranya Suzuki masih ada dan peruntukan mencukupi, Bautista akan menjadi pencabar terhebat pada musim hadapan.

Malang Buat Toni Elias, akan turun pangkat ke Moto2 tahun depan

Loris Capirossi bersara pada tahun ini, Pusingan terakhir di Valencia menyaksikan beliau memakai no 58 sebagai tribute pada Simoncelli

Hector Barbera - Mapfre Aspar Team MotoGP

Colin Edwards Pasti Tak Akan Melupakan Sepang dan Insiden Simoncelli

Diangkat sebagai Rookie Of The Year di Valencia

Simoncelli Akan Sentiasa Diingati

Turn 11 yang Meragut Nyawa Simoncelli

Hiroshi Aoyama - San Carlo Honda Gresini

Inilah pengalaman aku yang akan paling dikenang. Menyaksikan pelumba terbunuh secara live bukanlah satu hiburan. Tetapi ia agak menyedihkan. Semoga tahun depan, MotoGP akan bertambah menarik dan pihak Sepang International Circuit tidak akan cekik darah seperti tahun ni. Ingatlah Pihak SIC, kami rakyat Malaysia yang meramaikan litar, hormati kami sebagai penonton dan peminat, jangan fikir keuntungan semata-mata.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge