Moo: This Is My Card!

Barang dari UK lagi! Cuma packaging kali ni aku tertarik dengan sticker dari Pos Malaysia; Special Project Unit? Unit apa tu, pelik betul! Yang pasti, item aku kali ni tak pula dibuka untuk diperiksa. Mungkin kerana nampak biasa dan tidak mencurigakan.

 

Ingat tak masa awal 1990-an dulu, ada satu fenomena buat kad nama, terutamanya di kalangan budak-budak. Aku dulu teringin sangat nak buat, tapi tak reti dan tak berduit sangat nak buat. Yer lah, masa tu dalam darjah 1, darjah 2… Mana nak reti buat wang pos apa bagai nak bagi kat kompeni tu semata-mata nak buat kad nama.

Business card dari moo.com ni sebenarnya aku dapat offer dari web about.me dengan cas £0.00. Aku cuma kena bayar cas penghantaran sahaja iaitu £2.75 atau RM13.80. Berbaloi kan untuk 50 keping kad?

 

Jadi, bila dah ada usahasama antara moo.com dan about.me ni, watermark ala-ala sponsor tu melekat la sikit di kad tu. Nothing comes absolutely free right? Klout pun ada buat usahasama dengan moo.com, tetapi dengan watermark Klout di kad.

Sekadar info, kalau bukan pasal usahasama ni, atau dengan ertikata lain, kalau aku taknak ada nama sponsor  moo atau klout di atas kad, aku kena bayar harga normal pemprosesan kad iaitu seperti berikut (50 keping):

 

Aku buat tempahan pada 30 Ogos 2012 dan mengikut jangkaan pihak moo.com, kad sepatutnya sampai pada 26 September 2012. Tetapi, sebenarnya kad sampai lebih awal daripada itu iaitu pada 15 September 2012. Cepat kan?

…………..atau biar diaorang letak tarikh lewat supaya kita tak berharap sangat sampai awal. Kalau letak tarikh awal, sampai lambat, kita jugak yang akan bising nanti kan? Hehehehe…

Kualiti kad sangat superb. Tebal pulak kertas dia. Aku ingatkan nipis saja. Ada dua pilihan untuk finishing, samada hendak MATTE atau GLOSSY. Aku ambil finishing matte untuk kad ni, saja nak try. Cuma dari segi printing alignment, aku tak berapa puas hati sikit. Kalau ikutkan preview, semua aku dah ikut spec. Tapi entah kenapa aku rasa QR Code aku tak berapa nak center, dah macam berat ke kanan. Tapi masih boleh diterima la.

 

Gambar aku bergaya dengan ‘tanduk lembu‘ sesuai sangatla dengan moo.com punya watermark kan? Hahahah…. Gambar ni diambil oleh Sir Mart Outdoorgraphy waktu konsert Gemuruh DT Double Trouble di Seberang Jaya pada 2010. Lepas ni, kalau join Klout, jangan lupa add aku sebagai influencer. Kalau ada perks yang menarik, bolehla aku ambil dan tolong reviewkan dalam blog.

So lepas ni, aku pi mana-mana event bolehlah aku pengsi dan poyo hulur-hulur kad macam blogger-blogger ternama yang lain. Bwarghahahahahahaha!!!!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge