Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010

Nampaknya, Suzuki berusaha keras untuk menjadi pesaing utama di pasaran Malaysia bagi tahun 2010. Setelah kedengaran ura-ura Modenas akan mengeluarkan jentera berkapasaiti 150cc, Suzuki yang telah selesa mengeluarkan Belang R 150 pada 2009, nampaknya menumpukan kepada segmen pasaran mesra pengguna pula. Untuk Belang R 150, keupayaannya telah dibuktikan sendiri dengan Ride Solo Satu Malaya tanpa tajaan (sedihnya).

Designed by rihuhs @ MBC

Berita ngeri buat peminat kapchai-kapchai laju. Ya, dari cerita yang telah disahihkan, cuma tanpa specs yang lengkap, model tersebut berkapasiti 110cc sahaja. Lupakan saja jika anda ialah mat despatch yang nak tolong bos anda fotostat dokumen juta-juta ringgit pada waktu pagi (eh, ayat macam kenal jer…), tapi sekiranya anda adalah pengikut Smash Revo dan anda ialah mat-mat motor yang cintakan kedamaian ‘fun ride’, motosikal ini ialah jawapannya.

2010 juga diberitakan bahawa Suzuki Belang R 150 akan direka semula. Berita sedih kepada pengguna-pengguna Belang. Nampak gayanya hidup anda akan terus diselubungi misteri bunyi-bunyi yang tak menyenangkan berpunca daripada ‘auto chain tensioner’ yang masih belum diperbaiki oleh pihak Suzuki.

Sekali imbas, motosikal baru ini menyamai rekabentuk Smash Revo. Dan dengan berita Affendi Rosli yang telah menjuarai 115cc Underbone Asia Road Racing 2009 (overall), nampaknya Suzuki sepatutnya mengeluarkan model ini dengan ‘sempurna’.

Sempurna yang didambakan oleh rakyat Malaysia ialah:
(itupun jika pihak Suzuki berminat nak tahu…..)

  1. Bebas daripada sebarang factory defect seperti masalah-masalah enjin seperti yang berlaku kepada Suzuki Belang R 150 (chain tensioner prob)
  2. Bebas daripada sebarang factory defect seperti yang berlaku kepada Smash 110cc (rear foot stand dan false gear/gear tendang)
  3. Aktiviti-aktiviti sokongan daripada Suzuki terutamanya after-sales services. Aktiviti-aktiviti seperti convoy sponsorship adalah sesuatu yang amat diharapkan oleh Suzuki owners. Malangnya, Suzuki Malaysia, seperti macam kedekut sangat nak buat aktiviti-aktiviti macam ni. Patutla motor tak laku…..
  4. Marketing dan Advertising. Sesuatu yang amat memalukan… Giant company such as Suzuki with minor advertising on media such as on Television and etc. Yamaha Indonesia can afford to ‘use’ Valentino Rossi on their Jupiter ad and Suzuki with…????
  5. Suzuki boleh berbangga dengan laporan-laporan di akhbar ataupun majalah yang biasanya akan melambung pujiannya. Tetapi, sekarang bukan 10 tahun lepas. Review-review bebas oleh penulis blog dan pengguna forum lebih dipercayai oleh pengguna (hampir-hampirlah…). Jadi, kepada ‘mereka-mereka’ yang berada di dalam Suzuki yang tengah brainstorm why Suzuki Sales drop within these years, take this note – user/rider now gain more info on the net such as news, forums and blogs.
  6. Spare parts – The most Suzuki owner fear off. The most ridiculous price and the availability of these parts in some stores, chase all the Suzuki ‘newbies’ away. Eg, look at this price of Suzuki Smash Gear Lever –  RM21.80…. Ughhh… headache!!

Apa-apapun, Suzuki, prove your “Ranggi Dan Radikal” with your marketing strategy. Dont ‘RADICAL’ with your price. I want to see more Suzuki bikes on Malaysian Roads like you have done with RG Sports and RGV 120 several years ago.

Suzuki, good luck for 2010.

facebook comments:

33 thoughts on “Model Baru Suzuki Untuk Tahun 2010

  1. RG dulu bersepah kat atas jalan bukan pasal time tu Wazi tengah top ka? Tu pun bila RGV kluar, puas kena titik dengan Racing Spirit & 125Z…

    Cuma respek kepada panther & panther gamma yang agak berjaya menahan manipulasi rxz di awal2 kemunculan (y1 & y2).

  2. Zan, aku perbetulkan sikit…
    RG tak pernah kena titik pun dengan Yamaha SS2 tu…
    Masa RG, Meganathan yang bawak, lepas tu Wazi.

    Lagi satu, hang kena compare apple to apple la..

    Yam 125Z tu berapa CC dia…….

  3. maksud kena titik aku bukannya RG kalah masa race..tapi kalah pada bilangan atas jalan. Masa scene race time tu memang RG yang conquer. bebudak cina kalau racing haram lawan budak melayu mesti pakai RG. Budak melayu pakai SS/SS2 biasanya akan kena bertiang…

    Memang Mega yang bawak RG dulu tapi orang Malaysia lebih kenal Wazi sebagai "artis" RG sports…

  4. Hidup suzuki. Walaupun tokey kedai ckp apek ja pki suzuki tp aku bli gak shogun 125. Aku dh pki rg110 1997,shogun125 2007, shogun125rr 2009 & belang r150

  5. suzuki memang mantap. moto rg ayah sy dari tahun 1993 still beroperasi dengan mantap. harap suzuki boleh tingkatkan lagi marketing strategy…

  6. @ijau
    RG yang dalam bilik aku tu bunyi boleh dengar satu kampung wo…

    @zan
    betul gak tu. masa tu, harga SS two murah banyak dari RG dan RGV

    @halimienfared
    betul gak tu. telinga aku pun dah lali dengar statement macam tu.

    @Shafiq
    betul gak tu. sampai harini aku menyesal jual RG aku.

  7. ori mahal la, smash pun ori RM250++. try cari yang local punya. Kat penang ada kedai yang jual, kat KL atau selain dari penang aku tak sure

  8. RG masuk lampu belakang RGV, TZM..pergh..giler old skool weh.
    Pakai lak foot race tiga segi, kasi lutut lipat lebih, bukak air filter biar bunyik bobok…hahaha..

    Tapi aku admire ngan Honda Hurricane & Suzuki Panther jerung..motor yang disebut2 kena "banned" oleh polis m'sia pasal laju sangat..ada sapa2 leh sahkan fakta ni?

  9. Salam …Bro……. nak tanye sikit ni !! Suzuki Belang yg akan direka semula utk tahun 2010 lebih kurang dengan yg lama ke?? bila tarikh Suzuki Belang tersebut akan dikeluarkan??? ada gambar tak???

  10. Askm semua, aku nak share skit tentang motor Suzuki ni. Zaman old skool aku pakai C70 petak. tak syok laa semput bab masa to mana ada performance part mcm skrg.
    So aku let go tukar RC80 aku modified sampai piston bobos. Masa tu aku hambat RXS convert RXK.Jarum meter aku dah tido. Yang pasti dah melebihi 160 kmj.Sbb RXS tu dah abis meter. Start dari itu aku jatuh cinta dan tukar kem dr ‘H’ ke SUZUKI.
    Hampir semua model Suzuki aku pakai antaranya:
    RC80,RC100,Best110,RR110,RG110,RGV120,GSX110,TXR150,FX110 dan Smash Revo 110
    (fuhh penat den)
    sekarang aku masih pakai RC80,FX110,RGV120 dan Smash Revo 110 semua aku gunakan untuk gi kerja. Pendek kata aku memang minat kat SUZUKI terutamanya tentang keselesaannya untuk perjalanan yang jauh. Dah try gak jenama lain antaranya jenama ‘H’ jenama ‘Y’ memenatkan aku memacu kerana gegarannya.

    komen aku SUZUKI terlalu advance …mendahului kelasnya. Contoh mcm FX125. Setelah beberapa tahun ia keluar baru lah Jenama ‘Y’ keluarkan L***5.Tu pun tak ada DOHC stakat single cam. Mcm gitu juga dengan RGV120 org pakai dah buruk baru keluar 125Z.

    Antara model aku paling suka RGV120 dan Smash Revo 110. RGV sebab mudah sgt nak memecut dan Smash pulak sangat jimat minyak lepas aku setting 2.5 liter (lebih kurang RM5) boleh pergi balik kerja . Dari Desaru ke Pasir Gudang dan Pasir Gudang ke Desaru.
    Lebih kurang 100km (5 sen per km…Lu Pikirla sendiri beb.) kalau nak formulanya jgn segan segan email jer kat keli_rohu@yahoo.com.

    By the SUZUKI Way Of Life…
    P/S Suzuki R & D please do something don’t let Market Claim ruins your reputation.

    Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

  11. Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

    aku suka suzy,, ramai dok kutuk,..aku just pakai gamma 150,dan dah jual,,, rase sesal pon ade skit…banyak jasa tu,..utk mengubat rinduku pada gamma aku ankat satu fx 125 jauh datang nya dari ampang ker johor bahru,..enjin power,pikap menggila,jimat minyak,selesa.

    dan aku pon nak dedication utk pak din suzy assembly

    pak din nantikan part 150 complette

    Special dedication : to Abg Din @ Suzuki Sales and Service Johor Bahru. Thanks for your support.

  12. Askm sumer buat pengetahuan you all rumah abg din ni berhadapan dgn umah Abg Mail Kliwoon… sapa kenal Mail Kliwoon?

  13. berita yang aku dapat hari isnin pakdin tepon aku petang,.. dia baru jer lepas operation appendix.2 hari sebelum tu aku pegi suzuki ass JB… masa tu pakdin dah mula menunjuk kan symtom2 sakit… aku bawa beliau ke klinik penawar tmn daya.malam tu beliau dikejarkan kehospital HSA rupa nya symtom petang tadi adalah appenix,selamat menjalankan pembedahan…beliau dapat cuti 2 minggu,, semoga cepat semboh pak din,… mator kita sedang menanti,….rasa nya pakdin ni otai dohc enjin kat JB dia satu2 nya pomen suzuki bertauliah yang merasa kegemilangan suzuki rg.fx,fxr,VS dll pada lebih 10 thn dulu….

  14. salam…
    tmpang tnye skit…
    de spe2 x yg nk jual rgx 120 or agk2 kt mane yg de jual lg??…
    sbb mmg idaman dr kcil…

  15. Pingback: Suzuki Smash Titan 115 - Speedrider Networks

  16. Pingback: Suzuki Smash V115 – Pandu Uji « Speedrider Networks

  17. salam.
    dlm bebanyak motor suzuki. knapa fxr 150 x disebut.riders2 suzuki dh lupa ka kt motor tu? hahaha…anyway moto tu still ada lg duk berkeliaran.cuma rare ja.enjin mcm belang r jgak tp cuma model lama ja la…apa2 pun suzuki is reliable…

  18. Pingback: Belang Full Fairing aka Belang Facelift « Speedrider Networks

  19. Hello, i think that i saw you visited my web site so i came to “return the favor”.I am attempting to find things to enhance my website!I suppose its ok to use some of your suggestions!! Olga Mccuiston

  20. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
    Saya juga hairan kenapa Suzuki Assemblers tidak membuat post mortem kenapa mereka tidak dapat menawan hati rakyat M’sia dlm kategori moped berbanding jenama Y & H seperti era 90an dan awal 2000.
    Saya setuju dari segi teknologi dan kualiti kebanyakan keluaran Suzuki mendepani jenama Y & H. Tapi design yg dipasarkan utk rakyat M’sia kebanyakannya kurang menarik. Antara moped yang mendapat sambutan tetapi diberhentikan penjualannya adalah rgx120 (design lbh cantik dari rg110/rgv120), fx125, fxr150.
    Sekiranya design Belang150 lebih cun dari yang ada sekarang, pasti ia dapat bersaing dgn jenama Y & H disamping harga yang berpatutan.
    Model moped terbaru adalah (2014) Smash 115 fi utk bersaiang dlm kategori 115cc. Amat malang bagi Smash fi krn design yg terlalu simple dgn signal belakang yg tidak matching. Sepatutnya setelah kegagalan Shogun R125 & Shogun Axelo125, Suzuki Assemblers mengeluarkan model seperti fx125. Saya percaya jika model fx125 dikeluarkam semula walau tanpa ubah spesifikasi enjin (hanya tukar karburator kpd fuel injection) pasti ianya dapat bersaing dgn jenama Y & H.
    Kebanyakan raiders sekarang memilih jenama Y & H krn design yg lbh menarik, pusat servis yang merata, spare part mudah didapati, promosi yang berkesan dan penajaan yang berterusan.
    Kepada Suzuki Assemblers, dengarlah keluhan peminat, pemilik dan penunggang Suzuki. Saranan saya, tukar design Belang150 utk bersaing dlm kategori 150cc dan ‘re-born’ FX125 utk bersaing dlm kategori 125cc disamping harga yg berpatutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge