Misteri Warung Leman

MISTERI WARUNG DI BAWAH POKOK KETAPANG – Sebuah Cerpen Hasil Tulisan Dan Idea Original Dari @Rjuna Rjuna (Nama FB)

Sebaik berhenti kerja dari sebuah kilang di Juru,Prai maka Leman pun mencari akal untuk berniaga makanan dan malangnya dia tidak tahu apa yang harus dia niaga kerana dia bukan nya ada pengetahuan dalam bidang masakan .
Tetapi isterinya Suri yang merupakan anak tukang masak terkenal Usop Din memang bijak.

Petang itu selepas selesai makan malam ,Leman yang bersandar di tepi tiang tengah rumahnya sambil menghembuskan asap rokok daunnya mula bersuara…

“Suri, abang ingat nak berniaga makanan dekat area Prai..abang nak cuba ubah nasib kita dan tak mahu terus menganggur..” Kata Leman sambil merenung anaknya yang terlentang tidur di depan tv.Anak-anaknya masih kecil dan bersekolah dan untuk meneruskan survival hidupnya maka Leman perlu berusaha..

“Abang, nak berniaga apa ni..sapa nak bantu abang..kat mana abang nak berniaga..yakin ke…?”..
Bertalu – talu soalan Suri hingga di telinganya dengan nada tidak yakin dan risau..

“Kita kena cuba…tak cuba mana tahu..dan mungkin rezeki kita lebih baik selepas berniaga nanti” Balas Leman kepada Suri untuk menanamkan keyakinan yang ada..

Malam terus berlalu dan Leman serta Suri meneruskan soal jawab hingga lewat malam.Dan akhirnya Suri akur dengan permintaan Leman.
“Kalau Suri dah setuju baguslah..Abang nampak didepan tempat kerja lama abang tu dah ramai orang yang berniaga macam2 dan kebanyakan makanan adalah sama..Roti Canai,Bihun Sup,Laksa ,Nasi Lauk Pauk semua dah ada..
Abang nak cuba yang lain pula…yang spesel dan takda orang lain buat..Abang rasa ini akan buatkan kita kurang saingan…
Suri rasa apa masakan yang Suri tahu dan boleh bantu abang”?

Satelah berfikir maka Suri memberi cadangan nya..
“Apa kata kita cuma Nasi Ayam Pandan ” ?
“Ni resepi keluarga dan dulu arwah Tok ada turunkan rahsianya pada Suri dan pernah Suri mencuba di kampong dan ramai memujinya kerana lain dari lain”..

“Ok..Abang setuju…Tidak ada siapa yang berniaga Nasi Ayam Pandan dan makanan ni pastinya mampu menarik minat staf2 cina yang banyak kat situ..Abang yakin pilihan Suri ini tepat” tersengih Leman selepas mengucapnya dan Suri tersenyum kerana buat pertama kali dalam 10 tahun perkahwinan itu kali pertama dia dipuji olih suaminya..

.
…………………………………………………………………………..

Esok nya dengan semangat berkobar seperti mana kibaran bendera di depan sekolah berhampiran rumahnya Leman menuju ke kawasan perindustrian tempat bekas kilangnya untuk mencari tapak yang sesuai.
Di lihat banyak tempat2 strategik seperti tepi simpang,depan kilang besar telah habis diambil orang dan Leman yang tidak putus asa terus berlegar.
Tiba- tiba matanya terpaku di sebuah gerai yang hampir ranap di depan sebuah kilang plastik.
Leman nampak kawasan ini sesuai kerana selain ianya laluan ke kilang – kilang besar tempat ini mempunyai kawasan parking yang luas.
Tetapi dia hairan mengapa perniagaan di bawah pokok Ketapang besar itu di tinggalkan orang dan siapa bekas peniaga itu.
Leman mahu berjumpa dengan peniaga itu kalau2 tapak itu mahu di sewakan tetapi tidak tahu milik siapa.
Di hadapan kilang itu Leman nampak seorang pak guard yang sedang duduk dalam pondok pengawalnya dan Leman meletakkan motosikal C70 nya dan berjalan kaki menyeberang jalan untuk bertanyakan maklumat kepada Guard tersebut.

“Asalamualaikum Pakcik” Leman memulakan sapaan nya.

“Waalaikumusalam” balas Pak Guard yang berusia 60an itu.

“Boleh saya tau sapa pemilik gerai depan tu”..kata Leman sambil tangan nya menunjukkan kepada warung usang i bawah pokok Ketapang tersebut..

“Ohhh tu gerai Wak Parjo..Dia dah meninggal 3 tahun dulu bila ranting pokok Ketapang jatuh dari atas dan menimpa kepalanya.Isternya kemudian lari dengan Mat Bangla dan enggan teruskan perniagaan Wak Parjo.Gerai tu kemudian terbiar lama hingga mula menjadi sarang penagih2 dadah kawasan ini dan setiap malam mereka akan berkumpul hisap dadah di situ.
Hingga lah pada satu hari semua lari lintang pukang sambil menjerit tidak tentu pasal..

Masa tu pakcik kerja shift malam dan nampak mereka lari ketakutan tetapi tidka pasti apa yang mereka nampak..Cuma dengar ada yang kata ..Ampun Wak..Ampun Wak..”

Meremang bulu roma Leman dengan cerita Pak Guard itu..Dia tidak pasti samada mahu percaya atau tidak atau mungkin sengaja di reka supaya Guard ni nak sewakan pada orang lain …Fikir Leman dalam hatinya..
“Tetapi bagaimana kalau benar..?”
Tidak apa..sebagai bekas tentera dia memang berani dan tahu sedikit2 ilmu kerana pernah bertugas di pendalaman hutan sempadan Malaysia -Thai dan juga telah lihat banyak perkara..

“Kalau betul kata Pakcik ni saya akan cuba berniaga disitu..saya yakin niat saya baik dan tidak akan susahkan sesiapa..Nanti kalau saya dah buka kedai bawah pokok Ketapang ni pakcik boleh dapat diskaun dari saya” kata Leman .
“Oh ya….dulu Wak Parjo berniaga apa pakcik …Soto? Bakso ? tanya Leman sebelum menghidupkan motornya.

Dan kata-kata Pak Guard itu kemudian membuatnya tersentak..
“Wak parjo berniaga Nasi Ayam Pandan..katanya tu resepi keluarga isterinya dari Kg Lubuk Mandi ,Kupang Kedah”..

Leman terdiam dan menelan air liurnya sebab Kg Lubuk Mandi di Kubang Kedah juga adalah kampong asal isterinya..

Sambil pulang dengan motor Honda C70 buruknya bermacam-macam pemikiran yang berlegar di kepala Leman..
Terutama tentang persamaan makanan dan tentang tempat tinggal isterinya dengan isteri Wak Parjo yang sama
Hampir dia terjatuh di depan kilang MyTech bila motosikalnya termasuk dalam lubang jalan yang tidak berturap dengan baik itu kerana asyik memikirkan kata-kata akhir dari guard kilang Plastik tersebut..

Tiba di depan rumahnya di Kg Manis,Prai Leman segera menongkat motor nya di tepi tangga dan bergegas naik keatas dan mencari Suri.
Suri sedang membasuh pinggan ketika itu dan tidak sedar kehadiran Leman dari belakang..
“Suri, abang nak tanya sikit…” ayat mula tersembur dari mulut Leman yang membuatkan Suri terkejut dan hampir terlepas pinggan yang di pegangnya di depan singki..

“Abang ni..kalau ya pun bagi lah salam dulu..terkejut Suri tadi” kata Suri dengan wajah yang sedikit masam..

“Minta maaf lah..tapi abang nak tau satu perkara dari Suri..Suri ada tak kakak atau adik di Kg Lubuk Mandi yang juga tahu pasal resepi Nasi Ayam Pandan ?

“Takda lah bang..Abang lupa ke yang Suri ni anak tunggal” ..balas Suri yang kehairanan dengan soalan pelik suaminya dengan tiba-tiba..
“apa yang berlaku..kenapa semua ini yang di tanya” Suri mula terasa sesuatu yang tidak kena dengan pertanyaan Leman…

“Mana anak2 kita..tak nampak pun..” dengn segera Leman mengubah topik kerana tidak mahu di tanya bertalu-talu..

“Ada kat padang sekolah rasanya…tadi kawan2 mereka datang dan bawa bola ,,jadi semua kesana kot” Suri menjawab dengan termakan umpan soalan dari Leman..

……………………………………………………………………………….
Beberapa hari kemudian Leman begitu sibuk.Dia berulang alik dari warung bekas perniagaan Wak Parjo dengan kedai Li Huat Hardware di pekan Prai untuk membeli papan lapis,paku,tin,cat dan sebagainya.Semua kerja2 repair di buat olih Leman sendiri kerana dia mahu berjimat cermat untuk keperluan modal perniagaan pula.
Leman juga mendapatkan barangan terpakai dari Syarikat Samy untuk tujuan menjimatkan kos.

Dan walaupun dia berusaha untuk berjimat cermat namun hampir RM3,000 juga wang nya habis bagi membaik pulih kedai tersebut.
Leman telah menemui En Annuar yang merupakan pengurus kilang plastik didepan warungnya untuk mendapatkan kebenaran menggunakan air kerana dia perlukan bagi tujuan minuman dan membasuh.
Leman tidak perlukan elektrik buat masa ini kerana dia bercadang untuk fokus jualan menjelang tengahari dan tamat pada awal petang saja.
Dan kerana ianya kawasan terbuka,redup maka dia juga tidak perlukan kipas angin..

Pada hari akhir kerja pertukangan nya Leman mencantas ranting-ranting pokok Ketapang yang dirasakan melindung cahaya dan menyebabkan warung nya gelap dan sukar di lihat dari jauh.

Dan pada malam itu Leman tidak dapat tidur.Dia menjadi panas tiba-tiba.Badan seperti terbakar dengan api dan gatal.Kemudian dia terdengar suara garau lelaki yang berusia dengan loghat Jawa yang bercakap di luar rumah dan betul2 di hujung kepada katil yang dia tidur.
Dia tak pasti apa yang di perkatakan kerana dia tidak memahami bahasa Jawa tetapi dari nada suara garau itu jelas lelaki berkenaan di luar sedang marah..

Leman sedar bahawa dalam seminggu ketika dia membuat kerja-kerja membaiki warung tiada apa2 yang berlaku kecuali pada malam ini .Dan apakah ianya ada kaitan dengan tindakannya mencantas Pokok Ketapang besar itu atau adakah kerana sebab – sebab lain yang dia tidak sedar ?…

Suara garau itu semakin lama semakin menghilang sebaik saja azan solat subuh kedengaran dan Leman terus ke bilik air untuk mengambil wuduk dan solat.
Dia tidak lupa berdoa untuk meminta di elakkan sebarang bahaya kepada diri dan keluarganya dengan kejadian pelik2 yang mula berlaku..

Pada pagi itu selepas sarapan Leman menuju ke kawasan gerai bersama motosikal nya.Dari jauh jelas kelihatan warung nya yang berseri dengan cat dan kayu2 baru.
Hari ini hari khamis dan dia mahu segera selesaikan beberapa perkara sebelum ahd kerana dia bercadang mahu membuka warung itu pada isnin .
Perasaan tidak sabar mejadi makin ghairah kerana Encik Annuar telah menalipon dan memberikan persetujuan kepada Leman untuk mengambil air dari bilik pengawal yang ada tandas.

Singgah di warung itu, Leman melirik matanya kearah pokok Ketapang tersebut.Dia tidak tahu apakah kejadian mencantas pokok ada kaitan dengan kejadian misteri semalam.
Namun Leman merasakan dia bersalah kerana tidak meminta izin dari ‘penjaga kawasan’..
Maka bersuara lah Leman dengan perlahan..
“Tok minta tabik tok, cucu cuma mahu berniaga dengan halal..cucu minta maaf kalau cucu ada buat salah di sini atua usik barang2 tok..Maafkan cucu tok dan cucu janji akan jaga tempat tok elok – elok”…

Sebaik selesai Leman mengucapkan nya tiba – tiba saja beberapa helai daun pokok Ketapang luruh keatasnya..Leman tidak pasti apakah itu satu tanda yang dia telah diberi restu dan dimaafkan atau ada maksud lain.Cuma apa yang dia hairan adalah pada masa itu keadaan tidak berangin langsung dan semua daun2 yang luruh itu berwarna hijau dan bukan daun kering seperti biasa berlaku…

Apa yang baru berlaku memang mengundangkan pertanyaan di benak Leman…
Apakah ini ujian awal keatas nya dan cabaran untuk menghalang niat perniagaan nya ? Entah…dia sendiri tidak pasti..
Leman enggan memikirkan dengan panjang perkara2 negatif kerana untuk maju dan berusaha dia perlu posiitif serta motivasikan dirinya sendiri..

Selepas nekad dengan hasratnya untuk terus berniaga dan tambahan dia telah menyiapkan gerai dan segala peralatan maka Leman meneruskan perjalanan nya ke kedai iklan milik rakan nya Rahim Badak.Rahim diberi gelaran begitu kerana dia pekak dan memerlukan percakapan yang kuat.Olih kerana tidak sampai hati memanggil nya pekak badak maka kenalan2 Rahim meletakkan gelaran Badak saja dibelakang namanya..

Leman memberitahu niatnya kepada Rahim sambil bercakap dengan kuat dan menggunakan bahasa isyarat.Dia mahukan sebuah banner kecil yang bertulis Nasi Ayam Pandan Leman dengan saiz 8′ x 4′ sebanyak enam keping dengan warna background yang ceria dan mampu menarik perhatian..5 helai mahu di pasang didepan kilang2 besar dan simpang yang ada manakala 1 lagi di pasang di atas warungnya dengan melilit pada batang Pokok Ketapang.
Selepas membayar wang pendahuluan sebanyak RM50 maka Leman pulang kerumah.
Dia tidak menceritakan apa yang berlaku semalam dan pada waktu pagi di warung itu pada Suri..

“Pucat semacam wajah abang ni..macam nampak hantu jer” tegur Suri yang membuatkan Leman terkejut..

“Apakah Suri tahu atau dia sengaja meneka atau dia begurau ?” Leman bertanya pada diri sendiri..

“Eh mana ada..abang tak cukup tidur semalam dan masih penat dengan kerja bertukang selama seminggu ni…tak cukup rehat rasanya” Balas Leman untuk segera mematikan tajuk yang mula tidak di gemarinya..

Petang itu Leman dan Suri turun ke Pasar Awam Bukit Mertajam yang sibuk dengan perniagaan borong.Kedai lain juga masih dibuka dan Leman membeli beberapa peralatan yang mahu digunakan pada hari isnin nanti.Anak2 mereka di tinggalkan di rumah iparnya yang juga jiran mereka di Kampong Manis.

Esoknya pada hari jumaat Leman kembali ke kedai iklan Rahim selepas solat jumaat dan Rahim yang tidak mempunyai pelanggan lain semalam telah menyiapkan pesanan banner dengan pantas .Dan selepas Leman selesaikan wang bakinya maka Leman dengan segera berlalu .
Sebelum pulang sekali lagi Leman membuat rondaan di warungnya untuk melihat jika semuanya dalam keadaan baik.
Ya..semuanya selamat..tidak ada penagih dadah atau dahan yang tumbang di situ.Tetapi Leman menjadi hairan kerana keadaan persekitaran warungnya bersih seolah – olah ada yang membantunya menyapu di situ.
Tidak ada sehelai daun pun di bawah pokok yang besar ini dan ini memang luar biasa.

Leman melintas jalan dan menemui Guard di pondok Kilang Plastik tetapi yang ada seorang Guard lain berbangsa India..

“Anney..mana itu orang selalu jaga sini..itu melayu ada tua sikit” tanya Leman dengan loghat yang cuba di sesuaikan untuk pemahaman Guard India yang berusia hampir 70 itu.

“Wooo..itu Amat..Amat kalu malam jumaat selalu tarak mau kerja..dia selalu amik cuti dan saya kena mari ganti..tak tau apa pasal kalau malam jumaat dia misti tak mau kerja sini” kata Guard tersebut..

“Macam – macam ” rungut Leman dalam hatinya dan terus menuju ke lokasi2 yang telah di tentukannya untuk di pasang banner yang telah diambil dari Rahim Badak.
Dalam kekusutan fikiran itu Leman mengikat juga banner itu walau ada yang terbalik kerana tidak mampu fokus dengan baik dengan kerja nya…

Maka tibalah hari yang di nanti nantikan iaitu hari Isnin.

Leman dan Suri telah tiba sekitar jam 10 pagi dengan masakan Nasi Ayam Pandan dan peralatan yang ada.
Suri perlu membantu Leman dengan segera kerana dia harus kembali ke rumah bagi menyiapkan anak2nya kerana ada yang akan bersekolah petang dan ada yang akan pulang makan tengahari..
Selepas jam 11.30 pagi semuanya selesai dan Suri minta izin pulang kerumah dengan bas yang lalu tidak jauh dari kawasan warung mereka.

Leman bersendirian kerana untuk hari pertama dia dan Suri tidak membuat banyak makanan..Niat mereka mahu taste market dulu .Leman mahu amalkan sistem layan diri kerana menu nya cuma Nasi Pandan dan Ayam sahaja.
Manakala minuman boleh dibuatnya dengan mudah jika pelanggan mengambil sendiri..
Tepat jam 12.00 siren kilang mula berbunyi dan hati Leman menjadi berdebar menunggu pelanggan pertamanya.

Dari depan warung ya pekerja2 kilang plastik juga mula keluar.Olih kerana kilang itu kecil maka mereka tidak ada kantin dan kebanyakan pekerjanya adalah melayu dan banyak makan di luar.Ada yang keluar dengan motosikal dan ada yang dengan basikal.
Mereka berhenti di depan warungnya dengan renung tajam dan terus berlalu..
Tidak seorang pun yang mahu singgah di warung itu seolah- olah takut akan sesuatu.
Hingga jam 1.00 petang iaitu waktu pekerja masuk semula tiada seorang pun yang singgah malah kenderaan seperti lori yang mula memperlahankan pergerakan di depan warungnya juga tidak berhenti dan pergi terus..

“Apa yang berlaku ?..adakah gerai aku di lindungi sesuatu ? Adakah mereka nampak apa2 yang menakutkan di atas Pokok Ketapang ?..Leman terus bertanya pada dirinya sendiri.
Untuk mendapatkan kepastian Leman pun pergi ke seberang jalan di depan kilang plastik.Dia berdiri di depan tempat dimana pekerja2 kilang itu berdiri pada jam 12.00 tenghari dan memandang pelik kearah dirinya..
Leman melihat perlahan2 keatas pokok dengan nafas yang mula kencang kalau2 dia nampak sesuatu yang menakutkan tetapi selepas di lihat pada setiap sudut maka tidak ada apa2 yang pelik.Daun,ranting dan pokok besar itu kelihatan biasa.
“apakah aku tidak dapat melihat apa yang orang lain lihat ? Adakah pandangan aku di lindungi sesuatu”? Leman terus berperang dalam hati.

Hingga jam 5.00 petang nasi tinggal nasi dan dia tidak ada seorang pelanggan pun.Semua yang datang cuma melihat dengan pelik kearah warung dan dirinya dan terus berlalu.
Leman membungkus semua makanan yang tidak terjual.Dalam perjalanan pulang dia singgah di Jalan Baru dan di sedekahkan nya kepada warga Myamar dan Bangladesh yang sedang lepak depan rumah kongsi.Berebut-rebut mereka dengan makanan percuma sambil mengucapkan terima kasih kepada Leman..
“Thank You ,Baiya”..kata mereka…

TIba di rumah Suri bertanya mengenai jualan hari pertama dan Leman yang tidak sampai hati membohongi Suri dengan mengatakan semuanya telah habis.
Suri gembira dengan berita itu dan merancang mahu masak lebih untuk esok hari..
“Jangan !!” kata Leman.
“Esok buat sikit cukup sebab abang ada hal sebelah petang dan perlu tutup awal” Leman memberikan alasan kerana bimbang jualannya tidak laku lagi..

Sepanjang petang Leman memikirkan misteri yang berlaku di warung bawah pokok ketapang tersebut.
Apakah punca yang menyebabkan ramai orang enggan masuk ke warungnya..apa yang mereka nampak dan apa yang mereka takut ?

Selepas isyak Leman menuju ke Permatang Janggus dengan motosikalnya.Dia mahu bertemu bomoh Tok Bah yang terkenal itu.Dia mahu mengadu dan mahu Tok Bah melihat apa yang berlaku dan mencari jalan menyelesaikan nya.Jika misteri itu berterusan maka Leman akan mati akal untuk berniaga.

Jam hampir 9.30 malam bila Leman tiba di rumah Tok Bah.Rumah Tok bah yang terletak di hujung kampong kelihatan sunyi dan Leman beruntung kerana biasanya orang ramai di depan rumah Tok Bah.Tetapi pada masa itu cuma dia saja tetamu yang tiba untuk memohon pertolongan..

“Assalamualaikum Tok Bah ” Leman memberi salam..

“Waalaikumusalam..Naik lah atas” jawab suara garau dari dalam..

Leman naik dan bersila di depan Tok Bah.Walaupun usianya melepasi 60an tetapi tubuh Tok Bah dan raut wajahnya kelihatan seperti awal 50an..
Maka Leman pun mula menceritakan masaalah nya dari mula sampai akhir.Mengenai Wak Parjo,suara yang di dengari tepi rumah,daun2 yang jatuh dan ketakutan orang yang melihat gerainya dan lain2..

Tok Bah terdiam.Ruang tamu kecil itu menjadi begitu hening.Yang dapat didengar cuma nafas Tok Bah dengan mulutnya yang membaca sesuatu tetapi tidak dipastikan bacaan nya.Lebih kurang 10 minit kemudian Tok Bah berhenti bacaan nya dan membuka mata.
Kemudian Tok Bah menarik nafas panjang dan bersuara..

“Dalam pandangan aku ni semua nya ok..takda masaalah apa2 pun..Isteri Wak Parjo dengan isteri kau tu mungkin kebetulan saja dari kampong yang sama.Dan rasanya isteri Wak parjo mungkin ada belajar dengan nenek isteri kau tanpa kamu semua sedar..Atau mungkin ada 2 kampong yang nama hampir sama”..

“Suara garau tu pada firasat aku adalah suara manusia..mungkin ada orang yang lalu di tepi rumah kau dan bercakap dalam talipon sambil marah2 dan mungkin dia berketurunan jawa yang melepaskan perasaan pada rakan atau keluarga”

“Badan gatal2 tu mungkin kerana kesan habuk atau hama masa kau cantas pokok dan membuat kerja di kawasan tu ada hutan berhampiran”

“Daun2 ketapang yang luruh tu mungkin bukan dari pokok atas warung kau atau di terbangkan dari tempat lain.Atau ada sesuatu atas pokok seperti monyet dan lain yang menjatuhkan daun masa melompat..kan kat belakang tu banyak hutan”

Dan kawasan yang jadi bersih pula mungkin sebelum kau sampai ada angin kuat yang meniupkan semua sampah2 di situ”

“Pasal guard yang tak mau kerja pada malam jumaat baik kau tnaya dia sendiri..kau paham2 lah pasal malam jumaat tu..munkin dia ada 2 atau 3 isteri tu”

Demikian Tok Bah menerangkan satu persatu huraian berdasarkan apa yang ‘dilihat’ dalam tenungan dan firasatnya..

“Habis bagaimana dengan mereka yang tidak mahu masuk dalam warung saya dan kelihatan takut seakan terpandang sesuatu di atas warung yang bawah pokok tu” Tanya Leman dengan sedikit tidak puas hati..

“tu lah aku pun tak paham..takpa esok jam 12 tengahari aku akan datang untuk ‘melihat’ sendiri apa yang ada di sana..tapi kau kena sediakan untuk aku 3 batang paku panjang dalam 6 inci dan dapatkan aku penukul (hammer) serta kain warna merah dan sebiji limau”

Paginya Leman bangun lebih awal.Dia bersendirian ke Pasar Awam Bukit Mertajam untuk mencari barangan yang di pesan olih Tok Bah dan juga barangan untuk perniagaan.Dan dia berjaya mendapatkan semua barangan yang di pesan kecuali penukul kerana dia ada menyimpannya di warung.
Leman dan Suri tiba di warung seperti semalam dan Suri bergegas meninggalkan Leman pada jam 11.00 pagi.
Leman pun memang mahu Suri pergi segera kerana tidak mahu Suri mengetahui apa yang bakal terjadi..

Jam 12 tengahari siren kilang berbunyi.Pekerja – pekerja kilang plastik keluar berpusu – pusu dan seperti kelmarin tiada siapa yang mahu singgah.Ada seorang dua yang kelihatan berbisik sesama sendiri dan melihat warungnya.Leman perasan mereka tidak rasa takut tetapi ketawa .Leman rasa lega bila nampak kelibat kereta Kancil milik Tok Bah datang dari jauh.Dia kenal dengan no plet dan warna merah pudar yang di pandu Tok Bah.
Kereta Kancil yang bergerak perlahan tiba di depan gerai dan terus masuk parking bawah pokok.
Tok Bah kelihatan senyum panjang….

“Leman..aku rasa aku dah tahu misteri yang membuatkan pelanggan takut untuk masuk dalam warung kau…Aku dah dapat ‘melihat’ tanda-tanda tu sebelum sampai sini” kata Tok Bah yang membuatkan Leman terkejut dan gembira kerana Tok Bah telah tahu punca misteri.

“Sebab apa Tok ?..Benda apa yang mengganggu warung saya? perbuatan khianat siapa ini ? atau ada gangguan kah? Leman bertanya dengan tidak sabar dan mahu jawapan segera dari Tok Bah..
Tok Bah masih berdiri di depan warung dan melihat kearah atas.Dan di masih tersenyum ..

“Mari ikut aku” kata Tok Bah sambil mengheret tangan Leman untuk berdiri dari warung tersebut..
“Cuba tengok apa yang kau nampak atas tu” kata Tok Bah..

Leman memandang atas pokok ketapang sekali lagi seperti kelmarin tetapi kali ini lebih perlahan pergerakan matanya.Dari pangkal bawah dia tengok atas dan kiri kanan arah ranting2 yang ada sehingga ke pucuk.Dan dia masih tidak nampak apa2..

“Tok..saya dah tengok pokok ni kelmarin dan hari ini..saya masih tidak nampak apa2..saya tak pasti apa yang membuatkan mata saya terlindung atau di sengaja di lindungkan sesuatu” Leman meluahkan dengan kecewa kerana gagal melihat misteri yang menyebabkan warung nya tidak mahu dimasuki pelanggan..

“Yang kau pergi tengok pokok tu buat apa…bukan ada apa2 kat pokok tu..cuba kau tengok atas warung dan baca kat banner tu” arah Tok Bah..

Leman baru perasan yang dia tidak pernah membaca atau membelek banner yang di pasangnya sendiri kerana dia sibuk dan fikirannya berkecamuk pada hari itu.Rupanya Rahim Badak silap dengar dan menulis Nasi Ayam Leman Pondan dengan background warna pink !!!
Ohh Patut lah semua orang takut nak masuk …

facebook comments:

One thought on “Misteri Warung Leman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge