Midnight Blues

27 Ogos 2009, Isyak.
Tarawih terlepas lagi, hujan lebat. Abang-abang dan kakak-kakak semua pergi car pooling naik keta. Aku takdak keta. Melepak kat rumah. teringin nak buat satu benda.

WTF adalah benda 1st dalam otak aku kalau masuk melawat bilikku syurgaku ini. Sejak arwah ayah (pakcik aku yang aku panggil ayah) dah tak ada, aku jarang dah masuk bilik ni untuk memperoleh masa-masa emas untuk tidur.

Bilik yang pernah menjadi saksi kepada study group beramai-ramai masa final exam diploma yang jatuh pada World Cup ini makin berserabut. Semaksimum 6 orang pernah berkampung di rumah aku untuk menyiapkan assignment dan menyiapkan final project yang gila babeng. Sambil buat assignment, sambil tengok bola. Dan sorang jadik runner untuk beli burger dan teh ais depan kampung untuk buat stok makan.

Dan rasa-rasanya, 5 orang yang pernah berada dengan aku dulu dah lebih berjaya daripada aku sekarang. Dan rasanya-rasanya… 2-3 orang dah kawen kot, aku pun tak ingat..

Sofa buruk yang pernah menjadi saksi kepada sessi praktis sebuah band yang hampir-hampir terkenal satu ketika dulu. Dan kalau dulu dah jadi buat album, kompom dah menang Juara Lagu. Kutuk-mengutuk dan sessi marah-memarahi sesama sendiri menjadi lumrah. Asalkan tak hipokrit.. Mana la tau, kot-kot nanti bila dah femes, frontman buat hal dan buat group sendiri.

Tempat yang pernah menjadi saksi betapa peritnya kepala hotak menjelang saat-saat nak exam. Dan sekarang, rasa menyesal pulak bila buat part-time study time kerja. Pembohong betul, tak sempat langsung nak baca buku. Balik keja ja, letih dan asyik nak terbongkang. Agak-agaknya, macam mana la part-time students sekarang ni study?

  • Bodek lecturer?
  • Study maut?
  • Sediakan toyol banyak-banyak sebelum exam?
  • Suruh awek tolong?
  • Belasah aja, janji pass?
  • Tawakkal dan berdoa saja tanpa usaha?

Ah, gua taktau. Gua tensen bila pikir banyak-banyak benda ni.

Di sini jugalah sumber inspirasi sebuah band kampung yang hampir mengalahkan populariti band-band indie yang tengah naik sekarang. Mungkin akan jadi pelapis Kristal atau lebih bagus dari Kristal. Sapa tau… Menengahkan konsep muzik ‘batu‘, janji bukan ‘bebas’ dan tak buat lagu Dangdut Rock atau Bolly Rock.

Gua rindu waktu dulu. Waktu gua takder tanggungan, waktu gua takder masalah, dan waktu gua kaya-raya (hampeh). Hanya pada-Mu aku berserah, dan hanya pada-Mu aku mengadu nasib. Apa-apapun, gua rasa… Gua patut teruskan saja hidup gua yang tak berapa best neh.

facebook comments:

10 thoughts on “Midnight Blues

  1. bulan….madu di awan biru…tiada yang mengganggu….bulan….madu di atas pelangi..hanya kita berdua….lalalallallaallalallaayannnnnnnnnnnnnnn 😀

    * ko ngdak mau amek bibik kemas itu bilik ka??? aku buat part time jadik bibik 😛

  2. tapi kan..siriyesli…vid dedulu,bilik beliau memang kemas gila…kalah bilik perempuan rasanya kekadang..la ni pun..takda la serabut sangat..memang sentimentalla bro Mus la nih…harap ok naa.. 🙂

  3. Pingback: Apabila Barang Aku Berpindah | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge