Mi Selfie Stick Bluetooth

Aku tak pasti sejak bila Mi keluarkan selfie stick terbaru ni. Aku dah ada versi asal dulu, tapi dah rosak sebab tak boleh nak charge. Jadi sebab kecemasan, aku try cari dalam Lazada dan baru tahu Mi telah keluarkan versi baru yang lebih power. Ikut gambar atas aku tengah selfie dari jarak lebih kurang 10 meter!

Cari punya cari, baru aku tahu versi ni diumumkan pada 24 Februari 2017, lebih kurang setahun lepas untuk pasaran China. Ia adalah versi ketiga selfie stick dari Mi dan dinamakan Mi Selfie Stick Tripod. Entah apa Mi Malaysia buat sampai aku tak tahu bendalah ni dah masuk Malaysia.


Seperti namanya, kelebihannya adalah stick ini boleh dijadikan tripod! Ini sangat penting terutama jika hendak mengambil gambar berkumpulan. Versi lama tiada tripod dan kalau ada tripod pun tak boleh nak amik gambar berkumpulan kecuali menggunakan timer. Aku akan cerita apa kelebihan stick ni di bawah.

Stick ni lebih pendek dari monopod biasa yang lain. Tapi bila difikirkan, kesemua smartphone moden memiliki kamera hadapan dengan angle yang lebih luas berbanding smartphone versi zaman dinasour. Jadi, berubahlah kepada smartphone baru kalau dah 4-5 tahun masih pakai smartphone lama.


Inilah kelebihan selfie stick terbaru ni. Butang shutter boleh dikeluarkan, jadi bila ambil gambar berkumpulan, dah tak payah pakai timer dan kita boleh tekan shutter sampai lebam.

Tripod pula selain dari ambil gambar berkumpulan atau nak ambil steady pics, sebenarnya penting untuk vlogger nak ambil video. Jadi lepas ni aku boleh ambil gambar review sampai muntah (kalau rajin).

Harga rasmi dari Mi Malaysia adalah RM98.00 dengan jaminan selama satu tahun.

facebook comments:

3 thoughts on “Mi Selfie Stick Bluetooth

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge