Mengapa Aku Tak Dapat Berhenti Merokok?


Terlalu cliche tajuk ni kan? Aku berikan sebab-sebab BANGANG kenapa aku tak dapat berhenti:1. Aku adalah antara penyumbang 3 bilion ringgit keuntungan negara melalui duti rokok. Maka, kalau aku berenti, mungkin negara kita akan rugi 3 bilion ringgit.

2. Aku tension dan stress kalau aku tak hisap rokok. (Padahal sebelum aku hisap 6 tahun lepas, tak tension pun?)

3. Time aku nak berenti aja, pengeluar rokok keluarkan design baru macam gambar di atas. Aku pula suka buat koleksi kotak rokok.

4. Aku tak boleh kalau orang dok paksa aku jangan hisap rokok, lagilah aku hisap. Ego lelaki lah katakan. Maka, kalau nak naik RM18 pun, aku beli gak…. Ego!

5. Gaji aku, sukati aku.

Tapi alasan-alasan bangang aku ni, sebenarnya telah dimatikan dengan fatwa kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004, yang menfatwakan merokok itu haram. Aku sememangnya tahu benda ni, tapi.. Bukan senang nak berenti. Apa yang pasti, aku perlukan sokongan semua rakan-rakan untuk berhenti terus!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge