Memories!

1542 hrs. (via phone)
Gua kat sekolah sekarang. Hilang jap jiwa rock gua

updated… Kat rumah
1545 hrs.
Semayang kat surau asrama. Jumpa Ustaz Suhaimi. Salam dengan Encik Hairol (masih sama pendiam macam dulu-dulu). Sembang dengan Ustaz Suhaimi. Rupanya ada macam kem motivasi. Patutla ramai bebudak. Depa usyar gua pelik. Sebab gua boroi, botak dan tak dikenali.

Lebih Kurang 1615 Hrs.

Inilah wajah-wajah orang yang pernah menghuru-harakan sekolah pada waktu dulu. Ada projek yang nak dibuat sebenarnya kat sekolah hari ni.

Bermula 1542-1730 hrs.
Inilah Projeknya!!!!

Biarpun nampak pelik, gua petik ayat Ming-Ming Wonderpets:
“Daun Saderi dengan sos soya? Pelik…. Tapi Sedap!!”

Hasil-hasil begini yang gua nak. Terima kasih pada lu Shahrul!! Gua takleh reveal semua project gua. Ini adalah contoh, tapi cuaca tak menyebelahi kami semua. Awan tak berapa biru, tapi masih berbaloi-baloi.

1745 hrs
Gua singgah balik surau hostel untuk Asar. Sempat jumpak kejap Ustaz Suhaimi sebelum kami blah.

Semua dah cantik sekarang. Kalau bebudak ni semua masih takleh score exam, memang nak kena pelangkung semua ni. Ustaz kata, sekarang hostelites dah tak ramai, dalam 150 orang saja. Tak macam kami dulu, mencecah 300 orang (dulu kami semua brutal Ustaz, sebab tu sekarang boleh hidup). Gua rasa feeling bila duduk kat area hostel. Kami blah beramai-ramai sambil mengenangkan zaman pau burger, nasik lemak dan jugak zaman fly hostel semata-mata nak main slot game 20 sen kat belakang hostel.

1815 hrs.
Kami lapar, makan Mee Jawa Pakya. Nanti gua review untuk entry selanjutnya.

1900-2145 hrs
Duduk kat Queensbay. Test kamera Canon EOS series-apa-pun-aku-tak-hengat Shahrul. Gua memang takder talent. Gua rasa nak campak jer kamera tu dari tingkat 2 tadi. Tapi nasib baik tu kamera Shahrul. Gua tak jadi buang. Takder duit nak ganti balik.

Jumpak Buchon aka Bakhtiar kat Queensbay. Sessi kutuk-mengutuk berlangsung macam biasa.

2200 hrs
Makan kat Hammerbay. Pak Halim belanja. Duit lebih jam baru beli. Dia budget RM500.00, tapi hero-hero kan ada, kami gertak tokey jam Casio Edifice dari harga RM568.00 dapat harga RM400.00. Jadi, duit lebih dia kena belanja mafia 2 orang ni makan.

Gua taktau nak review macam mana benda ni. Ikan Bara bakar sekor, sotong goreng tepung, tomyam dan telur dadar untuk dua orang makan campur air, semuanya RM39.00. Shisha yang gua order, brader tu tak bawak. Hampeh btol….

0030 hrs-0419
Sampai rumah. Siap barang nak manceng. Kemudian gaduh ngan awek. Reason, gua taktau. Update blog. Conclusion, Bos, saya tak pernah update blog kat opis. Semua kat rumah ataupun MMS terus dari phone. Nokia 3310 saya boleh send MMS terus masuk blog. Baca blog, ya, saya mengaku kalau free sikit masa, saya baca blog kat opis.

19 August 2300 hrsIklan dibuang as request (padan muka sape suruh tengok lambat)
Kalau dah nama Old Frees. Memang anak hantu. Gua jumpak iklan ni kat Queensbay. Gua tak sangka, iklan sebesar ni dah boleh dipasang kat Malaysia.

Memang dasat betul la negara kita sekarang kan? Gua takut betul bila model tu dok usyar gua. Confirm, entry ni boleh mencetuskan satu perang besar dalam personal life gua.

Tapi gua takleh imagine kalau family bawak bebudak lalu depan iklan ni.

Mak besar nanti Nini nak jadi macam akak dalam gambar ni boleh?

Dan aku tak heran kalau si Mak kata… Boleh….
Kalau lu orang rajin selongkar web, lu carilah private life calon-calon Gadis Melayu 2 TV9 sekarang. Gua rasa… Tajuknya pun dah patut ditukar, Gadis Melayu Urban.

Sekian,
speedrider.
Old Frees
1996-2000

facebook comments:

6 thoughts on “Memories!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge