Memoir #439: Tugu Gajah Mati

Diberitakan bahawa ada anak gajah yang mati dilanggar Keretapi Stim yang bergerak pada kelajuan maksimum 80km/j pada waktu tersebut (time tu kira laju gila dah).

Atas peristiwa itu, sekumpulan gajah yang diketuai seekor gajah jantan yang power telah mengambil keputusan melanggar keretapi tersebut secara berdepan untuk membalas dendam. Peristiwa ini mengejutkan pihak Inggeris dan berita ini tersebar sehingga ke London pada tahun itu.

Gajah itu ditanam di persisir Sungai Kerawai, Teluk Intan, tengkoraknya dipamer di Muzium Taiping, bahagian tulang kakinya dipamer di ibu pejabat KTMB di Kuala Lumpur dan Inggeris yang cerdik pula mengambil gading gajah tersebut untuk dipamerkan di London.

Monumen ni berdiri di sini lebih 125 tahun yang lalu (17 September 1894) memperingati peristiwa keretapi wap (steam) yang dilanggar gajah jantan sehingga tergelincirnya keretapi tersebut sebab pihak Inggeris berasa kagum dengan keberanian gajah tersebut dan ia adalah insiden kali pertama seumpamanya di bahagian timur dunia pada waktu itu. (Padan muka aku memang set ayat takda koma atau noktah).

Soalannya;
Aku dah sampai, orang Teluk Intan pernah sampai tak ni? Aku dah siap ambil gambar. Patutnya band metal ambik gambar kat sini, baru power!

Hahahahahaha!

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers