Memancing Pada Air Mati

Aku dah 5 tahun tak pernah memancing di belakang rumah aku nih. Sebab ikan yang nak dapat pun tak best… Duri dan Pedukang. Lagipun air Sungai Perai ni macam dah tercemar sikit. Sungai Perai dekat belakang rumah aku ni sebenarnya dalam kategori kuala, jadi air dia payau. kalau 10 tahun lepas, bolehla dapat ikan Sembilang ngan Siakap kat sini, tapi sekarang ni payah. Belanak pulak takleh nak buat umpan sebab besar-besar. Hari saja aku test power sungai ni sejak sekian lama aku tak memancing di sini. Korang teka la ikan apa yang aku dapat pagi tadi ni. Hahahahhahaha… Janji besar!!!!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge