Mee Udang Sungai Petani

Bikers and Photogs Cant Be Separated

Alhamdulillah, pada 3 Disember 2010 yang lalu, aku sempat bersama dengan beberapa kenalan yang sama-sama terlibat dalam dunia yang amat aku sayangi. Dunia motosikal. Pertemuan diadakan dalam mencari idea-idea dan pandangan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah kelab motosikal berdaftar di bahagian utara. Yet another old story, but its worth it. Tapi proses perbincangan ni masih lagi di peringkat perbincangan dan belum ada kata putus untuk memuktamadkannya.

Perbincangan Serius

Aku cuma mampu memberi pandangan-pandangan aku daripada segi penubuhan dan risiko-risiko selepas penubuhan sebuah pertubuhan berdaftar. Samada diterima atau tak, aku dah laksanakan tugas aku dan juga telah berkongsi ilmu dan pengalaman aku. Jadi, terpulanglah untuk mendengar atau tidak.

Payah bila photog jumpak subjek

Hehehehe, bila Mee Udang dah sampai, habislah perbincangan. Mestilah nak makan dulu. Aku ngan Shahrul order Mee Udang Special, dengan tag harga RM10.00.

Habislah Diet Cikgu Hanip

Wa weeee~~~ Junior Jusss!!!!

Mee Udang ni, sebenarnya merupakan buruan buat semua penggemar seafood tak kiralah sesiapa sekalipun di Malaysia. Jadi, bila aku dengar kata kat Sungai Petani ni ada mee udang sedap, jadi aku kena try la…

Berapa Ekor Udang?

Dengan RM10.00. 13 ekor udang saiz sederhana yang mengenyangkan ni amat berbaloi untuk dibeli, dicuba dan dimakan bersama family. Jadi, kalau anda dari Perlis dan Kedah, cukuplah anda berhenti di sini dan makan daripada terus menuju ke Mee Kuala Sepetang yang pada aku, terlalu digembar-gemburkan ceritanya. Di sini, rasanya hampir-hampir atau lebih kurang dengan Mee Udang di sekitar Sungai Dua, Penang.


View Restoran Norila in a larger map



Untuk memudahkan pencarian kedai ni, jika keluar daripada Plaza Tol Sungai Petani Selatan:

  1. Teruskan hingga simpang empat yang nampak Hypermarket Giant
  2. Ambil kanan menuju ke pekan Sungai Petani
  3. Simpang empat pertama selepas Giant (nampak kilang sebelah kanan), kedai tu ada betul-betul di simpang empat tu, di hadapan service center Mercedes.

facebook comments:

5 thoughts on “Mee Udang Sungai Petani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge