Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua

Perjumpaan terkejut tergempar ahli-ahli Forum Rockapak ni diadakan di Restoran Aur Gading, Sungai Dua. Atau lebih tepat lagi, di Titi Timbul, Sungai Dua – bersebelahan dengan Taman Desa Murni.

Restoran ni adalah pesaing kepada Mee Udang Galah Sungai Dua, tempatnya pun dekat-dekat saja, bersebelahan sungai, dipisahkan oleh Jambatan Sungai Dua. Memandangkan kami dah pernah makan di restoran di sebelah sana, maka restoran ini dipilih untuk sessi terjahan pertama. Aku pernah datang restoran ni dah 2-3 kali, tapi tak pernah la pulak makan Mee Udang dia tu. Maka, bersempena lawatan Encik Sukhairi dari Johor yang teringin nak pekena Mee Udang Sungai Dua, maka kami pun bawalah beliau ke sini.


Tak tahulah kerana lapar ataupun suasana sejuk akibat hujan yang tak henti-henti, ingatkan aku sorang jer yang rasa sedap… Rupa-rupanya Nas, Yusoff dan Farah pun berkata benda yang sama!! Bang Sukhairi ngan Bang Wan pulak diam tanpa komen (tak sedap la tu…)

Tapi kami yang kata sedap ni sebab kami membandingkan antara kedai di seberang sungai sana yang kami makan haritu. Kedai yang ‘femes’ tu, kuahnya ‘ceroi‘ dan tak pekat. lain pula di Aur Gading, kuahnya pekat dan boleh terasa pecahan-pecahan ubi kentang blender (Pendek kata, memang rasa mee kuah). Aku tak tahu la samada nasib kami memang baik malam tu sebab ia sedap ataupun hari-hari lain memang rasa macam tu. Kalau maintain rasa macam kami makan tadi, insya-Allah, bolehla aku jadi pengunjung setia sebulan sekali lepas ni. Total 3 mangkuk mee yang kami makan campur air bergelas-gelas dan jugak keropok sampingan (Tumpi – macam tempeyek, kacang pedas dan kerepek pisang) semuanya berjumlah RM89.00 ataupun RM11.12 seorang untuk 8 orang kami. Berbaloi tak? Pada aku….. berbaloi sebab memang kena ngan rasa mulut aku… Sedap! Kalau orang lain datang masa tak sedap… Aku takleh nak kata apa-apalah, hahahaha

Untuk sesiapa yang tak tahu jalan ke Restoran Aur Gading, bolehla search di www.wikimapia.org sebab aku dah tolong wujudkan lokasi restoran ni dalam peta atau korang boleh jer klik di sini. Kepada yang baru nak mencuba di sini, selamat menjamu selera. Kalau dari utara nak Kuala Sepetang cari Mee Udang… Baik di sini, lebih berbaloi….


View Restoran Aur Gading in a larger map

facebook comments:

17 thoughts on “Mee Udang Restoran Aur Gading, Sungai Dua

  1. acececeh…….. Sapa kata aku dok diam tu makna dia tak sedap? Hang tak perasan ka aku makan 2x tambah……siap hirup kuah lg tu

  2. tak puaih makan weh…mula2 Farah bg udang kt aku sekog jer…hahaha..paih tu aku sambag sekog lagi..len kali kita pi pulak makan puaih2…acara menyarung jersi RK nanti..
    Speed aku nk tanya PTT tu guna lagu mana?..bayag brapa sbulan,,aku pun mcm minat gak ler.. 🙂

  3. Pingback: Mee Udang Sungai Petani « Speedrider Networks

  4. Pingback: Tragedi Ke-2 Cik Elle | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge