Mee Sotong Terbaik Penang #2

Depan Kedai Restoran Mee Sotong Kepala Batas

Restoran Mee Sotong di Kepala Batas adalah salah satu kedai mesti cuba sekiranya kalau nak rasa mee sotong di Penang. Selain Mee Hameed Pata, Restoran yang terletak di pekan lama Kepala Batas ni turut menjadikan mee sotong sebagai menu utama kedai tersebut.

 

Restoran Mee Sotong Kepala Batas

Kedai ini terletak betul-betul di pekan lama Kepala Batas, selepas Kompleks Kepala Batas. Dengan terbinanya Kompleks Kailan dan pemindahan terminal bas di Kompleks Kailan, jalan utama pekan lama ini kurang sedikit sibuknya berbanding dahulu.

 


View Restoran Mee Sotong in a larger map

 

Senarai Harga Restoran Mee Sotong Kepala Batas

Mungkin atas dasar itu pemiliknya mengambil inisiatif menjenamakan semula kedai tersebut sebagai RMS – Restoran Mee Sotong. Sedikit catchy bila sebut RMS. Sama macam Restoran Nasi Kandar Kassim Mustaffa la, orang dok sebut KM.

 

Restoran Mee Sotong Kepala Batas Aiskrim Restoran Mee Sotong Kepala Batas meeKalau singgah kat sini, bila dah pekena mee tu, jangan lupa try Ice Cream Special tu. Biasa ja sebenarnya, tapi perasaan retro tu ada tau. Teringat zaman 90-an aiskrim hidang dalam pinggan dan dijamu. Sekarang tak banyak dah yang buat macam ni. Habis kuat di kedai BBQ Korea, tu pun kena self service.

 

Restoran Mee Sotong Kepala Batas RecommendationAku tak pasti yang ni pamphlet apa, tapi RMS memang terletak dalam senarai recommendation. Mungkin owner RMS ni ambil jadual ni dari blog-blog yang buat review tentang kedai-kedai makanan di Penang. Untuk mereka yang tak tahan dengan kepedasan kuah sootong di Hameed Pata, RMS adalah jawapannya. Tekstur rasa mee sotong di sini agak berlainan dengan Mee Hameed Pata disebabkan mee yang direbus agak kembang berbanding dengan Hameed Pata dan hasil gorengan mee kelihatan agak kering berbanding Mee Hameed Pata. Hameed Pata pun kering jugak, cuma “kelihatan” basah

Dan info akhir sekali. Pemilik RMS dan Hameed Pata mempunyai talian persaudaraan iaitu sepupu. Mulut aku prefer hameed Pata disebabkan tahap kepedasannya, namun RMS adalah pilihan kalau malas menyeberang Selat Utara nak ke Tanjung. Selamat mencuba.

facebook comments:

One thought on “Mee Sotong Terbaik Penang #2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge