Mean Machines Means Hot Chicks Too

Lepas sessi perjumpaan dengan geng PNET kelmarin, gua dikhabarkan ada satu lagi event yang akan berlangsung di tempat yang sama. Mean Machines 2009, disponsor oleh CIMB Bank. (klik)

Gempak, boleh gua layan pi tengok…. Walaupun gua langsung tak minat kereta.

Bermula pukul 11.00 pagi, yang ni kalau tak silap gua adalah edisi ke-3 sejak Mean Machines 2007 (kalau tak silap gua la). Kali ni, gua tegok, kelas yang paling kecik ada ialah MYVY. Kalau ada kancil atau Viva, harap maaf, mata gua tak nampak pun~

Gua taktau apa langsung pasal penjurian. Yang gua tau, gua datang nak tengok keta mana yang lawa. Kali ni, banyak jugak Proton Saga 1.3 yang masuk.. Hrm.. Boleh tahan. Tapi sikit kecewa apesal takder Cik Sona langsung. Kalau tak, boleh gua snap untuk paiseh mekap Cik Sona dia.

Booth Proton R3 ada kali ni. Tapi gua taktau apa fungsi dia masuk show. Try jual parts R3, confirm mencanak orang beli!!!

Crowd pun boleh tahan ramai. Tapi yang palatnya, takder sesaper pun yang jual hot-dog cucuk dengan air sirap limau. Gila panas kat sini. Takkan nak minum dalam Starbucks? Gila ker hapa..

Ada yang bawak family dan budak-budak kecik kat sini. Bila gua tengok abes-abes, gua rasa gua tengah ada dekat Tokyo time tu. Takpun kat Los Angeles. Fuh, globalisasi sungguh!!

Tengok brader-brader tu, side mirror sampai patah sebab ramai sangat tengah berebut derma kat sebelah Beemer dia tu, sebuah Nissan 350Z yang disembur-anginkan penuh satu body.

Gua langsung tak nampak diaorang derma berapa ringgit. Ni pun gua snap dari belakang Fairlady tu ja…

Rupa-rupanya diaorang tengah ‘derma’ kat mangsa manjir! Tinggal sehelai-sedada aja pun!! Hampeh, penat gua berasak-asak masuk. Gua takder duit, tapi gua ada print entry pasal aurat, hasil tulisan Abang Ben untuk mangsa tu baca dan fahami. Kesian betul kat mangsa tu!!! Tak cukup kain!! Dahtu, macam cacing kepanasan dalam kereta tu, gua rasa dia panas lagi la…

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #8/30
————————————————

facebook comments:

9 thoughts on “Mean Machines Means Hot Chicks Too

  1. itu motot talak keluar lagi eddie. Tengah tunggu company loan approve je. Lepas tu.. terus aku nak Round Island layan corner. Hahahahah

  2. abang ben,
    Harley best for showbike. Maintenance ja tinggi skit. Kalau berminat… Abang ipar saya, harley sportster owner. 🙂

    skid
    sama la, cuma aku tak mampu. Tapi tetap memasang angan2 nak amik gak sebijik sebelum umur 40 atau 50. Hahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge