May 25th Anniversary Limited Edition

May 25th Anniversary

Setelah 2 tahun aku “bengkek” dengan entry dari Deaf pasal boxset ni, akhirnya dapat jugak satu copy pada aku 2 minggu lepas. Bengkek dan bengang bukan pasal apa, sebab tak jumpa satu pun copy dekat Penang sampailah 2 minggu lepas. Ha ha haaaa

 

May 25th Anniversary Discography

Tak perlu aku ulas panjang-panjang kerana aku juga berpendapat dengan Deaf, kalau aku snap semua gambar dalam boxset ni, penat la May beb. Seperti kata Deaf, harganya memang murah untuk boxset beserta buku khas tentang sejarah May ni.

May turut membuat blog khas untuk 25th Anniversary ni iaitu http://may25thanniversary.blogspot.com tapi nampaknya last entry pun pada 2010, aku consider blog tu pun dah “mati”.

 

May 25th Anniversary Limited EditionPenulisan buku ni menceritakan sejarah awal May; bagaimana set-up awal dilakukan dan bagaimana MAY pada mulanya dikenali sebagai M.A.T.Y (Hahahaha!) sebelum di-reject dan ditukar nama kepada May. Dalam buku turut menceritakan bagaimana Izo XPDC hampir-hampir menjadi line-up May dan saat Mus dipinang menjadi vokalis oleh Man, Abu dan Yus dengan naik Kapcai Suzuki (macam ala-ala cerita ROCK pulak kan?). Buku ini turut disertakan dengan sekeping DVD wawancara bersama May dan CD lagu ulangtahun ke-25 May. CD ini sebenarnya ada dijual berasingan (dan aku ada jugak!).

Dalam buku turut menceritakan sedikit perihal Mamat Khalid dengan band Dropoutnya (kalau tak aku pun tak tahu!) pada era Battle of The Bands dan Hikayat Rok. Tapi aku dapat boxset sahaja, jeles pulak dengan Deaf sebab dia dapat poster sekali.

Nak cerita banyak pun tak guna. Kalau korang nampak bendalah ni, belilah. Berbaloi-baloi untuk dibuat koleksi.

 

facebook comments:

2 thoughts on “May 25th Anniversary Limited Edition

  1. Pada aku, buku ni ialah satu bahan sejarah, bukan sahaja untuk rujukan rock melayu, tapi jugak foto2 dalam buku ni ialah segalanya… masa depan orang akan hargai2 foto2 dalam buku boxset ni… Foto2 yang menceritakan segala warna-warni kehidupan.

    Anyway, poster tu aku rasa seperate ye? ada signature semua setiap May sign, dan poster tu bukan kertas tapi VINYL jadi tahan lama. Mutu yang terbaik la vinyl gitu kan.
    Poster tu semua ngan buku semua aku dapatkan waktu May sambut 25tahun kat Singapura. Dorang ada bukak stand taruk ni May nye stuffs..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge