May – 25th Anniversary (2011)

May kembali dengan kompilasi istimewa sempena ulangtahun penubuhannya selama 25 tahun. Album ini dengan jelas menunjukkan sejarah penubuhannya selama 25 tahun dengan tajuk album – 25th Anniversary

 

Tracklist:

  1. Darah Perjuangan
  2. Menjadi Milikmu
  3. Siapa Kau
  4. Nafas
  5. Menanti
  6. Hipokrit
  7. Lerai
  8. Taklukan
  9. Huru Hara
  10. Pahlawan Mimpi / Tragedi
  11. Nostalgia

Aku dulu cari album ni setelah baca review dari Deaf tentang Boxset Limited Edition. Malangnya aku tak dapat peluang untuk beli Boxset Edition, aku dapat versi biasa saja dari Speedy Video.

Album ini dimulakan dengan lagu baru untuk album 25th Anniversary ni iaitu Darah Perjuangan. Kalau tanya komen aku, aku bagi jujur punya komen: Aku suka video klip sebab cun, tapi aku tak suka lagu dan aku tak suka Mus buat-buat suara ala-ala rock manja yeahhh auwww tu. Komen pasal video pulak, baju dah pakai tu semua dah cun untuk geng-geng silat tu, tapi sekali background flat kat belakang….. -_-”

 

Lagu kedua lebih kepada ballad rock iaitu Menjadi Milikmu yang menampilkan seorang awek dan seorang lelaki negro bersut penuh yang berlari entah untuk apa (apakebenda yang dia pegang last sekali tu?). Walaupun aku suka dengan Gadis Bertudung Putih, Sendiri dan beberapa lagu slow rock lain dari May, nampaknya lagu ni tak dapat menjadi halwa telinga terbaru untuk aku.

Aku nak ulas 2 lagu tu saja sebab lagu-lagu lain aku tak familiar sangat (hahahaha katalah apa pun). Kalau nak baca full review boxset edition, boleh ke website Deaf. Cuma ralat sikit la aku tak dapat beli boxset punya version, kalau tak mesti aku bersemangat sikit nak review semua lagu. Hairan jugak aku, kenapa May tak all out promo barang baik ni selain daripada harapkan FB Page May 25th Anniversary yang pada pendapat aku, tak aktif langsung.

2 thoughts on “May – 25th Anniversary (2011)

  1. Pingback: May 25th Anniversary Limited Edition | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge