Matinya Era Desktop Gaming

Samsung P2770H – Widescreen LCD pertama aku!

Menyoroti segala apa yang ada dalam dektop aku yang ‘dihidupkan’ kembali (nanti aku cerita la entry lain), aku terjumpa kembali gambar-gambar lama ni. Ya, ia adalah gambar-gambar yang diambil pada 20/9/2010. Hari aku beli barang-barang ni untuk upgrade PC aku 2 tahun lepas!

 

Intel i5 760 LGA1156

Waktu aku beli ni, tahun 2010. Socket 1156 ni sama ‘biasa’ (common) dengan soket 1155. Tapi yang tak bestnya, selepas 2 tahun (2012), soket LGA 1156 tidak lagi dikeluarkan oleh Intel (obsolete). Kesian kan kat aku? Tersilap amik soket, konon-konon 1156 tu lagi baru dari 1155 pada waktu tu (2010), sekali 1155 yang masih ada sampai hari ini. [spec i5 760]

Masalah dengan keadaan obsolete ini ialah, susah aku nak cari replacement motherboard untuk CPU ni ataupun jika aku nak upgrade ke i7 yang menggunakan soket 1156, susah beb!

 

Asus EN GTS250 DK

Semua nak green sekarang.. Iye lah tu…

Asus EN GTS250 DK: DK maksudnya Dark Knight, edisi khas untuk Warcraft

Ini adalah kali pertama aku menggunakan produk ASUS untuk GFX. Sistem lama menggunakan brand lain. Waktu tahun 2005-2009, aku setia menggunakan Nvidia SLi mode untuk gaming rig aku. Padahal aku bukannya hardcore gamer pun. Cuma aku suka mencuba dan aku berpuas hati apabila pernah mencuba watercooling system untuk proses overclock pada sekitar 2006-2008. Kali ni, aku bertukar kepada GFX baru, masih berasaskan Nvidia walaupun diasak keras oleh kawan-kawan aku yang kebanyakannya berada di kem ATI Radeon (sekarang AMD Radeon). GFX ni dikeluarkan dalam bentuk istimewa (2010 adalah tahun popular dengan DoTA), sebab tu ada DK di belakang. DK membawa maksud Dark Knight, perbezaan dengan model ASUS ENGTS250 adalah pada design kotak dan betuk cooling fan, di mana version DK didatangkan dengan 4 heatpipe (so, lebih syok kalau nak overclock). Free gift yang dapat, adalah “door knob sign” yang tertera gambar watak-watak Warcraft.

Aku rasakan, cukuplah sekadar single GFX berbanding SLi (Crossfire untuk sistem ATI) kerana perbezaan antara single dan SLi mode hanya terasa ketika membuat benchmarking dan extra heavy load ketika bermain game yang betul-betul berat. Perbezaan di mata kasar nampak lebih kurang saja melainkan kalau aku ni bermata bionik dan mampu melihat dengan kadar 2000fps, heheheh… [spec GFX]

 

Asus P7P55 LX

Bila dah bertukar soket CPU, maka secara automatiknya papan induk (cewah!) atau aku lebih selesa panggi motherboard atau mobo pun perlu bersesuaian dengan CPU yang dipilih. Untuk ugrade aku pada 2010 ni, aku memilih Asus P7P55 LX kerana ia murah dan berada pada tahap mid-end (tak power sangat, tak lembab sangat) pada tahun 2010 la! Sekarang dah tahap low end.

Ram pulak, aku jump terus dari DDR1 kepada DDR3 untuk motherboard ni. Maka, aku tak merasa zaman-zaman RAM DDR2 tu. Untuk proses upgrading ni, aku amik KVR Ram ajalah (Kingston Value RAM). Tak guna amik performance RAM yang tight/loose timing kalau tak OC, membazir pulak nanti potential dia tu (ok la aku jujur, aku takdak duit sebenarnya).

 

Corsair Dominator Air Flow adalah tinggalan bekas sistem lama

Kalau nak dibandingkan upgrade pada tahun 2010 ni, jika dibandingkan rig aku pada 2006 memang berbeza. Rig pada tahun 2006 dilengkapkan oleh watercooling setup (sebelum aku retired) dan Motherboard Abit Fatal1ty, yang pada waktu tu memang gempak habis sebab Johnathan Wendel “Fatal1ty” ni merupakan juara dunia di Quake Conference pada waktu tu. Pada waktu tu, Abit (sekarang dah lingkup) mendapat hak untuk menggunakan nama Fatal1ty dalam gaming gear diaorang seperti motherboard, graphic card dan lain-lain. Creative Labs misalnya mendapat hak untuk menggunakan nama Fatal1ty untuk produk-produk soundcard gaming. Bayangkan betapa kayanya mamat tu, makan royalti aja sebab main game.

Bila aku upgrade kepada sistem baru ni, jadi kosong terus casing Thermaltake Eureka aku ni. Kalau tak, nampak penuh saja. Betul la, PC Gaming is dead (aku tak jumpa link yang Ijau buat pasal magazine PC Gamer tu sebab dia disable search mode). Pada tahun 2010, aku terpaksa bergantung kepada PC Depot semata-mata untuk membeli semua hardware ni. Bukan nak kata la, PC Depot cumalah sebuah kedai PC yang betul-betul kapitalis, sama macam Asus. Jual dan jual, after sales sucks, but that will be the another story… (hahahaha macam Ijau pulak aku tulis)

facebook comments:

7 thoughts on “Matinya Era Desktop Gaming

  1. entri pc gamer final issue -> http://kucinghijau.blogspot.com/2012/01/ada-apa-dengan-pc-gamer-part-2.html

    zmn aku “hadko” gamer dulu, rig aku semuanya tahap average joe je, xpnh overclock kaw2 siap guna watercooling (stkt overclock 10-20% je), grafik ber-SLi/crossfire pun aku xpnh guna

    tp tahap “hadko” aku ialah blh main game berbelas2 jam lamanya (rekod plng gila 14 jam, main fallout3)
    Ijau D. Koceng recently posted..Hepi;) @ Ngiling Tikai Dan Penutupan Karnival Sukan 2012

  2. Pingback: PC Gaming | Speedrider Networks

  3. Pingback: Sapphire ATI-Radeon HD5450 | Speedrider Networks

  4. Pingback: Batman: Arkham City | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge