Masa Berlalu

18 Jun 2007 adalah tarikh lapor diri aku kepada syarikat yang aku kerja sekarang. Dah 3 tahun sekarang aku di sini. Buat kali pertama, aku rasa kosong selepas 3 tahun. Tiada pencapaian yang layak digelar pencapaian; samada daripada lahiriah ataupun batiniah.

Tak kaya-kaya jugak aku kat sini. Hehehe.. Memang la dekat kilang dulu, RM2K-3K tu perkara biasa setiap kali gaji. Dan bila aku di sini, gaji sebanyak tu merobek kantung poket beb… Nak kata belanja kaw-kaw, tak pun. Makan tu biasalah, memang tak ikut jadual. Teringin aja, bedal. Hehehe…

Dulu, target aku bila dah kerja sini, aku nak kumpul duit nak beli rumah. Tapi nampak gayanya semua tu dah jadi angan-angan saja. Bila dikira-kira balik, secara logiknya memang aku tak mampu. Aku ada nampak rumah di Desa Aman dengan harga mampu milik RM68,000; Banglo Lot. Ramai yang terkejut dan tak percaya bila aku bagitau figure harga tu, bila aku dah bawa sendiri dan tunjuk.. Memang yang tu lah harganya. Masalahnya, Desa Aman ni terletak di tempat yang aku boleh kategorikan sebagai tempat jin bertendang. Memang jauh gila dari bandar. 14 KM dari simpang pertama nak masuk ke kawasan Kulim Hi-Tech memang jauh. Tu belum lagi travel ke tempat kerja aku lagi. Jadi, aku rasa aku drop dulu niat nak berumah. Niat berumah tangga tu ada, tapi duit pun belum cukup.

Begitu juga dengan kereta. Angan-angan nak pakai kereta dah ada sewaktu kerja kilang lagi. Tapi bila dicongak-congak, aku rasa belum betul-betul perlukan kereta ni… Tapi idea aku yang tak nak berkereta sehingga selepas kahwin ni, nampaknya tak dipersetujui oleh my other half. Katanya ia keperluan.

Entah. Aku buntu habis.

Bila dicongak duit ansuran kereta nanti, boleh membuatkan kelayakan untuk memohon pinjaman perumahan akan terbantut. Mungkin aku konservatif, apa salahnya kalau tak beli lagi kereta? Kalau beli pun, nak parking kat mana? Atas bumbung??? Tapi, seperti yang aku katalah, mungkin aku ni konservatif, ataupun aku ni sebenarnya memang tak berduit.

Gua pasrah ajalah.

Aku juga telah menerima surat dan cenderahati dari Roda-Roda tentang artikel aku haritu. Terima kasih banyak-banyak kepada staf Roda-Roda dan big boss MYB khasnya untuk cenderahati ni. Sebenarnya, aku patut berterima kasih kepada senior-senior dunia permotoran yang banyak membantu aku. Walaupun artikel dan ‘kembara’ tu bukanlah sehebat Ride ke London ka, Venezuala ka, Argentina ka… Terima kasih banyak-banyak pada sidang Editor Roda-Roda yang menunjukkan minat terhadap Ride Solo Satu Malaya tu. (dalam artikel, ia ditukar ke tajuk Kembara Malaysia; Jelajah Semenanjung Bersama Belang – hehehe bunyi macam lawak sikit pun ada.)

Terima kasih sebenarnya kepada Roda-Roda yang telah banyak memberi maklumat berguna kepada penunggang-penunggang motosikal di Malaysia; tak kira samada daripada sebesar-besar jenis motosikal sehinggalah ke sekecil-kecil motosikal, semuanya aku rasa boleh refer kepada Roda-Roda.

Apa-apa pun, sebagai manusia biasa, aku mengharapkan yang aku dapat memberi manfaat kepada semua orang.

facebook comments:

5 thoughts on “Masa Berlalu

  1. sbb tu aku bersyukur dpt kerja kat bandar yg kurang sibuk mcm bintulu ni, wlupun gaji aku cukup2 mkn (mcm lagu salih yaacob – gali lubang ttp lubang) tp alhamdulillah apa yg aku hajat2kan waktu aku keja kat penang dulu semua dah tercapai…

  2. Laa..tak sangka pulak mamat rider solo ko rupanya.. Aku silent reader blog ko ni.. Masa baca RR aritu, aku ckp kat org rumah..”ini laa satu2nya cita2 saya yg tak termakbul sblm kawin.. nak tour buat ala2 ‘motorcycle diaries’.. “. Apa2 pun wa thibur baca crita lu wpun mcm singkat sgt pjlnannya..

  3. Salam Bro Spyz,

    Terima kasih kerana membaca blog saya, dan jugak Roda-Roda. Alhamdulillah, sempat jugak buat sebelum kahwin. Hehehehe

    Tak ramai yang menonton The Motorcycle Diaries. Heheheh… Nak menontonnya pun memerlukan stamina yang tinggi kerana terlampau banyak dialog. Tapi, yang seronoknya, itulah cerita salah seorang ikon dunia, Che Guevara

  4. Pingback: Tag Game « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge