Mari Belajar Buat Roti Canai

Hari ni, aku mengganggu Pak Mail yang baru bangun tido dan jugak Abang Zali. Pak Mail aku tanya pasal penjagaan piring hitam, Abang Zali pulak, aku tanya pasal mechanical parts player aku yang meragam sikit tadi. Mengambil peluang masa free, aku amik keputusan, untuk cuba cuci apa-apa yang patut. Jadi, mari kita belajar buat roti canai!!!

Memandangkan aku adalah jenis orang yang takder duit, kedekut taik idung masin pulak tu. Aku pakai sabun basuh saja. Rata-rata orang yang aku jumpak/telefon/bertenet rekemen pakai alcohol swab, tapi yang lagi ekstrem, suruh pakai minyak 2T motor (cilakak punya apek, hahaha). Ada jugak yang suruh aku cari kiwi piring hitam… Adoi, mana ala aku nak cari semua menatang tu… Jadi, apa lagi.. Eksperimen sajalah!!

Aku lupa la pulak nak tanya pak mail macam mana dia cuci, jadi, ni aku pikir secara logik sajalah. Magnetic tu anti-statik, jadi belasah sajalah letak towel lembut kat bawah sebagai pelapik.

Lepas tu, celup saja kain yang lebih lembut dan tak kasar dalam air sabun tadi, dan mulakan cucian. Untuk eksperimen aku neh, aku gunakan vinyl yang memang dah bercalar teruk, Lobo – Calumet. Masa cuci tu, ikut saja alur-alur tu, senang kata, ikut bulatan sajalah. Aku hentam saja ni!!! Mamak roti canai tengah jegil kat aku kat sebelah ni..

Lepas tu, apa lagi, terus lap saja dengan tuala lain yang kering. Sama jugak tekniknya tadi, ikut alur. Kalau nampak ada lagi kotor-kotor kat atas LP tu, sabun saja sekali lagi macam tadi. Sepetutnya, vinyl yang kotor dah berkilat pada peringkat ni. Sama macam LP Lobo aku neh, dah berkilat sikit dah. Bersemangat aku tengok.

Lepas tu, jangan simpan terus. Keringkan dulu. Agak-agak sajalah masa nak keringkan tu…. Ni pun takder penerangan spesifik. Aku belasah buat ikut naluri saja. Naluri seorang lelaki, naluri seorang yang minat rock tetapi tiba-tipa ada LP Records….

Biasanya, tadi lepas peringkat sampai dah macam ni. Aku test main balik. Dan alhamdulillah, selamatlah kot. Dah takder bunyi bising-bising dan track skip. Aku belasah saja buat ni. Aku try kat LP yang aku rasa macam rosak saja. Kalau yang betul-betul bernilai aku taktau la…. Hancur la…. Tapi kalau korang rajin, boleh baca artikel kat bawah untuk details yang lengkap:

Artikel 1: How To Clean LP records and CDs
Artikel 2: How To Clean LP Records

Tak sangka betul. Best pulak buat benda-benda macam ni. Hehehehehe

Selingan:
Ni adalah versi Season In The Sun versi NIRVANA. Nak layan pun rasa lalok semacam jer ni…

facebook comments:

3 thoughts on “Mari Belajar Buat Roti Canai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge