Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013

Valentino Rossi Nude

Tahun ni rasanya tahun aku paling malas nak update pasal Moto GP. Slow semacam aja kan nak update? Tapi takpa, aku tulis ajalah sikit-sikit. Tahun ni aku buat satu entry saja. 3 tahun lepas banyak pulak entry…. Gambar lain-lain aku letak kat bawah sekali kalau nak tengok.

 

Lorenzo and Rossi

Seperti biasa aku, Shahrul dan Shazwan akan datang awal sehari daripada tarikh event. Biasanya Khamis malam Jumaat dah bertolak dari Penang. Alasannya mudah, nak masuk pitwalk pada hari Jumaat tu.

Dan yang paling penting, sewaktu Free Practice days, aku dan mereka semua boleh ambil gambar puas-puas sebelum race day. mengikut pengalaman yang lepas-lepas, tahun ni kami lebih bersedia di mana kami dah set, hari jumaat untuk ambil gambar puas-puas dan masuk pitwalk, hari Sabtu untuk shopping (kalau ada duit) dan hari last tu untuk enjoy the race.

Hafizh Syahrin

Tahun ni menyaksikan jumlah penyertaan pelumba yang terbesar daripada Malaysia ke dalam saingan grand prix. Selain Zulfahmi Khairuddin di Moto 3, Azlanshah telah diserap masuk ke dalam pasukan Moto 2 iaitu Idemitsu Honda Team Asia bermula di pusingan di San Marino. Ia adalah satu berita yang paling menggembirakan pada tahun ini kerana Azlanshah dimasukkan ke dalam pasukan tersebut berdasarkan merit; pendahulu kejuaraan supersport 600cc dalam saingan Asia Road Racing Championship.

Sensasi negara pula, Hafizh Syahrin sekali lagi membuat penampilan wild card setelah beraksi cemerlang pada tahun lepas yang menyaksikan dia telah membuka mata banyak pihak terutamanya menjadi pelumba wild card dengan keputusan terbaik tahun lepas dan baru-baru ini menjuarai perlumbaan Harley Davidson di Indianapolis baru-baru ini.

Moto 2 juga dikejutkan dengan penyertaan “last minute” daripada Zaqhwan Zaidi yang menerima pelawaan daripada pasukan Moto 2 Technomag carXpert menggantikan pelumba mereka, Randy Krummenacher yang mengalami kecederaan sebelum ini. Ia adalah tawaran yang paling tidak terduga ke atas Shahrul Yuzy (Pengurus pasukan Yuchi Pachi) di atas kredit beliau satu ketika dulu ketika tampil bersama Team Petronas-TVK di Sepanyol.

 

Hafiq AzmiDi dalam saingan Moto 3, 2 pelumba wild card dimasukkan iaitu Hafiq Azmi (gambar) dan Aizat Malik yang beraksi di atas pasukan Touchline-SIC-Ajo. Hafiq dan Aizat sekarang beraksi di kejuaraan Moto 3 CEV Repsol bersama-sama Hafizh Syahrin yang beraksi di kategori Moto 2.

 

Malaysian MotoGP tickets

Pada hari Jumaat, setelah kekecewaan pada tahun lepas, akhirnya tahun ni kami berjaya masuk ke slot Pitlane Walk. Tahun ni ada penambaikkan di mana Sepang Circuit hanya mengeluarkan pas sebanyak lebih kurang 1500 keping kepada pemegang tiket Main Grandstand dan kami beratur awal sejam daripada jadual yang akan memberikan laluan masuk ke laluan pit pada pukul 4 petang. Dalam awal sejam pun dah beratur panjang beb!

 

Bapa Zulfahmi Sign Topi

Ketika di pit Team Redbull KTM-Ajo, seperti dijangka peminat tempatan akan menunggu Zulfahmi Khairuddin. Tetapi kecewa, pada masa ini, Zulfahmi diberitakan kurang sihat kesan kemalangan di Aragon minggu sebelumnya yang menyebabkan pergelangan tangan kanannya retak dan mengalami sakit belakang. (boleh lihat tangan Zulfahmi yang berbalut)

Tak cukup dengan itu, bapa Zulfahmi, pakcik Khairuddin menjadi pengubat kedukaan peminat yang memintanya agar menandatangani topi mereka. Ha ha ha! (aku ambil gambar dengan bapa Zulfahmi. Hahahahahha)

 

Bersama Zulfahmi

Tahun ni race agak mengecewakan.

Moto 3 – Zulfahmi tarik diri last minute sebelum race. Walaupun begitu, Beliau tetap mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang hadir sejurus pengulas mengumumkan kecederaan yang beliau alami. Hafiq dan Aizat jatuh di round ke-2 dan seterusnya, menjadikan peminat tempatan terutamanya dari malaysia memberikan sokongan penuh kepada Luis Salom selaku 1st rider Team Redbull KTM-Ajo. Boring betul bila Fahmi tak race.

Moto 2 – Hafizh Syahrin menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 walaupun tidak cemerlang seperti tahun lepas. Syukur beliau mampu menamatkan perlumbaan, begitu juga dengan Azlanshah. Nasib tidak baik menimpa Zaqhwan Zaidi apabila beliau terlibat dengan kemalangan besar yang memaksa race direction mengibarkan “red flag” akibat kemalangan teruk tersebut. Selepas ini Hafizh Syahrin mungkin perlu tidak terlalu berharap kepada “wet race” kerana tidak diduga, tahun ni race di Sepang berada dalam keadaan “dry race”!

MotoGP – Perlumbaan awal yang menghiburkan antara Lorenzo dan Marquez. Kemudian, Pedrosa mula meninggalkan mereka. Hampir 3 lap terakhir, aku tengok lap time +1 antara ketiga-tiga mereka, maka aku rasa pemenang sudah dapat diagak dengan sela masa begitu. Pertama kali kami bertolak awal sebelum race habis, gara-gara tak nak terlibat dengan traffic jam yang sangat teruk seperti tahun-tahun lepas. Alhamdulillah, nasib baik blah awal, 8KM pun 1 jam jugakla tersangkut depan jalan SIC tu. Ok lagi dari tahun lepas, 8KM pun 2 jam lebih!

 

autograph zulfahmi

Walaupun tahun ni terasa tak menarik sangat waktu raceday, tapi setelah 4 tahun dok berulang ke MotoGP, inilah kali pertama aku berpeluang bergambar dengan Zulfahmi…… dan dapat sign poster!

Insya-Allah, Sepang, till we meet again next year.

 

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge