Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 #1

Malaysian Motorcycle Grand Prix kembali lagi. Ini adalah tahun ketiga aku berpeluang untuk menyaksikan siri perlumbaan MotoGP yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang. Tahun ni, aku kurang ambil gambar panning berbanding tahun lepas (#1, #2, #3, #4), lebih banyak gambar yang aku ambil secara candid ataupun suka-suka ambil. Untuk entry kali ini, ada 90 keping gambar yang aku masukkan. Boleh tengok galeri untuk gambar-gambar yang telah diambil. Maaf la, aku pakai kamera point-and-shoot saja, kalau kualiti kurang elok, faham-faham sajalah. (kalau nak sponsor DSLR, boleh jugak… Hahahahaah)

 

Perjalanan kami (aku, Shahrul dan Wan) ke Sri Kembangan untuk menumpang kasih tidur di rumah Zahari (tq bagi tumpang tidur bro). Itulah rutin kami bila nak ke MotoGP; tidur di rumah Zahari. Pagi-pagi Jumaat 19 Oktober 2012, kami terus ke SIC untuk claim tiket dan baju yang dipakejkan sekali.

 

Berkenaan pasal tiket ni pun satu kontroversi jugak. tahun ni, Shahrul tersilap ambil pilihan untuk “in-house printing ticket” di mana pembeli boleh print sendiri tiket yang telah dibeli dan boleh terus digunakan di entry gate masuk ke litar. Aku yang sememangnya kaki mengumpul “sampah-sampah” ni kalau boleh memang nak la tiket asal. Malangnya, sekiranya in-house ticket hendak ditukar, caj sebanyak RM20.00 dikenakan atas alasan “admin fee”. Hal ini mengundang perang mulut antara aku dan beberapa pembeli lain di kaunter tiket utama (aku perasan ada ticket buyer dari Indonesia mengalami masalah yang sama).

Jadi, kos early bird price + jersi (RM141.00) dah tak valid memandangkan aku kena tambah lagi RM20.00 semata-mata nak dapatkan tiket asal. Sebenarnya argument antara aku dan pihak kaunter boleh dihentikan serta-merta sekiranya staff kaunter dapat terus tunjuk notis di in-house ticket aku yang menyatakan admin fee RM20.00 dikenakan sekiranya hendak menukar kepada tiket asal. Persoalan aku yang timbul adalah:

  1. Kenapa harga in-house print ticket SAMA dengan tiket asal? Sepatutnya lebih murah kerana tidak diberi tiket asal
  2. Adakah staf kaunter tidak diberi penerangan yang cukup oleh pihak SIC dan hanya mampu menjawab “ia adalah admin fee dan prosedur”. Adakah mereka tak sedar tentang harga RM20.00 untuk admin fee tu sebenarnya tertulis dengan font yang paling kecil sekali, ala-ala iklan makanan segera yang tertulis *for illustration purpose only?
  3. Kenapa penerangan admin fee tidak diberikan secara lengkap di laman online ticketing Sepang Circuit?

Jujurnya sebagai pembeli (local crowd), aku kecewa gila dengan pengurusan SIC. Macam tak pernah improve dan ambil perhatian dengan rungutan pelanggan berdasarkan tahun sebelumnya.

 

 Galeri 3 hari di Sepang International Circuit

facebook comments:

6 thoughts on “Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 #1

  1. Pingback: Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge