Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 #2

19 Oktober 2012 – Free Practice Day

Kami sempat layan FP1 dan FP2 untuk Moto3, MotoGP dan Moto2. Tahun ni adalah pertama kali aku dapat tengok dan dengar bunyi sebenar jentera Moto3. Untuk yang belum tahu, Moto3 adalah kategori baru yang menggantikan kategori 125cc yang terakhir pada tahun lepas. Moto3 menggunakan format 250cc, single silinder dan empat lejang. Apa yang mengejutkan (dan best), tahap kelajuannya adalah kebih laju daripada Kawasaki 250R yang berasaskan enjin 2 silinder (boleh tengok atas jalan Malaysia) dan ia secara total membezakan tahap sebuah motorsikal prototaip/perlumbaan (Moto3) dan motorsikal biasa. Jadi, tahun ni 100% perlumbaan adalah berasaskan motorsikal 4 lejang dan tiada lagi bau hangit asap 2T. Pasti rindu lepas ni dengan motor 2 strokes!

 

Hari Jumaat biasanya diberikan akses percuma kepada pengunjung. Namun, kepada pemegang tiket Main Grandstand ada keistimewaannya. Biasanya pada pukul 4 petang, akan ada “Pitlane Walk”. Tetapi aku tak pasti mengapa tahun ini tiba-tiba jumlahnya terlalu ramai dan apa yang aku dengar di bahagian ticketing, mereka melepaskan “kesemua” pemegang tiket grandstand masuk. Maksudnya pemegang tiket K1 pun boleh masuk, asalkan ada perkataan “grandstand”! Ini menyebabkan que menjadi “overcrowded” dan malang sekali, petugas tidak melepaskan penonton untuk masuk ke pitlane mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pukul 4 petang. Aku sampai ke pintu masuk ke pitlane hampir-hampir pukul 5 dan malang sekali, mereka menutup pintu masuk dan memberikan alasan masa telah tamat! Agak-agak apa yang berlaku? Dah tentulah pengunjung rage habis! Salah siapa? Aku blame 100% pada SIC. Ramai yang tak dapat masuk pitlane pada haritu disebabkan ketidakcekapan petugas-petugas yang menjaga pintu masuk pada hari Jumaat tersebut.

 

Ada seorang petugas wanita berkata pada kami; “Sorry guys, you can enter next year!”. WTF! Next year Stoner dah pencen pergi balik kampung tanam jagung, Rossi dah tak ada dalam Ducati dan Ben Spies dah tak ada dalam Yamaha Factory. Aku rasa macam nak bagi makan kon aja minah tu haritu. Its your fault for a bad time management!

 

20 Oktober 2012 – Qualifying Day

Pada hari kedua, FP3 dan Qualifying Laps berlangsung pada sebelah pagi dan petang. Biasanya selang masa antara waktu pagi dan petang, akan berlangsung sessi autograf pelumba di bahagian foyer. Aku yang frust sebab tak dapat ambil autograf Ben Spies tahun lepas (sanggup bawak helmet HJC R-PHA10 BS), mengambil keputusan untuk layan beli merchandise saja tahun ni. Aku mengambil peluang untuk beli apa-apa yang patut. Jumlah pengunjung makin bertambah berbanding daripada hari pertama. Jadi, lebih baik beli saja apa yang patut sebelum Race Day. Takut jadi macam tahun lepas, banyak barang yang sold out.

 

Aku sempat beli USB Lanyard (RM33.00) dan #63 Rubber Keychain (RM13.00). Dapat la sticker free Zulfahmi 2 keping. Baju pun lawa-lawa, cuma sayang sekali diskriminasi saiz selalu berlaku pada aku. Hahahahah… Harap-harap lepas ni ada la saiz untuk mereka-mereka yang comel ni.

 

Pameran tahun ni lebih best dari tahun lepas. Replika motorsikal Stoner, Lorenzo dan Max Biaggi (recently, WSBK Champion – booth Aprillia) diletakkan. Dan sudah pasti replika Stoner menjadi perhatian. Ada saja fan Stoner yang bergambar, termasuk la die-hard Rossi yang bergambar sambil menunjukkan isyarat F*** Off di motor tersebut. Ha! Ha! Ha!

 

Selain daripada replika Stoner dan Lorenzo, replika RSV4 Max Biaggi nampak agak ‘tak real’ memandangkan susun atur sticker yang kurang kemas, di samping penggunaan meter standard. Begitu juga dengan motor Hafizh Syahrin ni, tak sama dengan motorsikal yang digunakan pada perlumbaan sedang berlangsung. Bolehla, daripada tak ada langsung kan?

 

Apa pun, aku seronok dengan barang-barang pameran tahun ni, best. Nasib baik la aku tak bawak duit sangat, kalau tak jenuh la poket. Tengok barang-barang pun dah rambang mata, dahla barang best-best, awek-awek grid girls pun meletup! harga barang pun banyak yang affordable untuk dibeli. Kalau yang betul-betul mahal pun macam barang-barang original Dainese, Alpinestar, RS Taichi, Komine, tapi Alpinestar pun banyak barang yang boleh dibeli.. Selamat la aku tak berpinau mata dan hilang pertimbangan ketika nak membeli.

facebook comments:

1 thought on “Malaysian Motorcycle Grand Prix 2012 #2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge