Makan Malam TM PP 2008 – Pop Yeh-Yeh


Hari ni (Sabtu, 10 Januari 2009), dengan perasaan segan, malas dan teramatlah ‘balog’, aku menggagahkan diri jugak untuk pergi ke Majlis Makan Malam Tahunan kompeni aku. Dengan berbekalkan wang pinjaman RM50.00 (ya, aku miskin sekarang), menggigil tangan aku keluarkan Rm10.00 untuk minyak petrol keta dan RM7.00 duit tol Penang Bridge.

Aku sampai di Sunshine Square betul-betul time Maghrib, terus aja ke tingkat 3 Sunshine dan solat kat surau situ. Punyalah segan abis aku malam ni, mana aku ada baju kemeja kolar besar, kasut kulit hujung tajam dan semestinya seluar slack ketat tapi Yankee (hehehe, bell-bottom ler tu) untuk disesuaikan dengan tema majlis malam tu. Tambahan pulak, rambut aku dah takleh buat ‘remos’ dah, rambut Zinedine Zidane lah katakan… Muaakakakkakaka… Maka dengan selambanya, aku mengenakan jean Levis Copper bertampal sana sini tu dipadankan dengan T-Shirt Wings – Hukum Karma, heheheh, aku generasi rock, bukan pop yeh-yeh. Nasib baik aku dapat duduk semeja dengan Abang Jasni & Wife, partner kerja aku. Takla kekok sangat, yang lain semuanya aku tak kenal kat meja tu, dahla dressing aku serabai. Hahahaha.

Majlis malam ni menerima kunjungan pengerusi TM Berhad, Tan Sri Dato Ir. Md Radzi Bin Mansur. Bermula pada pukul 8.30 malam, jamuan makan dimulakan dengan appetizer seperti biasa, dan seterusnya ke main course. Aku senaraikan apa yang aku mentekedarah tadi..

Crispy Fried Seafood Twist
Dice Chicken With Bell Pepper and Almond
Crispy Fried Salt & Pepper Squid
Thai Style Kerabu Filament Stick <--- tak sedap.. Szechuan Hot and Sour Seafood Soup <--- geli geleman aku telan siput tu. Crispy Fried Garlic White Shell Prawn Broccoli With Assorted Mushroom & Pacific Clam Deep Fried Whole Seabass With Three Flavoured Sauce (bahasa Melayunya, siakap masak 3 rasa) Oven Roasted Black Pepper Chicken With Condiment Thai Style Fried Rice With Chicken Chilled Mango Pudding In Cup

Dalam tak sedap-sedap pun, licin jugak aku bedal, tolak batu ngan kayu jerlah senang cerita. Hahaha. Sambil-sambil makan tu, ada la persembahan-persembahan yang dipersembahkan. Budak-budak VADS (Call Center) memang dominate abis pertandingan berkumpulan malam ni dan semua orang pun cuci matala tengok budak-budak VADS ni bersemangat jitu pakai baju ala-ala Pop Yeh-Yeh. Hahahahah dosa kering aja lah.. Memandangkan aku tak berapa nak ‘masuk’ dengan tema majlis ni, aku menumpukan sepenuh tenaga aku kepada aktiviti bedal lauk terhidang sampai mengah….

Kemudian, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba, apa lagi kalau bukan Lucky Draw!! Afad ngan Lan punya la dok gelabah tunggu nombor mana yang nak naik malam tu sebab Grand Prize TV LCD Plasma la beb… Lan sampai tertinggal abis kunci motornya. Dahla motor dia baru aja beli seminggu. (wei Lan, kalau hang baca ni, esok pagi-pagi hang pi tambah kunci kat motor hang tu, hang tunggu sampai Isnin kalau, jawabnya kirim salam ajalah kat motor baru hang tu)


Dari jauh, aku asyik perati benda ni aja atas pentas.
Band dan Guitar.

Aku terpikey dan teringin gak nak main atas tu nanti, dengan dream band aku mestilah dengan Radin sebagai drummer dan Firuz sebagai Lead Guitar. Aku pulak, biarlah aku dengan posisi tetap aku sebagai 2nd Lead atau Rhythm Guitarist jer. Takpa, walaupun tahun ni masih mustahil lagi angan-angan aku tu, kurang-kurang guitar aku dah berjaya dipinjamkan sebagai prop atas stage, Muekekkekekeke.

Dan kepada Afad dan Lan, takpa… Jangan sedih sebab hangpa tak dapat apa-apa lucky draw sebab……

PAKCIK MENANG MOTO~
ROCK KANGKANG RULES!!

facebook comments:

4 thoughts on “Makan Malam TM PP 2008 – Pop Yeh-Yeh

  1. pak cik ooi dah menang moto ….kami lak kenyang perut ja …aku ni tiap2 tahun lucky draw ni cukup payah nak dapat , yang syok nya tahun lepas hang dapat dok nampak dah ni muka rezeki nih…bila dapat ja nombor meja dinner kena lak dengan hang dok ingat boleh la kot2 tumpang tuah hhheheh rupa2nya meja tu yang bertuah 2 orang betui2 lucky …apa pun aku gn wife enjoy seronok tengok ada gak kwan2 dapat hadiah .

  2. hahahah mengelabah si lan ni sampai hilang kunci moto…podahhh lan…selalu kutuk org ko lagi teruk tahap gelabah..hahahah

  3. Pingback: Family Day TM Penang | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge