Maisto Assembly Line 1:18 – Marco Melandri #33 2005

Marco Melandri 2005 1

Aku berjaya dapatkan model Maisto 1:18 Die-Cast Assembly Line ni pada harga yang sangat murah. RM20.00 saja. Kalau tak silap aku, biasanya ia dijual pada julat harga RM40.00-RM60.00, aku tak pasti dan ingat kerana selalunya aku abaikan saja sebab aku rasa macam terlalu mahal. Oleh kerana Parkson ada buat clearance sale, aku terus sambar la buat koleksi.

 

Marco Melandri 2005 2Maisto mengeluarkan assembly line ni mungkin atas dasar permintaan tinggi. Biasanya model skala (scale model) ni dijual dalam bentuk tetap (fixed) dan display ready. Untuk model assembly line, semua harus dipasang sendiri sebelum dipamerkan. Jadi, banyak set yang boleh dibuat ala-ala di dalam box (A temporary garage with access directly onto the pit lane, each one designated to a team participating in one of the three MotoGP races – MotoGP).

 

Marco Melandri 2005 3Salah satu ciri-ciri yang aku suka dengan model jenis assembly line ni adalah keterperinciannya. Jika nak dibandingkan dengan model pamer-siap, aku rasa (pendapat aku) banyak decals yang digunakan adalah lebih tepat dan terperinci. Walaupun Maisto tidak dapat menandingi jenama terkemuka lain dalam scale-model production (Maisto ni pun aku rasa dah mahal), aku rasa tahap perinciannya masih boleh diterima dan tidak nampak macam motor mainan sangat. Percayalah, ada jenama scale model yang workmanshipnya boleh aku katakan agak hancur. (macam Saico).

 

Marco Melandri 2005 4Marco Melandri secara terus terangnya aku tak minat. Malah boleh dikatakan aku tak pernah amik port pun! Namun, Marco Melandri pada musim 2005 sebenarnya adalah pilihan mengejut bos Gresini pada waktu itu, Fausto Gresini. Tahun 2005 menyaksikan pencapaian terbaiknya dalam arena MotoGP apabila menjadi pelumba Honda pertama menjuarai podium dengan perlumbaan back-to-back. Kiranya Honda waktu tu kena kitai habis la lepas Rossi blah dari Repsol Honda. Pada tahun 2005 menyaksikan Melandri menduduki tempat kedua keseluruhan di belakang Valentino Rossi. Kira power jugaklah.. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh baca kat Wikipedia.

Aku akan cerita lagi pasal Melandri kalau aku beli mana-mana scale model yang feature dia sebagai rider selepas ni. Itupun kalau jumpa.

facebook comments:

3 Replies to “Maisto Assembly Line 1:18 – Marco Melandri #33 2005”

  1. Very nice beb

  2. […] line 1:18 ni aku cari di tempat yang sama dengan scale model Marco Melandri 2005 dulu; di Parkson. Dengan harga yang sama, aku rasa it’s a big deal disebabkan harga runtuh […]

  3. Masih boleh dpt kn lg ke model ni

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers