Maisto Assembly Line 1:18 – Loris Capirossi #65 2005

Loris Capirossi 2005 1

Assembly line 1:18 ni aku cari di tempat yang sama dengan scale model Marco Melandri 2005 dulu; di Parkson. Dengan harga yang sama, aku rasa it’s a big deal disebabkan harga runtuh yang ditawarkan

 

Loris Capirossi 2005 2

2005 merupakan tahun kedua Loris Capirossi bersama Marlboro Ducati Team dan kalau perasan, tiada logo Marlboro walaupun mereka adalah penaja kerana larangan European Union ke atas sebarang pengiklanan tembakau. Namun jika perasan, hanya Suzuki Rizla (kertas pembalut tembakau) yang dibenarkan kerana ia adalah kertas, bukan tembakau.

Model Maisto ini memaparkan model Desmosedici GP5 ini menggunakan tayar Michelin. Namun, ia mengundang masalah ke atas prestasi Loris Capirossi dan pasukan Marlboro Ducati Team membuat keputusan untuk menukar tayar kepada Bridgestone [baca]. Pada tahun tersebut, sesetengah pasukan memakai tayar Michelin dan sesetengahnya memakai Bridgestone. Dapat dilihat penguasaan tayar yang berlainan ini di sesetengah litar; ada yang memihak kepada Michelin dan ada yang memihak kepada Bridgestone. Michelin akhirnya menarik diri daripada kejohanan MotoGP pada tahun 2009.

 

Loris Capirossi 2005 3 Usahasama Ducati Corse dengan Bridgestone membuahkan hasil di penghujung musim dengan menyaksikan Desmosedici GP5 ini menjadi lebih kompetitif dengan penggunaan tayar keras yang memberikan lebih cengkaman di bahagian belakang. Pada tahun 2005. Tahun ini menyaksikan peningkatan prestasi loris Capirossi daripada musim yang suram pada tahun 2004. Capirossi berjaya memenangi perlumbaan di Twin Ring Motegi, Jepun dan di Sepang, Malaysia. Loris Capirossi menamatkan musim dengan kedudukan ke-6 dengan mengumpul 157 mata (Musim 2004: Ke-9, 117 mata) dan rakan sepasukannya Carlos Checa di tempat ke-9 keseluruhan.

 

Loris Capirossi 2005 4Jika ditanya pada aku, ya inilah antara rupa bentuk motorsikal yang paling buruk pada tahun tersebut. Buruknya bukan sebab rekabentuk motor, tetapi kerana “livery” motorsikal yang nampak kosong dan tak berseri langsung.

facebook comments:

1 thought on “Maisto Assembly Line 1:18 – Loris Capirossi #65 2005

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge