Logo Halal: Paranoia Umat Islam Malaysia

Dah banyak kali sebenarnya aku teringin buat entry berkenaan isu halal ni. Sebagai seorang Muslim, sebenarnya aku berasa amat kecewa dengan keadaan tegang atau lebih (rasanya) aku rasakan telah menjadi satu PARANOIA kepada Umat Islam Malaysia semenjak JAKIM tiba-tibe mempopularkan logo Halal JAKIMnya beberapa tahun lepas.

Zan sebenarnya pernah membuat entry Halal Ke? [mohon baca] 2 tahun lepas, dan aku sebenarnya tidak bersedia untuk ‘menyambut’ entry tersebut memandangkan aku bukanlah arif sangat atau lebih tepat lagi, aku bukannya berada di ‘line-line’ insan yang selayaknya berbicara tentang perkara halal-halal makanan menurut Islam. Secara peribadi dan umumnya, aku bersetuju dengan artikel yang Zan tulis.

Hari ni, aku telah mengutarakan 4 soalan aku kepada Sahabat Halal Jakim, tambah-tambah sekarang ni musim dapat ais krim free kan? Maka muncullah secara tiba-tiba status halal-haram tentang ais krim ni, walaupun secara sarkastiknya aku telah tweet pasal hal ni, samada sedar atau tidak.

Isu Baskin Robbins (aku ambil sebagai contoh):

http://www.halal.gov.my/ – Mulakan carian “Baskin Robbins atau Baskin”

Kemusykilan Pertama – Kenapa menu di Berjaya Georgetown Hotel saja yang halal? Semua outlet Baskin Robbins yang lain haram ke?

Kita mulakan lebih lagi cariannya: Di direktori yang sama, search “Golden Scoop Sdn. Bhd.”

Siapa Golden Scoop? – pemilik francais Baskin Robbins Malaysia. [link lain]

Kemusykilan kedua:

Kenapa JAKIM tak tele dalam memberikan maklumat? Kenapa Golden Scoop ‘Halal” dan Baskin Robbins ‘haram’? (aku ambil situasi di mana Baskin Robbins tak tersenarai dalam senarai halal setelah carian dibuat).

 

Penutup:

Nampak tak apa yang terjadi bila situasi ni terjadi? Agak-agak berapa ramai daripada umat Islam Malaysia terkeliru dengan perkara ni? Perlu diingatkan, orang Malaysia bukan semuanya nak ambil tahu tentang siapa pemilik syarikat itu dan ini.

4 soalan aku kepada Sahabat Jakim ialah:

Salam, saya ada beberapa kemusykilan untuk dtanya:

1. Baskin Robbins – Kenapa hanya menu di Berjaya Georgetown Hotel Penang sahaja yang disahkan halal? Kenapa outlet Baskin Robbins tiada pengesahan?

2. Berbalik pada soalan 1, sekiranya tiada pengesahan, kenapa GOLDEN SCOOP SDN. BHD, pemegang franchise Baskin Robbins disahkan halal? Harap update web Halal Jakim untuk mengelakkan kekeliruan.

Menurut web BR – “All Baskin-Robbins ice cream flavors are Kosher. all Baskin Robbins ice creams imported are ‘Halal’ certified. Dunkin Brands Canada Ltd. has been approved & registered to produce Halal products under the supervision of the Islamic Food and Nutrition Council of America ( IFANCA ) & is recognized by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) .”
3. Saya dimaklumkan oleh beberapa rakan bahawa tiada penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAKIM dan tidak diwar-warkan di media tentang status halal sesebuah produk. Benarkah?
4. Keputusan Halal Haram JAKIM pada saya telah membuat segelintir umat Islam menjadi “Halal Paranoid” sehinggakan semua benda dianggap tidak halal ataupun syubhah sekiranya tiada cop halal JAKIM. Bagaimana pihak JAKIM perlu menjawab isu ini kerana semua orang maklum, cop halal JAKIM hanya valid di Malaysia sahaja. Satu panduan ataupun pendidikan harus diberikan untuk mengenal produk atau bahan yang mengandungi bahan yang tidak halal atau syubhah, dan pada kami sebagai pengguna, JAKIM bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini secara wasatiah. Jika tidak, “yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan” akan berlaku.

Wallahualam,
Sekian, terima kasih

Sebelum aku menerima jawapan rasmi dari JAKIM, aku sertakan 3 pendapat ustaz (yang kadang-kadang meberikan pendapat berbeza dalam sesuatu isu), tetapi memberikan jawapan yang hampir atau menuju ke arah yang sama dalam isu halal-haram makanan ini. Mereka ialah Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari.

Jadi, terpulanglah kalau kita masih nak berasa was-was atau tidak. Mulai sekarang, jika terdapat apa-apa pertanyaan tentang isu logo halal, halal-haram makanan ni pada aku, rujukan dah ada. Tepuk dada, tanyalah youtube (kalau malas tanya ustaz dekat rumah atau masjid atau madrasah atau di mana-mana saja).

Aku bukan ustaz, ahli akademik apatah lagi arif dalam agama. Aku juga seperti kamu, sentiasa mencari dan memperbaiki diri. Sekiranya aku salah, tegur dan bimbinglah aku.

Wallahualam.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge