Lion Suzuki Malaysia: Satu Kejutan?

Posted with: Sony Ericsson K850i
Place: Not Available

Siapa tak kenal dengan Lion Suzuki? Baiklah, untuk rekod, Lion Suzuki Malaysia telah diiktiraf oleh majalah Roda-Roda sebagai sebuah entiti pengedar motosikal yang aktif dalam memperkenalkan motosikal jenis baru dalam pasaran negara kita, khususnya dalam segmen underbone dan ber-CC rendah.

Contohnya, ingat lagi tak dengan Suzuki Panther, VS100, FX125, FXR150 dan yang terbaru, Shogun SP/RR yang dilengkapi ekzos Yoshimura yang mengejutkan dunia permotoran tanah air.

Majalah Roda-Roda sendiri misalnya telah mengakui motosikal Suzuki banyak yang bagus dan tahan lasak, tapi entah di mana silapnya, SUZUKI dipandang sepi.

Baiklah. Cukup untuk prolog.

Berita terbaru yang aku terima, Hicom Suzuki telah siap memasang lebih 300 unit motosikal baru yang akan bersaing dengan Yamaha FZ150 dan Honda CBR 150.

Kejutan yang mungkin ada daripada motosikal berkapasiti 150cc dengan jantung penggerak dari Indonesia ini ialah:

1. Sport Rim Enkei, Japan Made
2. Disc Brake depan belakang.
3. Sisten Pancutan Bahan Api (injection)
4. Bentuk… Cub, bukan supersport! – ala-ala keluaran Thailand.

Dianggarkan bernilai RM7,000+, yang amat kompetetif, motosikal ini pastinya memberikan cabaran sengit pada Yamaha dan Honda.

Yang pasti, aku akan mempertimbangkan hasutan-hasutan nafsu aku untuk bertukar motor. Hehehe. Gambar sulit tak dapat disiarkan demi menghormati Lion Suzuki Malaysia. Kita sama-sama tunggu pelancarannya nanti

——————————————–

Updated 17 April 2009
Sneak Peak From Indonesia – specs
Suzuki Satria F150

facebook comments:

4 thoughts on “Lion Suzuki Malaysia: Satu Kejutan?

  1. nmpk mcm nova, ade sikit mcm hurricane, dari tekstur body nmpk aerodinamik, without firing, 150cc ke? wah kalah RXZ neh..

    mana ke LCD nye? belum release lg ke entry nye?

  2. diharapkan pehak suzuki assembler dpt pantau assembler di JB sbb kerja2 baikpuleh motosikal x de kejujuran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge