Langsuir – Cemar EP (2019)

Nampaknya aku dah lama sangat tak update entry blog. Rasa macam dah berkarat idea nak tulis apa. Tambah pulak rilisan-rilisan yang keluar tak memuaskan hati, baik simpan saja maki-makian tu di dalam hati. (Hahahhahahah)

Ok, rasanya semua orang dah tahu tentang penubuhan Langsuir. Ya, perbezaan ejaan itu membezakan segalanya terutama dari segi band line up. Tak perlu aku ulas kerana aku percaya bila kau berkerut dahi membaca entry ni, maksudnya kau kenal Langsuyr, Ryusgnal dan Langsuir. Jadi aku skip bab ni.

Pengumuman penubuhan Langsuir di bawah label Legion Music pada tahun 2018 membuatkan aku meneka, album baru? Akhirnya persoalan itu terjawab dengan kemaskini-kemaskini dari instagram @langsuir2018 yang menunjukkan proses rakaman di Bandung, Indonesia.

Keterujaan itu ditambah dengan nama-nama yang biasa dilihat di sebalik proses terbitan dan rakaman, menjadikan album baru Langsuir ditunggu-tunggu.

Akhirnya pada 27 April 2019, diumumkan sebanyak 300 unit cd EP cetakan pertama yang dikenali sebagai Cemar Mini CD (aku suka panggil EP) akan dilancarkan pada sessi pra-dengar di Sonic Rage, Shah Alam. Memandangkan aku berada di hujung pelusuk dunia, terpaksa aku pre-order saja di Rock At Large, portal kepunyaan Dr. Ibrisam Akhbar/Batara Guru/Masirbi Rabka/Metal Muslim/Bentara Langsuir/Krenmaut (hahaha saja aku tulis banyak-banyak).

Nak dijadikan cerita, firasat aku tepat. 300 unit Mini CD tersebut sold out di Legion Records, Rock At Large dan beberapa distro lain di mana kuota mereka turut rapat! Nak salahkan orang beli banyak, takleh jugak brader. Pre-order dah bukak awal, sebab tu jangan tunggu last minute. Siapa order 10 keping nasib la. Muekekekke.

Ok, ni inlay belakang Mini CD tersebut. Lengkap semuanya ditulis dan aku tak ada komplen. Rasanya Batara Guru & Burning Twilight yang aku kenali juga sebagai collector CD/rekod dah cukup masak dengan pe’el collector lain; nak maklumat semua sumbat dalam inlay album. Ya, terima kasih Langsuir sebab tulis semua tu dan mengurangkan bebelan aku dekat sini. Boleh aku tulis pendek-pendek.

5 lagu dipersembahkan di dalam Mini CD ni.

Gentayangan Bajingan Malam bermula dengan cukup padu dan dahsyat. Boleh aku katakan pukulan drum Burning Twilight mencairkan terus tahi telinga aku sepanjang perjalanan Penang ke Ipoh. Lagu ini cepat temponya dan seperti biasa, intro Langsuir agak lama, dalam 1 minit 47 saat sebelum lagu betul-betul ‘panas’. Opening song yang sangat baik. Tambahan pula dengan part lirik “di situ ada makanan” aku tak pasti merujuk kepada Penjahat (bajingan), Hantu atau orang yang kuat makan macam kau dan aku! Kahkahkahkah! Gentayangan (ݢنتايڠن) bermaksud ‘berkeliaran’ di dalam kamus dewan. Dah sampai kena bukak kamus pulak aku ni. Aku jujur tak dapat cam mana satu Batara Guru dan mana satu Mirlanast dalam bunyi gitar. Melawan-lawan bunyi dua orang ni. Sakka Euronous bergandingan dengan Burning Twilight dengan cukup baik. Azlanthor tak perlu diceritakan lagi. Anak tekak siapa lagi nak pakai kalau bukan dia? Merujuk kepada lirik, ia boleh merujuk kepada hantu? Penjahat? Aku rasa cuma penulis lirik saja yang boleh tafsirkan. “di situ ada makanan, sajian gentayangan bajingan malam” boleh membawa maksud macam-macam. Kalau direct baca, memang aku kata ni lagu hantu. Nak kata Langsuir, macam Pontianak pun ada. Entah.

Jebat juga bermula dengan perlahan sebelum dirembat padu oleh Burning Twilight. Aku dah sebut beberapa kali nama dia ni kot-kot la dia boleh hadiah drum sticks dia satu kan? Tapi takda maknanya, saja ja aku menyakat. Ni memang betul. Dengar sendiri dan kau akan faham. Tak sempat rileks dengan Track 1, dah tercungap aku dengar Track 2. Lirik ni macam direct. Menunjukkan perasaan bercelaru Jebat yang terpaksa berhadapan dengan saudaranya, Tuah. Backing vocal menarik dengan suara ramai-ramai macam tu.

Plenary Of Wickedness di sini ada typo dalam inlay di mana ia dieja Planery. Dengar cerita typo ni akan dibetulkan untuk 2nd press batch mini cd. Ooops!!! Hahahhaha.

Weeping In Heaven adalah cover kepada lagu oleh Profanatica. Lirik ada penukaran, jadi terus jadi maksud lain.

I vomit on god’s goat’s child

Lungs of hell…
Burn the heavens
Crosses bleed…
Blood of angels
Pale skin shredded

Bonus Track (Track 5), unwritten on inlay adalah cover kepada Impaled Nazarene – The Crucified. Lirik juga ditukar.

Jesus Christ Donald Trump, who is he? Why do you believe such a shit?
Jesus Christ Donald Trump, who is he? Why do you believe such a shit?

[Chorus:]
Aren’t they the morbid tales? Believers shall perish in flames!Jesus Christ Donald Trump, who is he? Why do you believe such a shit?
Jesus Christ Donald Trump, he has died, no reason to believe in lies
Jesus Christ Donald Trump, who is he? He is nothing but dead meat

[Chorus:]
I raped (tak jelas) Christ , made him die ! I am your no god
The chosen fucking…one p**ndek hang! (Hahahhahah woi)

Bila dengar EP ni. Terus rasa penat fikir macam mana drummer nak katok drum time gig nanti.

Puas hati dapat dengar hasil produksi yang mantap rakaman bunyinya. Takda bunyi tinggi rendah secara tiba-tiba dan semuanya balance. EP ni keluar memang bikin panas sebab terus sold out 300 unit sekali dengan baju event 50 helai (pre-listen party) pun sold out. Satu pencapaian yang baik dalam keadaan sekarang. Dengar-dengar sebab ramai merungut, Legion Music mungkin akan keluarkan 2nd press MCD/EP ni.

Bila ada EP/MCD, aku jangkakan full album akan muncul. Mungkin pada bulan Julai, mungkin pada The Gathering? Tak tahu, mereka saja yang tahu.

Antara bayangan awal full album dari post-post sebelum ni:

1. Ara (Dirgha Belasungkawa)
2. Breezing Monsoon Dance
3. Gargantuan
4. Gentayangan Bajingan Malam
5. Jebat
6. Mala Kulta
7. Sumpahan Tujuh Keturunan
8. The Eastern Shore
9. The Plenary Of Wickedness

Rasanya yang dah beli MCD ni dah dengar habis semua lagu dalam tu. Pada aku, hasil rakaman di Bandung, Indonesia tu amat berbaloi. Sedap bunyinya.

Apa kata hangpa pulak? Komen la, lama aku tak buat entry blog ni.

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers