Kursus Kahwin

Tambah Lagi Sijil Dalam Koleksi Aku!!!

Pada 6 dan 7 November 2010 adalah tarikh yang mungkin aku takkan lupakan sampai bila-bila (sebab boleh tengok tarikh atas sijil, hehehe) Sebab buat pertama kalinya, aku menebalkan muka untuk masuk ke kursus perkahwinan. Kenapa aku guna ayat ‘menebalkan muka‘?

Aku rasa semua orang tahu macam mana budaya kita orang Malaysia ni (ya, aku sebut Malaysia, bukan Melayu… Maksudnya India dan Cina pun ada la). Bila sebut pergi kursus kahwin aja, mesti akan dikaitkan dengan kahwin (memang pun!) macamla bila pi kursus tu, bulan depan nak kahwin dah! Aku rasa semua orang akan bersetuju dengan pendapat aku tu. Macam mana dengan kawan-kawan aku yang dah ambil kursus kahwin masa umur 19-23 tahun (waktu belajar di IPTA/S) yang sampai hari ni tak kahwin-kahwin lagi? Haaaa…. Jadi aku rasa kita semua kena la memperbetulkan stigma “wah dah nak kahwin kaaaa?” ni sebaik mungkin.

Aku share sikit la apa yang aku dah lalui selama 2 hari macam nak patah pinggang duduk kat kerusi dewan kuliah tu, aku tulis secara rambang saja. (Tajuk pun aku bedal ikut kefahaman aku saja ni, nak tajuk betul-betul, aku kena refer modul tu balik)

Hari Pertama: Belajar Akidah, Ibadah, Akhlak, Pengenalan Perkahwinan, Perkahwinan dan Prosedur,

Hari Kedua: Asas Komunikasi Dalam Perkahwinan, Kesihatan, Pembubaran Perkahwinan dan dua tiga subjek lain yang aku tak ingat dan last sekali self-test selama 30 minit.

Modul tu disediakan oleh Jabatan Agama la, aku tak ingat apa nama penuh modul tu, Modul Bersepadu Perkahwinan Islam kot kalau tak silap aku.. Jadi, satu Malaysia memang benda yang sama.

Ustaz-ustaz dan kadi yang datang beri ceramah memang banyak yang best. Banyak ilmu yang aku dapat. RM80.00 yang aku bayar untuk kursus ni aku tak sia-siakan dengan soalan-soalan cepumas yang aku rasa kalau dekat luar, aku malu nak tanya. Contohnya, kalau susu ibu tersumbat, nak buat macam mana? Tapi tak sempat Dr. tu nak jawab (modul Kesihatan) dah ada peserta lain yang jawab, “BAPAK TOLONG ISAPKANNNNNNNNNNNN……” Hampeh betul! Gelak satu dewan.. Heheheh… Jawapannya, letak tuala panas atas breast ibu tu, mungkin susu tu tersumbat/clog. Bila tersumbat, memang sakit dan jika selepas letak tuala panas pun tak keluar juga dan membengkak, perlu bawa ke klinik ibu dan anak. – Apa macam, berani mati punya soalan aku tanya, perempuan pun tak tanya!!

Lagi satu, bila masuk bab pembubaran perkahwinan, aku rasa macam 2 jam pun tak cukup bila ustaz tu jelaskan implikasi talak atas kehidupan seharian. Ada kes penceraian yang hanya disebabkan oleh kangkung yang masak sup, baju tak seterika dan benda-benda yang remeh-temeh yang lain. Hal-hal berkaitan Taklik juga diterangkan dengan teliti, dengan mengambil satu kes di mana sang suami telah mentaklikkan isterinya dengan ayat “Jika kau langkah keluar dari pintu itu, maka jatuh talak atas engkau” – dan nak dijadikan cerita, rumah tu ialah rumah flat, mana ada pintu lain dah!!!! Sampailah saat ketika bini tu nak melahirkan anak, atas kekesalan sang suami yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Agama, dan sang isteri terpaksa dikeluarkan melalui balkoni belakang rumah dengan menggunakan kren!!!! (Bukan Krenmaut yerk adik-adik…) terpaksa pulak sewa rumah lain kerana Taklik itu tidak boleh ditarik balik selagi tidak jatuh talak. Jadi, jangan main-main hal-hal talak ini kerana perkara halal yang paling dibenci Allah ialah cerai.

Secara jujurnya, walaupun boring tak hingat (mana ada seminar yang tak boring), sebenarnya modul kursus selama 2 hari ni aku rasakan tak cukup. Sarat dengan ilmu sebenarnya. Dan aku heran pulak mamat-mamat dan minah-minah lain punya kelam-kabut nak balik selepas tamat waktu kursus, langsung taknak tanya apa dah! Mungkin dah terer gila bab-bab kahwin ni gamaknya. Jadi, sesiapa yang tak pi kursus lagi tu, sila pi kursus secepat mungkin.

Nota Kaki:

Aku sempat melawak dengan ustaz yang tanya aku pasal Rukun Nikah, selepas bagi 5 rukun tu, aku kata kat ustaz tu..

Aku: Ustaz, saya rasa zaman la ni, rukun tu dah jadi 6 la…..

Ustaz: Haish, apa yang kamu merepek ni!!!? Mana mai lagi satu tu sampai jadi 6?????

Aku: Lagi satu tu, kursus kahwin laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, kalau tak mai tak boleh kawinnnnnnnnnnnn.. Kui kui kuiiiiiiiiiiiiii

Ustaz: ***diam***

Aku rasa kalau kat sekolah, mau makan pelempang aku kena neh….

facebook comments:

11 thoughts on “Kursus Kahwin

  1. saya mahu mengikuti kursus perkhawinan sebelum berkhwin supaya rumah tangga bahagia selama lama.beritahu saya seapa menjalankan kursus ini secara islam.sekian

  2. saya pernah mengikuti kursus bagi kaum india tetapi tidak bermanfaat semua main main saja.penceramah itu hasnya menjalankan tugas pada hal mendapatka pendapatan.saya memerlukan sijil dan perlu bakal pengatin lulus dari segi palajaran tradisi ,kerohanian,pembelajaran agama dan juga cara cara hidup bahagia muda mudi seperti kami ,saudara

  3. saudara saya takut dgn perkhwinan seringkali ada pergaduhan dan pencerayan sewenang wenangnya.kursus yang ketat akan mengurangkan berkelahiaan begini,saudara

  4. saudara saudari jika anda ingin membantu saya beritahu dimana kursus sebegu dijalankan,sekian terima kasih,selamat malam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge