Kursus Intensif Ke-3

Pandangan dari tengah, tingkat atas Desasiswa Fajar Harapan

Pada 29 Januari 2012 sehingga 12 Februari 2012 yang lalu, telah berlangsung satu lagi kursus Intensif untuk pelajar-pelajar Rancangan Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia atau kita semua lebih biasa dengar, ‘student part-time’. Mungkin korang yang first time baca entry pasal USM ni recall balik entry Ali Setan Kembali aku ni.

Trademark di Fajar Harapan

USM adalah satu-satunya universiti yang unik dalam bab menganjurkan kursus intensif untuk sudent-student part-time ni. Biasanya, kursus dijalankan selama 3 minggu. Entah kenapa untuk sessi kali ni, ia cuma dijalankan selama 2 minggu. Jadi, memang jadual agak padat dan semestinya meletihkan kebanyakan pelajar.

Gambar-gambar berikut adalah agak angker dan tak sesuai untuk student junior.. Hahahahaha

Almari dan meja partner bilik aku

Meja aku

Meja dan almari aku. Hahhahaha bersepah!

Katil aku, bila dah berdua ni, ada orang bekalkan cadar untuk aku. Hehehehe

Bilik aku jadi port, jadi benda ashtray ni mesti ada, teringat zaman hostel

Sebenarnya, terdapat khabar angin dan ura-ura menyatakan kursus intensif kali ini adalah yang terakhir akan diadakan di USM. Dengar-dengar, ada pihak yang buat aduan, kursus intensif ini menyusahkan (ye lah, sampai 3 minggu). Kalau pada pelajar dari sektor awam, ia tiada masalah kerana biasanya, pelepasan akan diberikan sepanjang pengajian intensif. Mungkin yang komplen tu, student dari sektor swasta. Pada aku…. Yang komplen ni macam budak junior yang masuk Form 1 kat hostel, dan komplen macam-macam. Dah tahu USM ada kursus intensif, yang gatal pi apply jadi student part-time kat sini apehal?

Intensif, pada aku dan majoriti student part-time yang lain amat penting sebab time ni lah nak buat test untuk PB (peperiksaan berterusan atau carry mark), nak siapkan assignment dan yang paling penting, dapat masuk kelas tutorial (sebab USM menjalankan sessi Video Conference untuk kelas sepanjang pengajian) dan berjumpa kawan-kawan kumpulan (biasanya untuk assignment). Enau dalam belukar yang minta intensif dimasuhkan ni, betul-betul hampeh!

Pandangan Tasik USM dari tingkat 3 Desasiswa Fajar Harapan

Desasiswa Fajar Harapan, terletak di tengah-tengah USM dan amat strategik sekali kedudukannya. Masjid dekat, tempat makan dekat, kelas dekat dan serba-serbi semua dekat lah. Cuma bangunan ni memang old school sikit la, tengok kipas pun dah sikit punya OSH-Compliance habis, hahahahha.. Malang pulak nasib aku, pulun register kehadiran, terlewat register masuk desasiswa, kena menapak ke tingkat 3 (fizikalnya 4).

Nak kata kurus naik tangga, tak pulak. Ini semua salah briyani Pakistan dekat masjid tu. Asal turun je makan, asal naik je tapau. Cis! (dan salah Abu Nasi Kandar di belakang tasik tu)

facebook comments:

One thought on “Kursus Intensif Ke-3

  1. Pingback: Hasil Baucer Buku RM200 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge