Ku Dirampok Penyamun Tarbus

Cis, aku telah dirampok dirompak penyamun tarbus!!!

Aku sebenarnya tak berapa berkenan ngan blog tagging ni, dan aku telah di-tag oleh Cieyla. Tapi memandangkan topik tag ni agak relevan dengan kehidupan seharian aku, maka dengan rela dalam terpaksa aku bolehla cerita sikit-sikit tentang perihal kantung duit aku ni.

Panjang ceritanya wallet aku ni. Nama dalam surat beranaknya ialah Levi’s. Wallet ni mempunyai sejarah tersendiri pada tahun 2005, iaitu waktu aku membelinya. Dengan harga RM279.00 (kalau tak silap), aku membelinya di outlet Levi’s di Pacific, Megamall Prai. Masa tu, kerja kilang lagi. Duit mewah, campak-campak aja kat cashier (wakakaka, ni aku tipu la bab campak-campak ni..)

Section utama wallet aku dipenuhi oleh kad-kad usang yang kadang-kadang berguna sangat-sangat kat aku seperti kad keahlian Toycity – bolehla aku beli model-model diecast kalau aku berkenan, kad keahlian Synergy – kad untuk B&L House of Fragrance, tapi sejak-sejak kerja kat TM, aku dah tak mampu nak beli minyak wangi kat sini, maka kad ni aku buat perhiasan saja dalam wallet. Kad Mesra pulak aku pakai setiap 2 hari sekali untuk isi minyak motor aku di Petronas. kad Touch & Go aku yang dah hilang colour dia tu – aku gunakan setiap hari untuk naik Penang Bridge, dengan special discount untuk kereta dan motor; sebab aku beli dekat Penang Bridge Sdn. Bhd. Kad yang hanya berguna sebulan sekali ialah kad CIMB aku tu. Lepas hujung bulan, dah tak berguna dah sebab takder apa yang dah ada dalam gua Ali Baba dan 40 penyamun tu. Dan kad yang paling tak berguna dan hanya menyemak wallet aku ialah kad Bonuslink.

Untuk second section sebelah dalam ni ada 4 benda penting antara hidup atau mati:

1. Kad pengenalan aku
2. Gambar ayah aku, kalau jadi apa-apa kat aku, orang boleh jer cari ayah aku.
3. Blood type aku – manalah tahu…
4. Kad Platinum kedai pancing TCE Tackles :-p (hahahah)

Untuk 3rd section pulak ada 6 benda:
1. Lesen Memandu
2. Lesen hidup Lesen Memandu
3. Lesen GDL
4. Kad Kedai barang Silver ????
5. Kad Perpustakaan Awam Negeri yang dalam masa 4 tahun aku pakai kad ni, hanya masuk 2 kali.
6. Salinan blood Type aku.
7. Duit ‘selit’ (tapi selalunya tiada….)

Dalam salah satu kocek ni, terselit duit syiling 5 sen lama zaman Tanah Melayu dulu. Duit ni aku dapat bila Abang Rahman serahkan selonggok duit syiling untuk ditukar dengan duit kertas. Dalam banyak-banyak, duit syiling lama ni terselit ada dalam tu. Aku mintak izin kat Abang Rahman kot-kot la dia terlepas duit ni dalam kantung syiling tu, tapi dia kata, amikla… Maka, jadilah harta aku secara akad nikah dan sah.

Ini adalah seksyen utama penerus hidup aku. kebiasannya, pada hujung bulan, ia dipenuhi sekurang-kurangnya 15 keping not RM50.00 untuk membayar hutang. Dan tak lama selepas itu, akan tinggallah cukup-cukup untuk aku makan, nak isi minyak motor ataupun nak beli ubat asthma aku yang bernama Dunhill 14 King Size. Walaupun sekarang ni Dunhill 14 tu ada lukisan oleh pelukis yang terkenal dan berbentuk artistik, ia tetap menjadi pojaan hatiku…. Walaupun rokok sebatang itu hanyalah perhiasan, sebenarnya ia memang pernah terjadi ketika aku sengkek nak beli rokok. Aku ‘pow’ rokok member dan aku selit celah tu untuk stok simpanan aku. Dulu la, sekarang tak buat dah. Dalam kantung syiling, kebiasannya aku letak lebihan syiling dan kadang-kadang aku letak spectrum (pick) kalau aku nak pergi jamming.

Di sini, aku ingin mengingatkan. Entry blog aku ni bukanlah untuk mempromosi barangan Yahudi dan Amerika Bangsat iaitu Levi’s dan Dunhill 14. Tapi dah nak buat macam mana, wallet ni memang aku dah pakai lama dah pun. kalau nak suruh aku tukar, boleh… Bagi aku RM300.00 dan aku beli wallet baru. Tapi dengan cara ni, dapatlah aku sentiasa mengingatkan diri sendiri agar lebih berjimat-cermat dan menjadi kedekut taik idung masin untuk menjadi insan yang lebih kaya dari hari kelmarin. Jadi untuk rakan-rakan dan pembaca-pembaca sekalian, berjimatlah dan jangan jadi macam aku. Tapi heran, walaupun aku selalu short duit, alhamdulillah aku bahagia sebab aku puas. Hehehehehe.

facebook comments:

5 thoughts on “Ku Dirampok Penyamun Tarbus

  1. fullamak panjang giler la karangan ko nieh…btw thankss sbb sudi jawab.. =)
    hahahah sebut pasal levi’s aku baru bulan lepas terbabas beli jeans dia…opsss!

  2. perghhhh!!! panjang sungguh karangan…tapi penyusunan ayat sungguh bagus,…aku tak letih membaca..isi tersusun dgn begitu bernas sekali…saye bagik 5 bintang….hahahahhhaa :p

  3. Pingback: Tag Game « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge