Kronologi: Hari Semakin Tua

Kelmarin, 29 May 2009 adalah Hari Seniman Kebangsaan. Menandakan aku dah menghampiri usia tua. Banyak benda yang dah dibuat dan banyak jugak yang belum dibuat.

Nurul bagi aku hadiah; yang aku tak nak, tapi dia bagi jugak. Dia belum kerja, sebab tu aku dah pesan jangan beli apa-apa, sebab aku tak perlukan. Tapi sayu betul bila dia cakap dia simpan RM10.00 setiap bulan sejak tahun lepas semata-mata nak beli present tu. Lemah betul!!! Sikit lagi hampir-hampir nak jadik Rock Leleh dah aku rasa… Takder apa yang aku buat sangat kelmari bila keluar dengan dia. Lebih banyak aku teman dia settlekan form-form sebab dia dah dapat kerja, bermula 1 Jun 2009 ni. Keluar pergi beli barang dia, buat medical checkup dan last sekali, aku belanja makan; Kapitan Kopitiam Seberang Jaya.

Malam tu, bawak pulak Wan Hitler, member sekerja aku dari Cyberjaya yang outstation ke Kuala Muda. Teringin jalan Penang katanya. Aku janji dengan dia lepas Maghrib, tapi pukul 9 lebih baru aku jemput dia. Hahahahah, mendidih perut dia tak makan lagi. Destinasi utama, Nasi Kandar Line Clear. Tapi memang Wan ni betul-betul takdak ong. Hampeh! Gulai masin la pulak! Mencarut mulut orang Melaka ni sebab makan nasi kandar masin. Hahahah. Lu memang talak ong.

Berjalan ke Chowrasta, masa nak balik tu, aku mencari insignia ni, benda yang ada dalam muzikrock.com. Akhirnya aku jumpa, dan terus aku snap gambar. Hahahahah. Rasa macam nak cilok bawak balik rumah jer logo tu sebab dah pukul berapa kan, bukan ada orang pun. Cuma board Aliph tu ada depan Balai Polis Kontinjen jer. Hahahahaha..

Mati kutu aku nak bawak Wan ni berjalan. Dah la terkantoi lauk masin dekat Line Clear, ntah apa pulak nanti yang dicarutnya. Hehhehe. Last-last, benda paling bodoh yang aku pernah buat. Pergi Batu Feringghi, hisap rokok dua batang, lepas tu balik. Mencarut lagi Wan tu. Kuikuikui. Lepak minum air kejap dekat Padang Kota, hampir-hampir kena saman sebab aku parking keta mengherot ke arah jalan, dalam kawasan parking motor. Baik punya patrol car park belakang keta ayah aku. Apa lagi, tekan remote keta, dan terus blah. Lepak kat depan sikit, dengan skemanya parking keta dalam kawasan parking.

Pagi tadi, makan free kat Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, sebab semalam tido sekali dengan Wan. Petang ni, mungkin bawak dia round Penang sekali lagi sebab dia mengidam buah pala yang aku sendiri tak makan. Gambar kat bawah tu pulak, adalah antara perhiasan dalam bilik hotel untuk orang yang buta seni macam aku ni takkan paham sampai bila-bila.

Maka, itulah aktiviti aku tahun 2009 ni, sempena hari aku dah tua setahun lagi menghampiri mati, 26 tahun bersyukur hidup di Malaysia yang aman (dari segi bukan politiknya). Alhamdulillah.

facebook comments:

6 thoughts on “Kronologi: Hari Semakin Tua

  1. heheh tq bang.

    update.
    Petang tadi pegi balik kedai yang ada iklan Aliph tu.
    bukan cari kasut….
    Tapi booking signboard Aliph tu. wakkakaka gila!

  2. 1.signboard Aliph.. dashyat2!..
    2.happy b’day la bro..
    3.lukisan hotel tu macam background mentari merah diufuk timur yg diperbesarkan hehe…

    -poundcake-

  3. Ni asik citer pasal Nurul jer.. Kasi reveal la sket sapa orangnyer..kasi tunjuk gambo dari depan ke..ni dari tepi. Ape nampak beb? hehehe

    Dah 26 tahun yer..bagus2. Harap dapat ditingkatkan apa2 yang patut ditingkatkan..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge