Konsert Gemuruh DT (Double Trouble Penang)

Dua Lagenda Berkongsi Pentas

Ihsan Muzikrock.com

Konsert Double Trouble di Pulau Pinang sebelum ini bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, pada 28 Ogos 1993 (Sila rujuk di sini dan di sini). Pada 18 hb Disember 2010, iaitu setelah hampir 17 tahun, Search dan Wings sekali lagi berkongsi pentas yang sama di Pulau Pinang, dengan penaja baru iaitu sebuah syarikat telekomunikasi, Digi.

Konsert ini adalah saat yang amat dinanti-nantikan peminat kedua-dua band rock tersohor ini, terutamanya kepada mat-mat dan minah-minah rock kental, dan ini dibuktikan dengan kehadiran pakcik-pakcik dan makcik yang seangkatan dengan usia Amy Search sendiri!

Namun, konsert ini juga memberi peluang kepada generasi-generasi baru untuk merasakan nikmat konsert berbayar dan merasai sendiri nikmat dalam menghadiri sebuah konsert selain daripada gig-gig seperti kebiasaannya sekarang. Senang cerita, bila lagi lu nak support band feveret lu orang beb, waktu macam ni la!!!

Rockers yang hadir di Seberang Jaya. \m/ \m/

Joe cemerlang, Kid seperti hilang fokus

Persembahan bermula agak lewat.  Jam hampir-hampir menunjukkan pukul 9 malam apabila Ismahalil Hamzah memberikan ucapan sepatah dua kata sebagai penanda persembahan akan mengambil tempat. Aku dah berpeluh, penonton yang lain dah mula gelisah.

Din Mayat agak low profile kali ni, tidak seagresif seperti di Search Di Awan Biru.

Persembahan 2 lagu pertama agak okey sebelum beberapa peristiwa ‘kecacatan teknikal’ membuatkan penonton agak kecewa. Sound mula menjadi… entah nak cakap!

Satu perkara yang paling menjengkelkan pada konsert kali ni ialah official videographernya! Menyemakkan stage beb! Rimas aku tengok, ke hulu-ke hilir atas stage. Member-member media pun merungut, banyak gambar yang angle cun, jadi rosak sebab tersembul kepala dan muncung lens video brader videographer tu!

Untuk DT di Sunway, nampaknya mereka kena pakai 2 videographer dari tepi stage, dan kalau boleh janganlah menyemakkan stage tu lagi. Mic stand Awie pun jatuh pasal videographer ni! Spoil!!!!

Mana mau cari bassist 2 orang atas stage, bukan selalu!

Rata-rata penonton yang hadir adalah mereka yang telah hadir pada konsert Search: Di Awan Biru pada tahun 2009. Jadi, seperti biasa sudah tentu Double Trouble ini akan dibandingkan dengan konsert terdahulu yang mendapat jolokan 2 konsert dengan sound system terbaik pernah diadakan (Penang dan JB).

Black mantap dan ceria, Yazit letih tapi bertenaga!

Aku bukanlah ahli dalam hal-hal sound engineering, tapi aku adalah di antara mereka yang mengharapkan sesuatu yang “the best” daripada 2 gergasi rock terunggul tanah air ni. Persoalan yang menjadi bualan ramai ialah kadar tiket RM70.00 dengan kualiti konsert.
Jawapan aku:
RM70.00 adalah berbaloi dengan status lagenda Wings dan Search
RM70.00 agak tak berbaloi dengan sound system dan beberapa kecacatan teknikal seperti skrin yang terlampau rendah dan asyik on-off.

Tapi, pada aku ia adalah aku 50-50. No big deal, ini konsert, macam-macam boleh jadi!!! Takkan nak riot mintak duit balik? Gila babi!!! Gua rockers baik ni beb. Dalam hati ada Taman Astakona!

(terima kasih Muzik Rock untuk setlist)

SET LIST:

[Background song: Intro – Double Trouble 1992]

Instrumental (Search & Wings)

Gemuruh (Search & Wings)

Gothik Malam Edan (Search)

Diari Habil & Qabil (Search)

Inspirasi Taming Sari (Wings) ***

Romania (Wings) ***

Balada Pemuzik Jalanan (Wings feat. Amy)

Opera Hidup (Search feat. Awie)

Cakap Memang Murah (Search)

Pelesit Kota (Search)

Isabella (Search)

Pawana (Search)

Satelit Puaka (Wings) ***

Orang Kita (Wings) ***

Jumpa Hilang (Wings) ***

Sejati (Wings)

Medley (Search & Wings):

Rozana

Semalam Yang Hangat

Gadis Ku

Taman Rashidah Utama

Meniti Titian Usang

Misteri Mimpi Syakila

[Break]

Solo Gitar (Kid & Joe with Roza on Keyboard)

Gelap Nan Terang (Kid & Joe with Roza on Keyboard)

Rock N Roll Lu Punya Suka (Search & Wings)

Pasti (Search & Wings)

[End]

Adrenalin: ON!!!!

Yang lawaknya, audience encore waktu tengah break. Apa ke halllllllllllllll?? Hahhaha.. Selepas band “bowing to the crowds” dan lampu dipadamkan.. Tiada encore!!! Apakejadah! Hahaha. Samada dah puas, dah letih atau geram dengan sound system? Hanya penonton yang tahu. Aku masih dengan pendapat aku, 50-50.

Untuk 7 assholes who went to concert, ini memang takleh dinafikan la…. (kah kahkahhhhhh~ gua pun sama ja 2×5 ada dalam list tu!)  Sememangya bersepah. Hehehehe. Pasal sound dan lain-lain, aku tak peduli sangat pasal benda kecik-kecik macam tu. Yang penting, gua dah join ini konsert, dan gua dah bayar untuk ini konsert. Gua dah berjaya tengok dengan kepala hotak telinga hidung gua sendiri yang Wings dan Search di atas pentas yang sama! Tahun 1993 gua darjah 4, mana logik gua pi konsert melainkan kalau sepupu gua sanggup bawak gua pi pesta tengok!

Sound recording for bootleg collection, memang untuk simpanan peribadi gua. Macam-macam komen crowd bagi dengar habis. Kah kah kah… Simpan ajalah buat kenangan.

P/S: Pictures credited to Sir Mart from Outdoorgrahy Studios.

facebook comments:

11 thoughts on “Konsert Gemuruh DT (Double Trouble Penang)

  1. joe mmg sentiasa konsisten..

    awat diorg tak bawk lagu Bujang Senang + Manusia Reptilia mesti gempak punya….blik2 lagu sama jah…

  2. aku suka sangat tengok setlist Wings. Wings aje tau.

    Kawan aku tanya aku – Double Trouble bila nak main Singapore? Aku cakap tak mau la, panggil Wings cukup, aku nak tengok Wings pukul abis 2 jam.

  3. fulamak…set list Wings kat sini lagi best dari yg kat jb…tak aci betul la…

    setuju deaf…lepas ni aku nak nengok Wings ajer…bosan dah tgk Search…hihihi…

  4. Masa gua 98% duduk kat luar jekk…layan jap masa Amy dok jerit “pasal ape suara aku pelan arrrr” aduhhh…sedih gak sound system kali nih…..JB n M Kiara still de best…Harap2 kat Sunway ni depa amik tauladan laa…

  5. Pingback: Sayap-Sayap Wings 3rd Renewal | Speedrider Networks

  6. Pingback: Moo: This Is My Card! | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge