Knight And Day

Dah lama aku tak review wayang. Tak silap aku, last sekali yang aku pernah mention ialah gambar …… (ah, tak ingat). Harini, sempena cuti extra sehari di Penang, aku mencuri masa semasa aku tengah standby kerja untuk pergi layan wayang. Boring tahap tenuk nak beranak dah kat rumah. Senang cerita, kalau ada call-in masa aku tengah tengok wayang tadi atas hal kerja, aku terpaksa burn sessi tengok wayang tersebut.

Filem yang aku tengok kali ni ialah Knight And Day lakonan hebat Tom Cruise dan Cameron Diaz (I like Diaz!). Last cerita Tom Cruise yang aku tau ialah Mission Impossible, dan cerita dia yang aku suka tengok sampai harini ialah Top Gun. Kerana Top Gun jugak, dulu aku gila main flight simulator dekat PC.

Cerita ni mengisahkan bagaimana Agent Miller (Cruise) yang dalam satu misi untuk menjaga sejenis teknologi baru bersaiz bateri AAA yang mampu menjana kuasa untuk satu pekan kecil. Dalam perjalanan untuk memberi perlindungan kepada seorang ‘geek’ yang super-genius iaitu Simon Feck (Paul Dano), Roy Miller telah menempuh perjalanannya tanpa disangka dengan June Havens (Cameron Diaz).

Sepanjang perjalanan, macam-macam aksi yang telah berlangsung, dan tak sah kalau Cameron Diaz berlakon, takdak unsur komedi. Maka, jadilah cerita ni action-comedy-thriller film. Walaupun Cruise dan Diaz masing-masing dah tua, lakonan masih mantap, walaupun perut Tom Cruise pun dah takdak sangat dah 6-pack dan hampir-hampir menyerupai perut aku.

Image from Tom Cruise Fansite

Dalam satu adegan kejar mengejar, Miller telah menggunakan Ducati Hypermotard. Tapi yang menariknya, setiap adegan lompat-lompat yang menampilkan motor ini sebenarnya palsu!

Aprilia SXV550 digunakan untuk aksi-aksi stunt manakala Ducati Hypermotard digunakan untuk shot-shot close-up.

Identiti ini telah didedahkan di laman ini.

Untuk Abang Ben yang nampak gayanya macam berminat untuk ambil superbike, nanti gua buat artikel menipu gua pasal superbike (sebab gua tak pakai superbike).

Filem ni pun sebenarnya filem tangkap-muat yang aku tengok sebab niat asalnya nak tengok Toy-Story. Melepas lagi nampaknya aku nak tengok cerita ni walaupun telah diracun dengan hebatnya oleh Sham Hardy. Takdak rezeki la kot.

Untuk filem Knight And Day ni, sesiapa yang dah biasa dengan filem Mr and Mrs Smith dan yang seangkatan dengannya, bolehla tengok. Filem ni tak heavy sangat dan yang paling aku suka, tak perlu berfikir keras macam filem Sherlock Holmes tak pun macam filem gila The Imaginarium Of Dr. Panassus. Oh, gua memang tak ‘in’ sangat dengan filem-filem untuk golongan pemikir.

Rate aku untuk Knight And Day: 3.75 / 5

facebook comments:

4 thoughts on “Knight And Day

  1. aku pi singgah Qb tadi around 2pm.panjang yg amat line org dok beratuq beli tiket..tak tau la kot hg antara depa tu

  2. Dlm MI (rasanya MI 3) adegan Cruise naik naked bike (lupa lak model) ketara sangat bila waktu stunt di mana tayarnya bertukar dari On-Road ke Off-Road.

    Anak jantan aku seorang tu pun boleh komen hal ini.

    Lukmanw

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge