Kiosk @ Bertam


Hari ni merupakan hari yang amat ‘hectic’buat aku.. Huru-Hara!

  • Kelam kabut beli barang dekat PC Fair
  • Dapat tau office kena pecah masuk
  • Baru nak tengok keadaan office, ada sistem breakdown
  • Pergi balik balai polis teman Abang Jasni buat report.
  • Kelam kabut balik rumah hantar anak sedara pergi tuisyen.

Jadi, lepas-lepas hantar tuisyen, ada sikit masa free kan?
Boleh ker nak manja-manjakan badan ala-ala pergi spa? Boleh…. Boleh blah… muakakaka..

Nurul.. Lama jugak tak jumpak dia. Ada perasaan rindu sikit. Tapi tak sampai tahap Rock leleh lagi la. Hahahah. Jadi, aku telefon Nurul. Dia ajak makan dekat-dekat tempat anak sedara aku tu tuisyen. Inilah tempatnya. Kiosk @ Bertam. Di Bertam Perdana, Kepala Batas.

Nurul belasah Black Pepper Chicken Chop, aku pulak mentekedarah Black Pepper Sirloin Steak. Pelik… Black pepper warna coklat. Tapi rasa black pepper tu tetap ada. RM9.00 dan RM16.00 kerosakan telah berlaku pada…. Nurul. Dia belanja. (aku tengah miskin, huhuhuh) (T_T)

Boleh dikatakan, susunan Kiosk sini best. Ala-ala dekat KL… Macam di Hartamas? Bukit Bintang? – ala-ala macam tu la. Kedai tersusun elok di celah-celah shop lot yang lain. Cuma kedai tak banyak, Secret Recipe ada di bangunan sebelah dan Noodle Station di bangunan satu lagi.Kesimpulan yang aku boleh bagi:
Bolehlah kalau nak rasa…

facebook comments:

2 thoughts on “Kiosk @ Bertam

  1. gambar last tu Char Hor Fun. Kedai lain tapi dalam area kiosk tu jugak. aku gak yang belasah.. Wakakakaka!!! itulah rahsia Maria Tunku Sabri kekal sihat termasuk dengan aku sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge