Kiblat Lazer

image

Aku rasa, satu trademark yang aku tak dapat buang (selain botak) adalah betapa celuparnya aku ke atas orang lain. Nama lainnya ialah, gua mulut lazer.

Hal ni sememangnya telah aku sedari sejak dulu. Kes paling serius waktu sekolah rendah adalah hampir-hampir dibuang pusat tuisyen kerana aku dituduh mengeluarkan kenyataan ‘rasis’ pada cikgu aku. Bayangkan budak darjah 6 kena tindakan yang membuatkan hampir kena buang tuisyen gara-gara member gatal mulut pi report? Apakejadah… Kalau bertumbuk tu, sekali aku kena sampai tahap TKO atas padang bola, dan sekali kena belasah dengan senior (kojag) dan sekali aku seri bertumbuk dengan member baik yang juga pengawas sekolah. Atau lebih tepat lagi, duel of the year 1995 sebab insiden bertumbuk sampai berdarah-darah tu ialah pengawas vs pengawas (aku pun pengawas, kah kah kah pengawas mawas Guru Besar aku gelar).

Bila dah tua bangka ni, perangai ‘sound direct’ ni malangnya aku tak dapat buang. Masalah besar beb apabila ramai manusia di luar sana yang fizikalnya macam king-kong tapi hatinya cuma macam hati anak tikus.

Pada aku, aku tak dapat elak daripada memberi komen yang langsung tidak berlapik. Pada aku, buat apa aku menipu kalau jawapan yang engkau hendak? Pada aku, jika tak sanggup terima jawapan aku, jangan tanya aku. Senang!

Tapi sebenarnya terus-terang, aku takut dengan kelemahan aku macam ni. Setiap teguran aku yang agak ‘terbuka’ itu sebenarnya membuka banyak peluang kepada orang untuk counter-attack apabila mereka nak. Aku telah belajar menerima hakikat yang aku wajib menahan telinga kata-kata orang kerana mulut aku sendiri. Tapi pada aku, aku tetap berpegang kepada kenyataan hati aku daripada melindung dan bersikap hipokrit.

Aku adalah aku, dan mulai tahun ni, mungkin aku terpaksa belajar menjadi hipokrit demi menjaga hati banyak pihak – seperti yang kebanyakan manusia pilih.

facebook comments:

3 thoughts on “Kiblat Lazer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge