Ketam Juru Yang Diburu

Nak custom meja, silakan!

Warung Pak Su yang terletak di persimpangan untuk ke Kuala Juru dan Kuala Sembilang ini, aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi di kalangan peminat masakan ketam di Pulau Pinang. Walaupun nampak biasa-biasa saja, tapi bila waktu tengah hari dan malam, kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan yang ingin mencari masakan ketam segar.

Jamuan untuk family aku, 2 trip!

Untuk tahun ni, pertama kali aku berbelanja besar di Warung Pak Su adalah untuk meraikan kedua-dua belah keluarga sebelah aku dan Nurul, sempena majlis kesyukuran perkahwinan kami pada Jun 2011. Hasil pemberian tetamu (yang selalu orang bagi lipat angpow tu), Sepupu-sepupu aku yang bertungkus-lumus mengendalikan kenduri telah bersepakat untuk menghadiahkan wang pemberian tetamu majlis pada aku dan Isteri. Setelah berbincang, aku dan Nurul mengambil keputusan untuk meraikan semua yang terlibat dalam majlis kenduri aku dan Nurul selama 2 hari berturut-turut di Warung Pak Su (hari pertama keluarga Nurul, hari kedua keluarga aku). Kakak cashier yang cam aku pun mengagak tepat yang aku meraikan keluarga di kedua-dua belah pihak.

Campuran lauk yang selalu aku amik untuk 4 pax ke atas

Sotong bakar jenis basah, sos tabur kacang

Untuk mereka yang belum pernah ke sini, adalah diperingatkan untuk menempah terlebih awal atau anda akan berputih mata kerana biasanya, pada pukul 8 malam, ketam sudah habis! Biasanya bila stok ketam habis, satu papan tanda akan diletakkan di pintu masuk kedai untuk memaklumkan tetamu yang datang tanpa menempah ketam bahawa tiada lagi masakan ketam untuk ditempah pada malam tersebut. Jadi, untuk mengelakkan anda berputih mata, bolehla menghubungi no berikut seelok-eloknya pada waktu siang sebelum anda bercadang untuk makan malam di Warung Pak Su:

012-4090771 & 012-4935771

Hari Perniagaan: Isnin – Ahad (Khamis Tutup)

Waktu Perniagaan: 12.30 Tengah Hari (Isnin – Ahad), 11.30 Pagi (Jumaat)

Siakap bakar. Satu jenis saja, sambal pedas

Main Course - Ketam Masak Pedas

Suka diingatkan, servis di sini on-off. Maksud aku, kadang-kadang ok (cepat, efisien) dan kadang-kadang tak ok (lambat, silap order, dsb). Pada aku, normal la kot, cuma tak sampai tahap aku nak mengamuk la kan? Hehehhee…


View Warung Pak Su in a larger map

Lagi satu, biasanya ketam yang disediakan ialah ketam yang berisi tebal, tapi bila stok kurang, ketam bunga yang disediakan seperti gambar di atas. Jadi, bila telefon untuk booking, tanya kak cashier tu (yang menjawab panggilan), stok ketam jenis ketam apa dan jangan lupa tanya budget hidangan – tips.

Kepada yang pertama kali ingin mencuba, silakan! Hidangan mesti cuba ni, walaupun ada tempat lain yang lebih sedap.

 

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge