Kenny Roberts Jr – 10

Image From Wikipedia - Japanese GP 2003

Setelah pengunduran Team Kenny Roberts daripada MotoGP sejak tahun 2008 (baca), Secara terus terang, aku secara automatik tak pernah ambil tahu dah apa yang jadi kepada Kenny Roberts Jr., mantan Juara 500cc pada tahun 2000 yang sempat memakai takhta No. 1 berlogo kepala American Eagle di hadapan fairing motosikal beliau hanya untuk satu tahun.

Tahun 2001 menyaksikan bagaimana Suzuki RGV500 beliau diratah hidup-hidup dengan jentera Honda dan Yamaha, seterusnya menjadikan tahun 2002 beliau mula memakai kembali nombor lamanya; 10. (Permulaan karier beliau di Marlboro Team Rainey, Yamaha pada tahun 1994 di kelas 250cc, beliau menggunakan no. 25 sebelum 10 pada tahun 1996 dalam pasukan Marlboro Yamaha Roberts)

Tahun 1997 menyaksikan Kenny Roberts Jr. beraksi di dalam pasukan bapanya, Team Roberts dengan No. 10 juga. Ya, Modenas pernah dibangunkan di dalam GP dan kita menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk satu projek 3 silinder Kenny Roberts! Bayangkan, Kenny Roberts vs Suzuki-Honda-Yamaha, so…. teruk juga la kan?

Kenny Roberts Jr. menyertai Suzuki Grand Prix team pada tahun 1999 setelah Team Roberts tidak mendapat penajaan pada 1998.

Decal Design ini digunakan pada Suzuki FXR150 dan RGV120

Pada tahun 2000, Telefonica MoviStar Suzuki muncul dengan Kenny Roberts Jr memakai no. 2 pada waktu tersebut. Ya, saingan pada masa itu adalah Gandingan Mick Doohan-Alex Criville vs Kenny Roberts Jr. yang akhirnya menyaksikan Kenny Roberts Jr. mengungguli GP pada tahun 2001 dan melayakkannya memakai no. 1 pada tahun 2001.

Pada 2003, Suzuki kehilangan penaja dan kembali dengan nama Suzuki Grand Prix Team. Kenny Roberts Jr. kekal di pasukan tersebut sehinggalah tahun 2004

Kenny Roberts Jr bersama John Hopkins

Pic Credits: http://www.panoramio.com/user/74499?with_photo_id=361549

Full Right View. Right exhaust is shorter than the left.

Full Left View

Front side view

Trademark - American Eagle on Number

Sponsors on 2002-2003

Pop Yoshimura Decals - Something rare nowdays on MotoGP

Tailview

Sekali tengok nampak macam GSX-R, tapi ini bukan Production bike, ini GSV-R

Sesiapa yang masih ingat dengan koleksi-koleksi motor skala 1:18 ni, aku dah tambah lagi! Semalam, aku terus sambar model skala 1:18 dari Saico kerana teringatkan mamat ni. Bukan senang nak jumpa model-model die-cast ni kat Penang. Jadi, sambar aja dulu walaupun keadaan kotak agak teruk. Ya, ini first time aku jumpa model Suzuki Grand Prix Team ni atas shelf. Bila dah tengok, baru perasan yang dulu Suzuki pakai Yoshimura atas track. Sekarang ni penuh dengan Arrow, Akrapovic, Moriwaki dan lain-lain. Yoshimura banyak di segmen SBK berbanding MotoGP – tak cukup power ka? Hahahha…

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge