Kenduri, Memancing dan Garage Gig

Gambar: Aku
Gambar Edited: Nasryzal ‘Demonic

Malam minggu yang lalu, aku berangkat ke Kuala Kangsar pada tengah malam buta untuk menghadiri majlis kenduri di Kuala Kangsar. Tapi, malam sebelum kenduri tu…. Memancing dulu… Hehehehe. Habuk pun tarak!

Selepas selesai majlis kenduri, aku berangkat pula ke Sayong, Kuala Kangsar untuk menghadiri gig sempena ulangtahun www.rockapak.org yang ke-2. Dikhabarkan, telah dirancang untuk diadakan Battle Of The Band pada malam tersebut, tetapi dibatalkan atas faktor permit, tetapi ia telah digantikan dengan gig yang telah mendapat kelulusan Ketua Kampung!!! (hehehehe, macam dalam filem ROCK pulak!!)

Band yang terlibat dengan gig tersebut ialah: (klik sini untuk video)

  • Reunion (Sungai Siput, Perak)
  • The Flangers (Nibong Tebal, Pulau Pinang)
  • Nazindraloka (Kuala Kangsar, Perak)
  • Cryin Rockers (Kuala Kangsar, Perak)
  • Metallan The King (Kuala Kangsar, Perak)

Yang menariknya tentang gig ni, tiada kelab-kelab mewah ataupun disko ker apa ker sebagai venue, tetapi hanyalah sebuah garaj sahaja. Ya, GARAJ!! Sebijik macam kita dok tengok tv cerita mat saleh tu…. Dan sebijik macam stage-stage dalam gambar-gambar klasik SYJ, Lefthanded, Search dan Wings perform masa zaman kegemilangan rock di Malaysia dulu (rock kapak, rock kangkang, rock klasik, glam rock).

Band yang hadir pun hebat-hebat belaka dalam membawa lagu-lagu tribute seperti REUNION yang mempersembahkan Orang Timur (SYJ) dan Heavy Chain (Loudness). Menarik tentang Reunion ialah gitarisnya ialah bekas gitaris SYJ08.

The Flangers pun boleh tahan hebatnya, semuanya lagu MAY yang dibawak, memang boleh layan kepala, semuanya rancak dan bertenaga. Dalam gig ini juga telah menampilkan Cryin Rockers yang telah mengeluarkan single terbaru mereka untuk edaran di… Kuala Kangsar (kalau nationwide terus kan lagi bagus).

Gambar, aku akan kemaskinikan kemudian…

Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit…
Meraung…
Menjadi jiwa nafas dan nadi kami

Maafkanlah kami
Dalam generasi kami
Menjerit…
Meraung…
Meminta lepaskan
Jerangkung dalam almari…

facebook comments:

4 thoughts on “Kenduri, Memancing dan Garage Gig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge