Kenduri Brader-Brader

Ini Namanya Camwhores

Pada 22/10/2010, gua bersama Fauzan dan Shazwan bertolak ke sebuah ibu negara yang dipenuhi Bangla dan Pakistan untuk menghadiri sebuah majlis kenduri yang menyediakan juadah yang hampir-hampir sama dengan makanan ruji rakyat Bangla dan Pakistan iaitu nasi Briani, feveret gua. Nak cerita panjang-panjang pun tak guna, jadi gua tembak ajalah taip apa yang terlintas kat kepala hotak gua.

Susah Nak Amik Tanpa Flash

Aku Suka Part Ni

Deaf dah post pasal Masjid Negara, jadi aku tak perlu ulas panjang-panjang. Kali ni aku berkesempatan ke sini (1st time) memandangkan dewan kenduri hanya bersebelahan dengan Masjid Negara iaitu Dewan Masjid Bukit Aman. Aku dah sembahyang jamak takdim di hostel, jadi aku masuk sekadar melawat, amik gambar dan menyedekahkan Al-Fatihah di Makam Pahlawan. Teruja bila masuk Masjid Besar macam ni. Putrajaya yang aku dah sampai pun tak sempat masuk masjidnya.

Melawat Paksu dan Barangannya di Pertama Complex

Kah Kah Kah.. Gua Rasa Macam Gampang!

Melangkah kaki ke Pertama Complex kali ni bukan untuk mencari jeans, ataupun bundle mahupun Mat-Mat Rock, tapi semata-mata untuk menjamu mata di Haidhar dan Mecinda. Namun, atur-susun kedai Paksu (Mecinda) lebih menarik perhatian dengan koleksi yang boleh membuatkan semua penggemar helmet inzal di situ jugak! Persis pelancong Jepun yang cekap berbahasa Penang, gua tak tau la berapa ribu sinar flash membanjiri Pertama Complex haritu.

Eskrem Ni Kami Share 3 Orang, Besar Ni Beb

Dining Hall

Kanan Sekali Tu Kuwahara, RM3600++

Kali ni, akhirnya gua berjaya sampai ke boutique+diner Abang Ipar (and Co.) dan dibantu dengan gigihnya oleh Kakak gua di Dutamas; buat kali pertamanya! SWITCHBLADE seperti namanya, menengahkan konsep dan motto “come for the clothes, stay for the food!” dan unsur-unsur dan stail rockabilly; gaya rock 50-an dan seangkatan dengannya. Gua nak sembang kencang pun tak guna, lu orang pergi ajalah try! Kedai ni terletak di Solaris Dutamas, dan yang paling penting, selepas pukul 3 petang, Hocus Pocus Shisha disediakan. Semua dah gua test, superb! Makan ja tak sempat test semua sebab dah la gua pi test power lepas kenduri, ada appointment malam tu untuk sessi TTS. Apa-apa pun, lu orang pergi try dulu kedai ni, lepas tu sendiri mau ingat la. Review pasal kedai ni dah berlambak-lambak masuk paper, dan yang paling latest, kelmarin dah masuk MSN Malaysia punya review, bukan gua nak sembang kencang, tapi itulah hakikatnya – kalau ada yang tak kena, lu orang bagi jer komen kat fesbuk Switchblade, insya-Allah akan diperbaiki mutu, gaya dan keunggulannya. Semoga business abang ipar gua dan kakak gua ni success. Insya-Allah.

Bila Mahal, Possing Pun Mahal

Masala Tea Ni Jatuh Secawan RM4.00!!!! Gila

Scone RM12.00 Haram Tak Sedap

Masa Hari Ahad nak balik tu, dengan tak dirancangnya, kami naik ke Cameron (buat kali ke berapa dah aku naik tahun ni) semata-mata nak pekena teh. Macam haram jadah punya plan. Berejam nak naik, minum dalam 25 minit, pastu blah. Hahhahaha~ Orang lain drive turun kalah Tohui Initial-D, tapi aku tanak amik risiko dan rela bergelar kura-kura menuruni Simpang Pulai dalam keadaan gelap pekat nak mampoih, baru pukul 7.15, tapi dah macam pukul 12 tengah malam! Sejam setengah aku turun ikut jalan Simpang Pulai, tobat takkan turun malam dah!

Raja Sikat Dah Kahwin!!!!!!

Apa-apapun, aku dan kawan-kawan mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Muhaimin dan Ain. Tercari-cari jugak Ajie kalau dia datang, tapi mungkin aku pun dah lewat sampai. Aku takdak apa-apa yang nak disembangkan sangat pasal kenduri sebab kami sampai pun tepat-tepat 5 minit selepas kami ambil lauk, dewan dah nak dikemaskan dah. Masa tu dah pukul 2.45 petang. Nasib baik sempat makan. Nasi Briyani terbaeeekkkkk pulak tu!!! Sempat aku tambah sikit. Hahahaha.. Drive 4 jam semata-mata nak ke kenduri Muhaimin Raja Sikat!!!!!!

facebook comments:

11 thoughts on “Kenduri Brader-Brader

  1. Pingback: Nike Court Baru « Speedrider Networks

  2. Pingback: Cameron. Lagi? | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge