Kempen Menunggang Dengan Selamat Ke Tempat Kerja

safe riding

Setelah menelan air liur menyaksikan Abang Lukman sekeluarga menghadiri Kursus Menunggang Selamat Honda, akhirnya pada 4 dan 5 September 2013 yang lalu, aku juga telah berpeluang menghadiri satu kursus pemanduan yang dianjurkan oleh majikan sempena Kempen Menunggang Dengan Selamat Ke Tempat Kerja.

 

safe riding 2

Tenaga pengajar kursus “Defensive Riding” telah dikelolakan oleh Split Second Advance Driving (Facebook Page) dengan tenaga pengajar pada sessi teori dikendalikan oleh saudara Rashid Ramlan dan Remmy Kamar pada hari pertama. Had peserta kursus adalah tidak melebihi 40 orang atas permintaan pihak SSAD kerana modul pembelajaran mereka akan melibatkan sessi praktikal yang akan menyaksikan jumlah peserta yang optimum adalah di bawah 40 orang sahaja.

Pada hari pertama, berkali-kali saudara Rashid Ramlan menerangkan bahawa kursus ini bukan untuk mengajar peserta berpengalaman menunggang motorsikal, tetapi lebih kepada penerapan kepada sifat peka terhadap keselamatan ketika menunggang motorsikal. Sesi teori menyaksikan tenaga pengajar telah mengajar beberapa kemahiran asas secara teori dan sessi “recap/refresh” terutamanya 3 second rules yang selalu dipandang ringan oleh kebanyakan pemandu tidak kira samada penunggang motorsikal ataupun kereta.

 

safe riding 3

Pada hari kedua, peserta kursus beramai-ramai berkumpul di Ibusawat ESK Jalan Burmah. Setelah menerima ucapan daripada Pengurus Besar Negeri, Encik Azhar Omar, peserta kursus turut diberi taklimat ringkas oleh pegawai trafik yang akan bertanggungjawab menjadi lead marshall mengiringi konvoi peserta kursus daripada ibusawat ke kawasan R&R Bagan Ajam, Butterworth. Konvoi diserikan dengan kehadiran istimewa ahli-ahli TM Bikers (facebook) daripada kawasan tengah yang akan bersama-sama menjadi marshall pada konvoi tersebut.

Selepas konvoi, tenaga pengajar di sessi praktikal adalah Sham dan Reffy Kamar. kedua-dua mereka masih aktif berlumba dalam siri perlumbaan tempatan dan baru-baru ni berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-empat dalam Malaysian Supermoto Series. Ok, mereka bukan nak ajar kami berlumba kali ni. Mereka cuma mengajar cara-cara ambil laluan slalom, pusingan 8, brek emergency yang betul dengan imbangan badan dan akhir sekali, layan slalom dengan keadaan berjemaah di mana slalom course kini dikenali dengan “kursus cilok” versi Penang (hahahah). Laluan tambahan lain tak dapat dibuat kerana kawasan parking di R&R Bagan Ajam ni kecil saja (kalau nak buat tempat sprint test 2KM lepas la.. Ha ha haaaa)

Tamatlah kursus dua hari dengan penuh ilmu diterima. Terima kasih TM Penang dan terima kasih Split Second Advance Driving.

 

P/S: Geng muda semua meleleh ja nak test rembat KTM Duke 200 tu, last-last boss jugak yang dapat test. Sorry, tak ada rakaman konvoi sebab tak beli GoPro lagi.

facebook comments:

One thought on “Kempen Menunggang Dengan Selamat Ke Tempat Kerja

  1. aku perasan gopro ni cam makin popular je.
    aku ada tengok tau kat blog2 orang melayu ambik foto guna gopro ni aku was like very impressed.
    then aku cek out foto2 live shows band omputeh, peminat2 seludup masuk gopro ni snap foto, terus aku ebay cek harga. haha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge