Kembara Ke Tasik Kenyir (30 Gambar)

Briefing dari Pengarah Teknikal Trip Tasik Kenyir

2 tahun lamanya aku tinggalkan dunia pancing. 2 tahun lamanya aku tak bergelumang dengan cuaca panas, sejuk, hujan, detik cemas, bau hanyir dan segala-galanya tentang ikan.

4 May 2012. Hari terakhir Mrs. Speedrider berpantang; aku bertolak ke Terengganu bersama-sama anggota-anggota Telekom Malaysia yang menganggotai Kelab TM Pulau Pinang. Jadual ke Terengganu ini sebenarnya telah beberapa kali dirombak oleh pihak pengurusan Kelab TM, sehinggalah tarikh akhir yang diawalkan, dikenalpasti. Maka, 4-7 May 2012 dipilih sebagai tarikh yang paling sesuai untuk berangkat ke Tasik Kenyir.

 

Hadiah misteri – Selak pintu + chubby maksimas!

Kelab TM Pulau Pinang telah menjanjikan 20 hadiah misteri untuk 20 peserta terawal yang mendaftarkan diri untuk mengikuti trip ini. Seperti yang dijanjikan, semua 20 peserta mendapat hadiah yang sangat-sangat misteri dan sangat rawak. Aku misalnya, mendapat hadiah selak pintu! Hahahaha… Ada yang dapat pen, pad lock pun ada! Kah! Kah! Kah!

Bas yang dijangkakan tiba pada pukul 11.00 malam pada 4 may 2012, Jumaat itu akhirnya tiba lewat. Sangat lewat – pukul 2 pagi! Sementara menunggu bas itu pun, terjadi kemalangan betul-betul di hadapan pejabat tempat kami berkumpul, menyaksikan seorang pemandu Toyota Vios yang mabuk, memandu dengan kelajuan tinggi menghentam dari belakang sebuah kereta yang bergerak dengan kelajuan biasa di lorong paling kiri. Tu la, mabuk lagi!

 

Hari Pertama, Sabtu 5 May 2012

Tiba jua di Terengganu

Aku tidur tak jerap sepanjang perjalanan dari Gerik-Jeli. Pemandu bas bawak bas mengalahkan Lewis Hamilton. Aku tau dia konfiden, tapi bayangkan ajalah kalau duduk di tempat duduk barisan ke-2 dari depan, nampak semuanya! Gajah 2-3 ekor pertama kali yang aku jumpa di Banjaran Titiwangsa pun aku tak dapat fokus apabila driver bas asyik layan korner. Kecut perut beb. Terasa macam kurus perut aku malam tu sebab kecut perut. Turun 5-7kg gamaknya waktu kecut perut tu.

 

Sarapan di Setiu. Full house! Satu bas turun makan

Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir

Selepas bersarapan dan membeli bahan-bahan mentah untuk dijadikan ‘ration’ peserta trip di Setiu, kami tiba di Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir pada pukul 12.00 tengah hari, 5 May 2012. Untuk makluman, rata-rata gambar stesen hidro seperti yang aku ambil di atas kelihatan sama kalau korang search di Google. Kerana apa? Sama ada semua gambar tersebut diambil atas bas macam aku ataupun dari dalam kereta. Ini adalah kerana di dalam kawasan stesen, anda dilarang mengambil gambar, dan polis bantuan akan ‘aippppp!’ anda tiap kali anda pegang kamera. Hahaha… Tapi aku duduk dalam bas, aku ambil ajalah view yang paling best ni. Waktu tu, bas berada di atas lereng bukit dengan kecerunan 35 darjah. Bas terbaru dilengkapi turbo, ABS dan air absorber boleh la naik lereng tu dengan keadaan gear 5. kalau bas biasa, mau ‘ter’-reverse balik!

 

Rumah Bot

Keadaan ruang tidur rumah bot

Bot yang telah diubahsuai

Semangat memancing dah jadi lain macam!

Peserta dari Kelab TM Pulau Pinang adalah seramai 29 orang beserta pemandu bas yang ikut trip ni free (best betul dia nohhhhh?) disediakan 2 buah rumah bot untuk tujuan memancing dan berehat. Ini adalah pertama kali aku mengikut trip yang memerlukan tidur semalaman atau lebih di atas bot. Yerlah, 2 tahun puasa memancing kan? Kita ‘buka puasa’ betul-betul lah….

 

Masak-masak ini yang betul-betul punya tau

What do you expect from a man chef? Oversized chunk! Yeahhh!!!!

Lunch hari pertama!

Daripada 29 peserta tu, tolak 10 orang AJK Kelab yang wajib join trip ni dan 2-3 orang yang join makan angin (atas dasar ahli kelab) telah bersama-sama membuat perkara yang tak tercapai akal – memasak tahap power!

Perjalanan dari Stesen Hidro ke port pertama kami berlabuh memakan masa hampir 4 jam. Dalam tempoh perjalanan, pegawai teknikal kami dibantu oleh AJK-AJK Kelab telah memasak lauk-pauk untuk makan tengah hari kami. Ikan termenung (kembung) masak asam pedas, telur dadar, sayur kobis, sambal belacan, sambal tempoyak, budu (YA, BUDU!!!) dan ulam-ulaman di masak di atas rumah bot!

 

Port hari pertama

Kami berlabuh di Sungai Ruai seperti yang tertera di dalam GPS Garmin (aku search balik dalam Google Maps tak jumpa pun). Di sini, kami berlabuh dan bersedia untuk memancing pada malam tersebut.

 

Strike Pro Red Head untuk siakap

Aku sendiri hairan. Sepanjang aku mengail dan terjebak secara super-amatur dalam dunia casting, aku tak jemu-jemu membeli umpan tipu ni walaupun tak pernah kena sambar dek ikan. Sepanjang petang tersebut, aku cuma casting, casting dan casting. Lepas gian setelah 2 tahun tak pernah baling umpan dalam air.

 

Hari Kedua – Ahad 6 May 2012

Pagi Kedua – Hujan di awal pagi

Kiri Ikan Belida, Kanan Ikan Toman. Belakang? Model jualan ikan

Malam pertama, aku dah rasa letih sangat-sangat. Selepas Isyak dan makan malam, satu taklimat ringkas telah dijalankan olah AGM CSM, Encik Kamsan yang mewakili Penang State GM yang tidak dapat hadir ke trip ini. Aku terus tidur pada pukul 11 malam. Manaka peserta yang lain mula melabuhkan pancing untuk bottom fisihing.

Rata-rata pemancing yang datang adalah seperti aku – pemancing ikan laut. Semua set joran yang digunakan rata-rata adalah untuk kegunaan laut. Tekong bot tidak memberikan kerjasama 100% untuk membantu kami mendapatkan posisi terbaik dan cara-cara memasang perambut terbaik di kawasan yang dibawanya. Jujurnya, aku kecewa dengan situasi ini. Tekong rumah bot mengambil inisiatif berikut:

  1. Bawak bot sampai port memancing
  2. Tambat rumah bot
  3. Tidur
  4. Tengok Astro
  5. Join kami makan

Frust habis aku.

Malam pertama menyaksikan seekor toman dan belida dinaikkan. Aku terdengar keriuhan ketika ikan-ikan tersebut dinaikkan. Mungkin pada pukul 2-3 pagi. tapi aku malas ambil port. Target aku adalah pada keesokan pagi untuk all out memancing. Lagipun dah sepetang aku casting dan tukar semua jenis umpan, satu sentapan pun takder. Penat. Geng-geng yang datang beriadah tak memancing pulak, boleh berkaraoke dan layan EPL malam tu tengok Astro. Hahahah!

 

Eksyen ja lebih, tapi….

Pada pagi hari kedua itu jugalah, toman dan belida yang berjaya dipancing semalam disiang dan dibersihkan. Ikan baung merupakan bonus dan semuanya kecuali toman digoreng untuk dirasa oleh semua ahli trip. Seperti yang dijangka, bukan semuanya lalu makan ikan air tawar ni. Aku pun tak makan, tapi bila lagi nak rasa? Aku rasa belida seketul dan baung seketul. Belida manis, tapi tulangnya lagi banyak daripada ikan terubuk. Siksa betul nak makan. Yelah, barang baik tak semestinya mudah.

 

Dari kamera Encik Wan Ali

Hari kedua juga tekong bot mengubah port ke kawasan Air Terjun Lasir. Tempat ni lagi hampeh, sekilas ikan di air pun tak nampak. Lampam berlambak-lambak di belakang bot. Anak-anak ikan bermain riang di tebing tasik, menandakan jangan harap la nak ada ikan saiz besar di situ. Seperti aku, 50% pemancing yang mengikut trip ini dah lama tak pegang joran. Macam-macam aksi balingan casting dapat dilihat. Tiap kali baling, mula la pecah suasana dengan gelak mengekek. Hahaha…

 

Maklumat kawasan. Ada orang berani ke berkhemah kat sini?

Air terjun mini di kasawan Lasir

Video Air Terjun Lasir

Jambatan gantung Lasir

Air Terjun Lasir

Tak larat aku nak panjat sampai atas

Nasi tomato terus!

Lepas mandi, kita makan!

Kekecewaan kumpau tahap mega di port kedua di hari kedua tu, diubati dengan hidangan nasi tomato di rumah bot. Tekong bot terkejut kerana katanya, sepanjang dia mengendalikan rumah bot di Tasik Kenyir, inilah kali pertama geng pemancing memasak nasi tomato di atas bot! Tambahan pula, peserta adalah 100% anak jantan!

 

Malam terakhir, BBQ terus atas bot!

Ikan toman bakar paling angker!

Untuk pengetahuan, Telekom Malaysia berhad atau lebih dikenali sebagai TM Berhad, menurut takrifan peribadi aku dan tiada kena mengena dengan nama rasmi, TM juga aku gelar sebagai TERLEBIH MAKAN. Wakakakakakakaka!!!!! Malam terakhir kami diserikan dengan acara BBQ. bahan mentah yang kami beli di Setiu dihabiskan di malam BBQ. Ayam panggang, sotong, udang, ubi kentang dan main dish adalah ikan toman!

Yang paling ajaibnya, ikan toman seekor, 30 orang makan tak habis. Tak lalu makan! Hahahahahah! Aku rasa sikit saja. Bau macam daging lembu bakar, isi liat dan ala-ala dada ayam. Mula-mula aku fokus dan taknak fikir, last-last dok teringat muka ikan toman tu, terus aku rasa macam nak uwekkkkkk!!!

 

Hari Ketiga, Isnin 7 May 2012

Karaoke lagi!

Sampai jugak aku kat Tasik Kenyir

Kami semua dah memang ambil cuti pada hari ni. Pagi tu diserikan dengan sarapan pagi bihun sup ayam. Ya, BIHUN SUP. Sekali lagi tekong bot geleng kepala. Sambil breakfast, peserta-peserta yang duka akibat tak dapat ikan langsung semalam menyerikan pagi Isnin dengan alunan karaoke di tengah-tengah Tasik Kenyir. Setiap seorang me’nyumbang’kan lagu masing-masing.

Aku dan beberapa orang lagi melepaskan gian di Air Terjun Lasir sekali lagi buat kali terakhir. Di sini aku sedar, aku bukanlah perenang yang baik. Hampir-hampir lemas disebabkan aku tak boleh mengapungkan diri. berenang boleh, nak apung tak reti. FAIL sungguh! Kami adalah group yang terakhir bertolak ke Stesen Hidroelektrik Sultan Mahmud. Deretan rumah bot dah siap berada di stesen.

 

Group Picture Kelab TM Pulau Pinang – Dari kamera Encik Abdul Aziz

Apa-apapun, inilah trip yang aku rasa memang fun gila aku join. Mula-mula tu segan-segan jugak sebab aku kenal 2-3 orang aja. Ya la, staff TM dalam penang ada dalam 1000 orang lebih. Bukan aku kenal semua pun. Tambah-tambah pulak ada dua AGM dan sorang manager dalam trip ni, tu yang bertambah segan. Apa pun, 2 AGM ni mengenepikan protokol kerja dan bercampur baik dengan semua staff sepanjang trip. No protocol, no barrier. Bertambah respek aku kat top management yang dapat bercampur dengan lower grade staff bila di luar waktu kerja. Setengah-setengah tu, dalam waktu kerja dia top, kat luar pun dia nak jugak jadi top, susah la ini macammmmm…. Ini contoh tempat kerja aku sebelum-sebelum ni la..

Apa-apa pun, aku dah sampai ke Tasik Kenyir, walaupun sekor ikan pun aku tak dapat! Sekarang aku terfikir… Ini trip memancing atau trip makan?

facebook comments:

4 thoughts on “Kembara Ke Tasik Kenyir (30 Gambar)

    • dah tak jual. kalau bernasib baik, ada la jual kat kedai. Sila hubungi Suzuki Assemblers (M) Sdn Bhd di website rasmi diaorang.

      lari tajuk betul komen. Hahahahaha

  1. Meriah ni boleh buat aktiviti2 santai macam ni. pastu masak2 atas kapal tu pasti selera nak makan kan.
    Ikan toman tu besar sungguh no..nampak sedap tp tuan badan kata xsedap..er…
    Juadah recently posted..Pasembur Penang

  2. Pingback: Outing Pertama Muhammad Qayyum | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge