Kejutan Pescao #55

Hafizh Syahrin Indianapolis XR1200

Picture Courtesy Vance & Hince

Sekali lagi, selepas kejutan di peringkat dunia pada tahun lepas di Sepang, Hafizh Syahrin kembali membuat kejutan yang lebih mengejutkan di litar Indianapolis baru-baru ni.

 

Photo courtesy IMS Photo and Cycle News

Beliau telah dijemput untuk berlumba di dalam satu perlumbaan sokongan yang dipanggil AMA Pro Vanes & Hines Harley Davidson Series menggunakan jentera Harley Davidson XR1200 oleh pasukan Kyle Wyman Racing yang ditaja oleh Petronas sebelum perlumbaan MotoGP berlangsung. Kalau di Malaysia, perlumbaan sokongan ni dipanggil MSS (Malaysian Super Series) yang menggunakan 4 inline superbike.

Pada kejohanan di Indianapolis, Hafizh Syahrin berjaya menduduki tempat ketiga (keputusan) di dalam perlumbaan pertama dan yang jika itu belum mengejutkan semua pelumba dan pasukan dalam Vanes & Hines XR1200 challenge, Hafizh berjaya menjadi johan pada perlumbaan kedua! (keputusan)

 

Perlumbaan ini menyaksikan Hafizh Syahrin berjaya memintas pendahulu sirkit iaitu Steve Rapp dengan keputusan photo finish yang berbeza cuma 0.060 saat. Dengan ini, nampaknya aku rasa semua peminat semakin tidak sabar menyaksikan Hafizh beraksi penuh di kategori Moto2 bermula tahun 2014. Go Hafizh!

facebook comments:

One thought on “Kejutan Pescao #55

  1. Pingback: Malaysian Motorcycle Grand Prix 2013 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge