Kaulah Persona Hati Kami

Selama ni, aku meleleh bila baca cerita Ijau Dengan Pemanduan CD Metalnya, dan cerita bagaimana Bro Ben membeli kereta baru buat pertama kali dalam hidupnya. Tak lupa juga kisah sedih Zan dengan kecurian bass guitarnya

1st Potraiture on our Cik Elle. Cover muka, nanti femes lagi. Sekarang dah cukup femes.

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun mengiginkan kemudahan ini, aku dan Nurul telah bersepakat dan merancang hampir setahun harta sepencarian kami yang pertama untuk masa hadapan. 9 Mac 2011 adalah tarikh rasmi aku kami mengeluarkan Persona hati kami, Cik Elle atau nama dalam surat beranaknya, Persona Elegance 1.6A. Dengan super diskaun, tolak duit komisen dan deposit, RM1.7K digunakan sebagai duit muka untuk Persona paling murah dalam line-up dengan bayaran RM546.00 selama 9 tahun (takda option dah, nak hidup).

Possing macam artis depan EON Showroom. Fresh from oven

Sejarah aku nak ambil kereta sebenarnya adalah sejak Proton memperkenalkan Wira SE. Faizal, member aku merangkap salesman Proton dah muak tengok muka aku berulang-alik masuk showroom Proton, test dan tanya macam-macam. Daripada Wira SE, naik Gen-2, Satria Neo, Gen-2 Campro CPS sampailah Persona, aku belum beli-beli lagi sampai si Faizal ni dah naik meluat tengok muka aku. Hahahah… Zaman Wira SE tu, aku masih bujang dan baru frust menonggeng kena dump. Kahkahkah… Memikirkan ekonomi yang belum steady, aku cuma mampu ke showroom, menelan air liur dan membuang masa si Faizal ni pujuk aku beli keta sampailah dia naik meluat ngan aku.

Benda 1st aku gantung dalam Cik Elle

Aku lupakan model Persona R yang dijangka akan dikeluarkan pada 2012 (sure lagi mahal dari Persona Elegance, lagipun setahun lagi tu…) Faizal sampai geleng kepala melihat aku kelam kabut gantung menatang ni dalam Cik Elle waktu dia tengah buat introduction (procedure handover kereta) kat aku. Aku dah peram benda ni lama dah. Memandangkan keta takdak, aku simpan benda ni elok-elok. Waktu kerja kilang dan kaya raya, Levis aku beli macam makan McDonald sebulan sekali. Hahahahaha… Zaman bujang…

New Blaupunkt CD Interface

Satu benda yang aku suka gila dengan Persona Elegance adalah apabila PROTON memutuskan untuk menggunakan CD Player jenis ni yang menggantikan panel interface jenis lama. I like it very much! Nak upgrade pun senang nanti. Walaupun takla sehebat 3rd party player macam Pioneer, buat masa sekarang, belum masanya untuk bertukar. Dah macam-macam CD aku sumbat. Tapi tak puas dengar No Doubt – Rocksteady sebab cuma ada 2 speaker saja. Aku dah tambah mid-range 6 1/2″ MTC CTC160 Component pada hari keempat! (nanti aku review speaker ni).

Tinted Pasang pada 2nd Day

Pada hari kedua, aku dah pilih untuk pasang tinted di kedai yang bukan pilihan EON (yang dapat voucher RM200 tu). Sebabnya mudah, voucher tu penipu! My instinct was right. Lepas aku dah siap pasang, aku terjumpa artikel ni daripada pemasang tinted sendiri. Hahahahah… sila baca. Tinted yang aku pasang mempunyai spec berikut:

Brand: Solar Optik

IRR: 78%-80% (Heat Rejection)

UVR: 99% (UV Rejection)

VLT: 40% tepi, 70% depan-belakang (Visible Light Transmission)

Seperti biasa kedai tu claim JPJ approve dan warranty 5 tahun. Belasah la, ranap RM650.00 dengan free gift penyangkut beg di seat dan 28mm extended backmirror.

Pada Hari ketiga, aku cat side mirror, door handle dan lining ikut kaler body, Bronze Garnet, ranap RM180.00. Officially visual look, its a Persona Elegance High Line with rim besi and no skirting! Hahahahahaha… (and…. no motorized side mirror, seat belakang statik, no ABS and SRS airbag).

Merasmikan setiap inci kereta! Kahkahkahkah!

Lupa cakap, sessi koyak plastik diserikan dengan majlis merasmikan setiap inci ruang kereta. Wakakakakakak dah macam budak-budak ataupun Red Indian dapat senapang pulak rasanya. Seronok!

Lenso Samurai yang buat aku ketar kepala!

Bercakap pasal rim memang tak habis! Salah satu sebab selain daripada faktor ekonomi yang membuatkan kami memilih baseline model adalah kerana memang berniat nak tukar rim. Dah banyak jugak kedai aku survey. Kata putus masih belum terjawab samada aku nak stay dengan 15″ rims ataupun naik kepada 16″ rims. Undian kat status fesbuk aku pun tengah berjalan sekarang (waktu tulis entry ni) Sengit jugak undian. masing-masing ada pendapat dan fakta sendiri tentang rim. Sudah tentulah pendapatnya tentang visual looks, performance dan fuel consumption. Jadi, aku tangguh dulu pembelian rim ni dan sehingga minda aku waras, biar aku fikir dulu saiz apa yang nak pakai.

Forever Two Wheels!

Dengan status fesbuk aku dalam tempoh 6 hari ni sejak 8 Mac 2011, ramai yang bertanyakan samada aku akan quit riding dan meninggalkan dunia motor. Ini jawapan aku…

KERETA UNTUK KEMUDAHAN KELUARGA, AKU TETAP SAYANG DUNIA MOTOR. FOREVER TWO WHEELS!!

Naik motor orang panggil Mat Rempit, naik kereta orang kata Pembuli Jalanan, so nak panggil apa? KEREMPIT?

 

facebook comments:

8 thoughts on “Kaulah Persona Hati Kami

  1. Pingback: R3 Performance Parts « Speedrider Networks

  2. Pingback: Review: The Greatest Rock Album (compilation) « Speedrider Networks

  3. Pingback: Selamat Datang, Anakku | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge